EKZEMA BAYI, PERANAN IBU MENGATASINYA

Kulit kemerahan di kawasan telinga

Assalammualaikum dan selamat sejahtera…..:)

Ekzema di kawasan pipi bayi

 

Kita selalu mendengar bayi sering dijangkiti ekzema. Jom kita tinjau serba sedikit tentang ekzema.

TAHUKAH ANDA APAKAH ITU EKZEMA??

Ekzema ialah keadaan kulit kanak-kanak yang mengalami pengelupasan dan sedikit kemerah-merahan. Keadaan ini akan menyebabkan bayi sering menangis kerana tidak selesa dan mengalami kegatalan. Bahagian badan yang akan mengalami ekzema ialah di bahagian tangan, muka, leher, siku dan belakang lutut. Namun begitu, ekzema bukanlah sejenis penyakit kulit yang berbahaya. Ia akan mengalami pemulihan selepas bayi mencapai umur belasan tahun.

PUNCA PENYEBAB KEPADA EKZEMA??

Terdapat pelbagai punca kepada berlakunya ekzema. Para ibu perlu menyediakan diari ataupun checklist tersendiri untuk bayi bagi melihat alergi yang menyebabkan ekzema. Antara penyebab utama ialah susu lembu yang diambil oleh bayi selepas berpisah susu dengan ibunya. Jadi, para ibu boleh mendapatkan pilihan susu formula yang sesuai untuk bayi anda. Bukan semua susu formula tersebut sesuai dengan anak anda. Dapatkan nasihat rakan-rakan yang mempunyai pengalaman yang sama.

Penggunaan sabun mandi, syampu, sabun membasuh pakaian dan pelembut pakaian yang mengandungi bahan kimia juga boleh menyebabkan kepada berlakunya ekzema pada bayi. Maka, para ibu boleh mendapatkan sabun-sabun tersebut yang diasaskan daripada bahan semulajadi dan diyakini selamat untuk bayi anda.

PERANAN IBU APABILA MENDAPATI ANAK MENGALAMI EKZEMA??

1) Apabila anak mula dijangkiti kulit kemerah-merahan dan sering menangis, para ibu boleh membawa bayi tersebut ke klinik untuk mendapatkan ubat dari doktor. Selalunya doktor akan memberikan krim sebagai langkah untuk mengurangkan infeksi pada kulit bayi. Seringkali krim yang diberikan mengandungi steroid menyebabkan para ibu enggan menggunakannya. Namun, doktor akan memberi panduan untuk menggunakan krim tersebut dengan jumlah yang sesuai. Selain itu,  para ibu boleh mencari krim yang sesuai dan berasaskan bahan semulajadi bagi memastikan kulit bayi tidak mengalami infeksi yang lebih teruk.

2) Para ibu boleh mencari pakaian bayi yang tidak menyebabkan bayi merasa panas dan melekit. Pilih pakaian bayi yang sejuk dan membuat bayi merasa nyaman. Jenis kain yang licin tidak sesuai untuk mereka kerana boleh menyebabkan ekzema menjadi semakin teruk.

3) Kuku bayi semestinya perlu dipotong pendek agar tidak menyebabkan keadaan ekzema lebih parah. Ini kerana ekzema akan menyebabkan bayi merasa gatal dan akhirnya menggaru bahagian yang merasa gatal. Pastikan kuku bayi selalu pendek.

4) Keadaan bilik/persekitaran bayi juga memainkan peranan penting dalam mengurangkan infeksi ekzema. Pilih tilam dan cadar bayi yang lembut dan selesa pada bayi anda. Pastikan suhu bilik tidak terlalu panas sehingga menyebabkan bayi sering menggaru. Jika tidak keberatan, ibu boleh memasang air-cond di bilik bagi membolehkan bayi merasa sejuk sentiasa.

Selamat beramal!

Jom share jika artikel ini bermanfaat untuk anda, keluarga dan sahabat handai….Terima Kasih:)

 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge