TIPS IBU HAMIL DAN MENYUSU BERTENAGA SEPANJANG RAMADHAN

PERKONGSIAN HEBAT UNTUK IBU HAMIL DAN MENYUSU

Assalammualaikum….apa khabar?? Hari nih dah hari kedua kita semua berpuasa dalam tahun 1436H…..Alhamdulillah……Bagi mereka yang hamil dan menyusukan anak pastinya bulan Ramadhan ini mereka inginkan kesihatan yang menyeluruh dan bertenaga bersama bayi mereka.

Saya nak kongsikan beberapa tips untuk memastikan ibu hamil dan menyusukan anak di luar sana kekal cergas bertenaga sepanjang Ramadhan karim ini…in sha Allah…..sama-sama kita memohon kekuatan dariNya….:)

TIPS IBU HAMIL DAN MENYUSU KEKAL CERGAS SEPANJANG RAMADHAN.

1) Pengambilan makanan sunnah. Kita tahu bahawa makanan sunnah sememangnya membekalkan lebih tenaga kepada tubuh badan manusia. Rasulullah s.aw dan para sahabat telah menjadikan makanan sunnah seperti kurma dan kismis sebagai makanan rutin harian mereka untuk kekal bertenaga sepanjang menyampaikan dakwah Islam. Jadi, disarankan para ibu untuk mengambil kurma dengan jumlah yang lebih banyak berbanding hari biasa. Seeloknya mengambil 3-5 biji kurma di waktu sahur. 

 

buah-kurma

2) Pengambilan air mineral/air masak 3 liter sehari. Air mineral sememangnya diperlukan oleh tubuh badan kita. Tambahan pula bagi ibu hamil dan menyusukan. Mereka perlu mengambil jumlah air yang lebih bagi mengelakkan badan terhidrasi. Jumlah air yang mencukupi dapat mengelakkan ibu hamil dan menyusu merasa keletihan yang melampau semasa menjalani ibadah berpuasa. Ibu hamil dan menyusu boleh mengambil air sebanyak 2liter selepas berbuka dan 1liter sewaktu bersahur. Dengan cara ini, badan akan mendapat jumlah air yang mencukupi.

drinking-water-150x390px

3) Pengambilan fiber seperti kekacang dan buah-buahan yang mencukupi. Semasa berpuasa, kita digalakkan untuk mengambil buah-buahan dan kekacang bagi memudahkan sistem pelawasan. Ini kerana badan hanya menerima air di waktu malam dan di waktu siang kita melakukan kerja seperti biasa. Para ibu hamil dan menyusu apatah lagi. Maka, mereka boleh menambah pemakanan fiber dalam rutin malam seperti pisang dan jambu dan beberapa jenis kekacang.

highest-protein-foodshealthy-for-life

4)  Mengurangkan pengambilan makanan/minuman manis. Makanan/minuman manis akan menyebabkan kandungan gula dalam tubuh ibu hamil dan menyusu naik mendadak di waktu malam dan turun mendadak di waktu siang. Maka, disarankan para ibu untuk mengurangkan pengambilan makanan/minuman manis semasa berpuasa di bulan Ramadhan ini.

sugar

Inilah beberapa tips yang saya ingin kongsikan dengan anda semua….Bulan Ramadhan Bulan Kemuliaan….Bulan untuk kita meningkatkan ibadah kepada yang Maha Esa. Hanya sebulan dalam dua belas bulan kita menjalani ibadah berpuasa. Maka, lakukanlah yang terbaik….:)

Selamat Beramal!!!

Klik butang share jika anda ingin berkongsi tips ini dengan keluarga dan sahabat. Terima Kasih.:)

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge