4 CARA DIDIK ANAK MAKAN SAYUR

Assalammualaikum mommies……

Kanak-kanak sememangnya sukar untuk  menggemari sayuran kerana beberapa jenis sayur yang mempunyai rasa yang pahit. Namun, mommies mesti berusaha untuk memberi sayur kepada kanak-kanak kerana risau mereka tidak mendapat khasiat yang cukup dalam nutrien harian. Jom ikut cara-cara di bawah yang mommies boleh cuba.

images (2)
credit to siraplimau.com

4 CARA BANTU ANAK MAKAN SAYUR

1) Mengajak anak-anak untuk mengenali sayur-sayuran dengan lebih dekat. 

Mommies boleh bawa anak-anak ke pasar untuk berkenalan dengan pelbagai jenis sayuran. Jika sukar, mommies boleh beli sayuran di pasar dan bawa pulang ke rumah dan tunjukkan kepada mereka. Selain itu, mommies boleh juga  membawa anak-anak ke kebun di halaman rumah atau di kampung supaya anak-anak akan merasa lebih dekat dengan sayuran. Rupa bentuk sayuran yang unik boleh menarik perhatian anak-anak.

2) Mereka bentuk/menghias sayuran dalam hidangan.

Mommies boleh cuba mereka bentuk dan menghias hidangan berbentuk sayuran untuk anak-anak. Anak-anak sememangnya mudah tertarik dengan visual yang kelihatan cantik dan menarik. Sekaligus boleh menarik minat mereka untuk memakan sayuran.

 

sayur
credit to melayukini.net

 

3) Mengajak anak-anak untuk berkebun.

Nampak rumit, apatah lagi jika mommies tinggal di kawasan bandar yang mempunyai ruang yang terhad. Namun, mommies boleh gunakan pasu kecil untuk anak-anak bercucuk tanam. Mommies boleh mengajar anak-anak menama sayur tauge, sawi, kangkung dan sebagainya. Pilih sayuran yang tidak sukar untuk ditanam dan tidak sukar untuk dijaga. Anak-anak yang masih kecil sememangnya mudah dirangsang dengan sentuhan. Apabila memegang sendiri sayuran tersebut, mereka merasa lebih dekat dengan sayuran itu.

Mereka sendiri tidak sabar untuk menunggu sayur tersebut membesar dengan subur dan menjadikannya sebagai menu hidangan. Suatu kepuasan apabila sayuran yang ditanam dan dijaga kemudian dihidangkan sebagai menu masakan. Alangkah gembiranya anak-anak mommies.

 

Copy-of-IMG_20141108_085450
credit to www.indonesiabangundesa.org

4) Menyediakan puding/ kek sayuran.

Campuran manisan dalam makanan sememangnya menarik perhatian kanak-kanak. Cara ini juga dapat menghilangkan rasa sebenar sayuran tersebut yang mungkin tidak digemari oleh mereka. Maka, mommies boleh cuba menyediakan puding jagung yang mempunyai campuran sayur jagung di dalamnya. Selain itu boleh juga menyediakan kek sayuran, seperti kek lobak merah (carrot) ataupun bingka labu. Mommies kena lebih kreatif dalam merangsang anak-anak untuk menggemari sayuran.

pudingjagung3

Semoga artikel ini dapat membantu mommies untuk menarik perhatian anak-anak dalam menggemari sayuran.

Selamat beramal!!!

Jemput share untuk sebarkan ilmu dengan insan lain 🙂

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge