6 TIPS ELAK ANAK BERBUKA AWAL

Asslammualaikum…..apa juadah berbuka hari ini ye?

Mommies pasti risau bila anak-anak yang baru belajar berpuasa meminta untuk berbuka awal bukan?…Kadang-kadang terselit rasa kasihan melihat mereka keletihan menahan lapar dan dahaga….Jom kita tengok tips-tips di bawah sebagai panduan…..

 

ELAK ANAK BERBUKA AWAL 1

 

TIPS ELAK ANAK BERBUKA AWAL

1) MENGALIHKAN TOPIK BERBUKA PUASA

Apabila anak-anak meminta untuk berbuka awal atas sebab lapar dan haus, mommies boleh ajak mereka bercerita tentang aktiviti di sekolah ataupun mengenai rakan-rakan mereka. Mungkin juga boleh menceritakan tentang persiapan hari raya. Ini bagi melekakan mereka tentang berbuka puasa.

2) MEMBERI GANJARAN

Ganjaran memang sinonim dengan anak-anak semasa bulan Ramadhan. Ini bagi menaikkan semangat mereka untuk berpuasa penuh selama sebulan. Namun, disebabkan hal-hal tertentu kadang-kadang anak-anak terlupa tentang ganjaran yang mereka perolehi jika mereka dapat berpuasa penuh selama sebulan. Jadi, tips seterusnya mommies boleh ingatkan mereka tentang ganjaran tersebut.

 

sampul-raya

 

3) ELAKKAN MENONTON TELEVISYEN

Semasa bulan Ramadhan pelbagai iklan berbuka puasa keluar di kaca TV. Dengan promosi harga jimat, iklan yang menyelerakan, memang menggugat anak-anak kita. Maka, mommies boleh elakkan mereka menonton TV dengan meminta mereka menyiapkan kerja sekolah terlebih dahulu. Di waktu malam, mereka boleh tidur awal apabila tugasan telah diselesaikan.

 

kfc-itc-depok2

4) MENYEDIAKAN MAKANAN KEGEMARAN

Bagi menarik perhatian anak-anak untuk meneruskan puasa sehingga waktu berbuka, mommies boleh menyediakan makanan kegemaran mereka sebagai tanda penghargaan. Menahan mereka untuk merasa makanan tersebut sehingga tiba waktu berbuka.

8522

5) MEMBAWA MEREKA BERSIAR-SIAR

Di waktu petang, mommies boleh mengajak anak-anak untuk bersiar-siar di taman permainan. Usah bimbang dengan keadaan anak-anak. Kita seringkali berfikir mereka sudah letih, lapar dan dahaga, namun apabila mereka di bawa ke taman permainan, mereka pasti ligat bermain bersama rakan-rakan sehingga lupa waktu berbuka.

 

I-am-fazrol-2

 

6) MEMINTA MEREKA BEREHAT

Di awal-awal Ramadhan selalunya anak-anak sedikit sukar untuk membiasakan diri dengan suasana di waktu siang yang tidak makan dan minum. Maka, mommies boleh minta mereka berehat daripada melakukan aktiviti lasak seperti bermain basikal dan berlari. Ini bagi mengelakkan mereka mengalami keletihan melampau. Mommies boleh beri ruang untuk mereka tidur, tetapi tidak terlalu lama sehingga waktu berbuka ye.

 

sleeping

Semoga tips-tips di atas bermanfaat untuk mommies semua.

Selamat beramal!!!!

Jemput share untuk sebarkan ilmu kepada insan lain ­čÖé

 

4 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge