JERAWAT DAN KEHAMILAN | NORMAL ATAU TIDAK

Assalammmualaikum……hai mommies…selamat berpuasa……

Mommies berkulit licin?? tiada jerawat?? cerah sekata??….tetapi, apabila disahkan hamil….wajah mula ditumbuhi jerawat….mula risau….mula rimas….mula nak picit-picit jerawat tuh…..normal ke tak sebenarnya pengeluaran jerawat nih??

Saya pernah terbaca suatu artikel berkenaan jerawat semasa hamil…..Dalam artikel itu, pengarang memberitahu, ia normal…..pengeluaran jerawat adalah disebabkan perubahan hormon dalam badan ibu hamil…..jadi mommies…tak payah risau ye…..biarkan jerawat itu tumbuh……jangan dipicit….bimbang tinggalkan parut pula……

Namun begitu, mommies sangat-sangat tidak digalakkan untuk menyapu krim jerawat pada jerawat yang tumbuh….kerana bimbang kepada bayi di dalam kandungan…..seeloknya biarkan sahaja…..bukan lama pun tempoh jerawat itu…..sampai masa, jerawat akan hilang……

Diingatkan lagi, mommies tidak digalakkan untuk membuat rawatan muka atau facial treatment untuk memicit jerawat tersebut…..kerana di spa, alat-alat yang digunakan mengandungi kesan ridaksi dan tidak sesuai untuk ibu hamil……lagipun, jerawat ini perkara normal…..tiada yang perlu dirisaukan……

Selalunya, jerawat akan tumbuh dalam trimester pertama…..di mana perubahan hormon sedang berlaku…..dan mommies sedang dalam tempoh penyesuaian…..selepas tempoh trimester pertama…..jerawat akan mula surut…..

Jadi mommies…tak perlu risau ye….dan elakkan perkara-perkara menyapu ubat jerawat dan melakukan facial treatment…..

psttt…..ada juga mengatakan mommies yang ditumbuhi jerawat ketika hamil merupakan petanda kepada anak lelaki atau prempuan……betul ke?…..anak lelaki atau perempuan….semuanya dengan kuasa Allah…..:)

Selamat beramal!!!!

Jemput share untuk berkongsi ilmu dengan insan lain 🙂

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge