7 CARA DIDIK ANAK SOLEH DUNIA AKHIRAT

Assalammualaikum……selamat berpuasa untuk hari ketiga…..:)

Anak soleh dan cerdik sememangnya menjadi idaman para ibu bapa betul?? Dengan wujudnya zaman dunia di hujung jari benar-benar menakutkan ibu bapa…..Seandainya terlepas pandang, bimbang perkara lain pula yang jadi….Di sini, saya share kan cara-cara mendidik anak soleh dan bijak kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat…..

CARA DIDIK ANAK SOLEH DUNIA AKHIRAT

1) MENDIRIKAN SOLAT BERJEMAAH.

Solat merupakan tiang agama. Tanpa satu tiang, runtuhlah rumah tersebut. Ibarat jalan yang berturap tetapi berlubang-lubang dan tidak rata. Begitulah diibaratkan betapa pentingnya solat itu. Di rumah, ibu bapa boleh mendidik anak-anak untuk solat berjemaah di awal waktu.

Namun, keadaan sekarang, ramai ibu bapa yang bekerja untuk mencari nafkah keluarga. Jangan khuatir, dalam 5 waktu solat, seboleh-bolehnya ambil satu atau dua waktu untuk solat berjemaah bersama anak-anak. Sebagai contoh, semasa solat Maghrib, Isyak dan Subuh. Solat berjemaah bukan sahaja mendapat lebih pahala tetapi juga ikatan kekeluargaan dapat dieratkan dan keluarga akan hidup aman bahagia.

Kewajiban Orang Tua dalam Keluarga yang Islami - Info Uhuy

2) MENZIARAHI ORANG SAKIT/SUSAH

Elakkan membiarkan anak-anak terbiasa dengan hidup mewah. Segala kehendak mereka diberikan tanpa batasan atas alasan kasih sayang. Jika ada saudara mara yang dalam kesusahan seperti sakit dan hidup dalam keadaan yang susah, ziarahi mereka. Bawa anak-anak bersama. Dalam perjalanan, boleh ceritakan kesusahan yang mereka hadapi dan bantuan yang boleh dihulurkan. Keadaan ini akan menyuntik rasa ingin membantu dan hidup bersederhana dalam diri anak-anak.

SUSAH

3) MEMASAK DI RUMAH

Ibu bapa boleh mendidik dan mengeratkan hubungan silaturrahim sesama ahli keluarga dengan aktiviti memasak di rumah. Selalunya memang ibu lah yang memasak, tetapi bapa juga boleh membantu seperti membasuh pinggan, mengemas meja dan sebagainya. Jika bapa ingin memasak sangat digalakkan. Amalan saling membantu ini akan diperhatikan oleh anak-anak, justeru menjadi amalan dalam kehidupan mereka apabila besar kelak.

Semasa memasak juga, ibu bapa boleh membaca zikir-zikir pengerat kasih sayang sesama ahli keluarga. Mulakan mencedok nasi dengan BISMILAHHIRAHMAN NIRRAHIM. Mengacau kuah di dalam periuk dengan zikir LAILAHAILLAH MUHAMMADUR RASULULLAH. Banyak lagi zikir-zikir yang boleh ibu bapa amalkan ye. In sha Allah makanan yang dimasak akan mendapat lebih keberkatan.

BELAJAR MEMASAK-02

4) MENGGUNAKAN BAHASA YANG BAIK.

Sekuat mana rasa ingin marah, rasa geram kepada anak-anak elakkan menggunakan kata-kata yang kesat. Jika tidak mahu anak-anak mendapat tempias, elakkan berjumpa mereka. Maksudnya, apabila pulang ke rumah, bersihkan diri terlebih dahulu, fikirkan perkara-perkara positif. Selepas selesai, barulah bersama dengan anak-anak.

Penggunaan kata-kata yang baik melatih diri anak-anak untuk sentiasa mengucapkan ucapan yang manis dan sedap didengar. Cara ini juga dapat membentuk kawalan emosi anak-anak di tahap yang terbaik. Mereka akan berfikir, ibu bapa yang sedang keletihan selepas seharian bekerja tetapi masih mampu menuturkan kata-kata yang baik dan melayan mereka dengan penuh kasih sayang adalah patut untuk dihormati dan dicontohi.

Logo Budi Bahasa Budaya Kita

5) MENGEHADKAN PENGGUNAAN TEKNOLOGI TERKINI

Pengaruh media massa dan teknologi terkini sememangnya membawa impak besar dalam kehidupan seseorang apatah lagi untuk anak kecil. Peranan ibu bapa adalah mengehadkan penggunaan teknologi serba canggih ini.

Pengalaman saya sendiri apabila melihat sebuah keluarga yang begitu aman bahagia, anak-anak tidak menghiraukan tab, handphone, televisyen, astro dan sebagainya. Anak-anak bermain permainan seperti lego, anak patung atau kita panggil barang-barang maujud. Keadaan anak-anak ini membolehkan ibu bapa mereka melakukan kerja tanpa sebarang gangguan. Abang, akak dan adik-adik bermain penuh sopan tanpa bergaduh. Sukanya saya melihat keluarga tersebut. Anda pasti mahu keadaan yang begitu bukan? Jadi hadkan penggunaan teknologi canggih ini.

Sebagai ibu bapa, harus bertegas dengan mereka, dan bukan mengikut kehendak mereka. Jika mereka menangis, cuba pujuk dengan kata-kata yang baik. Barang berteknologi ini boleh diberi seminggu sekali dalam masa satu jam sebagai contoh. Bimbang jika tidak diberi langsung, mereka tidak kenal pula dengan teknologi masa kini. Berpada-pada ye…

GADJET1

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk ibu bapa dalam mendidik anak-anak menjadi insan yang berguna di dunia dan akhirat.

Selamat beramal!!!!

Jemput klik share untuk kita berkongsi ilmu dengan insan lain. Terima kasih 🙂

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge