2 LANGKAH MUDAH SAMBAL TOTOK JAWA

Assalammualaikum…..selamat malam semua…..:)

Esok hari bekerja untuk rakyat Johor, Kelantan, Kedah dan Terengganu….jadi mommies dah siapkan juadah-juadah untuk bersahur esok pagi tak??….Bagi penggemar makanan pedas, memang sentiasa nakkan sambal setiap kali makan kan…..jadi saya share tips menyediakan sambal totok jawa yang menjadi kegemaran kami sekeluarga…..resepi yang mudah dan ringkas…..boleh disediakan di waktu malam, dan makan di waktu sahur…..tahan lama dan sedap…..:) jom tengok resepi……

 

sambal totok jawa1

 

Bahan-bahan (saya buat sedikit, jika nak buat banyak, lebihkan ye)

1) Ikan bilis secukupnya

2) Bawang merah 2 biji dihiris halus

3) Bawang putih 3 biji dihiris halus

4) Cili api 3 hingga 5 biji (jika nak kurang pedas, boleh juga guna lada besar)

Cara memasak:-

1) Gorengkan ikan bilis sehingga garing, bawang merah, bawang putih dan cili api selama 3 minit.

2) Tumbuk ikan bilis bersama bawang merah, bawang putih dan cili api yang siap digoreng sehingga lumat. Kemudian, sedia untuk dimakan.

 

Jika mommies nak simpan dan dijadikan juadah untuk waktu bersahur juga boleh. Simpankan sambal totok tersebut di dalam bekas, dan masukkan dalam peti ais supaya tahan lama…Mudah bukan caranya?? Simple dan rasa memang terbaik….

Selamat mencuba!!!!

Jemput share untuk perkongsian bersama insan lain..Terima Kasih….

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge