4 AMALAN BAIK UNTUK IBU HAMIL

Assalammualaikum…..

Hai mommies…..mesti tertanya-tanya apakah amalan yang baik yang boleh kita amalkan sepanjang tempoh kehamilan……bagi melahirkan zuriat yang mempunyai roh Islam dalam diri mereka…..jom tengok tips2 di bawah sebagai panduan…..

AMALAN BAIK UNTUK IBU HAMIL

1) MEMBACA AL-QURAN.

Seperti yang kita tahu di dalam al-quran mengandungi pelbagai nasihat yang boleh kita pelajari dan teladani berdasarkan kisah-kisah para Nabi. Setiap ayat dari Allah ini menjadi panduan hidup dalam setiap diri manusia agar tidak tersimpang jauh dari ajaran Islam….Jadi mommies boleh amalkan membaca al-quran setiap kali selepas solat….Jika tidak berkesempatan untuk membaca satu hingga dua muka surat atau lebih…..cukuplah sekadar mommies membaca satu ayat…..Yang penting, bayi di dalam kandungan dapat mendengar alunan ayat suci al-Quran tersebut…..Di bawah ini, saya senaraikan beberapa surah yang sering menjadi pilihan ibu hamil……

  • surah al-Fatihah (supaya memperoleh anak yang sentiasa terang hati dan mempunyai daya ingatan yang kuat)
  • surah Luqman ( supaya memperoleh anak yang cerdik dan pintar rohani dan jasmani)
  • surah al-Hujurat ( untuk memperbanyak susu ibu)
  • surah at-Taubah ( bagi membersihkan jiwa dan mencegah diri daripada melakukan maksiat)
  • surah Yusuf ( untuk memperoleh anak yang cantik rupa dan akhlaknya)
  • surah Yaasin (untuk ketenangan hati dan anak jauh daripada godaan syaitan dan iblis)
  • surah an-Nahl ( bagi melahirkan anak yang berdisiplin)
  • surah Maryam (memudahkan ibu bersalin dan mendapat anak yang soleh)

holyquran-logo-300x300

 

2) MEMBASAHKAN LIDAH DENGAN ZIKRULLAH

Apabila mommies sering berzikir, bayi di dalam kandungan akan sentiasa mendengar kalimah suci Allah. Mengenal Allah dapat bermula sejak bayi di dalam kandungan lagi. Maka, mommies rajinkan diri untuk berzikir kepadaNya. Sambil melakukan tugasan harian, seringlah memuji Allah dan beristighfar kepadaNya kerana dosa yang disengajakan atau tidak. Semoga anak yang bakal dilahirkan nanti menjadi anak yang soleh dan solehah.

Zikir Harian

 

3) BERSEDEKAH

Bersedekah membantu kita untuk membersihkan diri daripada dosa-dosa masa lalu. Mommies boleh mengajak suami merajinkan diri untuk bersedekah. Bersedekah tidak akan mengurangkan rezeki, malah rezeki akan bertambah banyak. Percaya dan yakinlah dengan janjiNya. Tambahan pula, amalan ini akan membentuk anak yang bakal dilahirkan nanti mempunyai sifat saling membantu dan sentiasa bersyukur di atas nikmat pemberianNya.

sedekah

4) MEMINTA MAAF

Emosi mommies memang selalu berubah-ubah. Kadang-kadang mudah menangis, mudah marah, mudah berkecil hati. Semua perubahan ini adalah lazim bagi mommies.Oleh itu, sangatlah disarankan mommies sering meminta maaf terutama kepada suami, kerana suami adalah insan yang paling rapat dengan kita waktu ini. Tidak mustahil, mommies sering berkecil hati dan menangis kerana beliau. Para suami pula tidak perlu merasa pelik dengan perubahan isteri anda ye. Jadilah suami yang penyayang dan cuba atasi emosi isteri anda dengan baik.

 

mohon-maaf

 

Semoga tips-tips ini bermanfaat untuk mommies di luar sana. Diharap artikel ini dapat membantu mommies untuk lebih membuat amal kebajikan dalam kehidupan seharian.

Selamat beramal!!!!

Jemput klik butang share untuk berkongsi manfaat bersama 🙂

 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge