7 CARA DIDIK ANAK BERTERIMA KASIH

Assalammualaikum……apa khabar mommies?? Jom kita tengok cara-cara untuk mendidik anak mengucapkan terima kasih. Biasalah zaman sekarang, budaya mengucapkan terima kasih semakin lupuk dek zaman…Jadi, tugas ibu bapa mendidik mereka….Melentur buluh biarlah daripa rebungnya….Ikuti tips di bawah….

 

CARA DIDIK ANAK TQ

7 CARA DIDIK ANAK BERTERIMA KASIH

1) CONTOH TELADAN IBU BAPA

Mulekan mendidik mereka dengan menunjuk contoh yang terbaik…Bapa sering mengucapkan terima kasih di atas masakan isteri….Mommies mengucapkan terima kasih kepada suami atas pertolongan yang diberi…..Tindakan ini akan diperhatikan oleh anak-anak dan seterusnya dapat dipraktikkan di dalam kehidupan mereka seharian….Tunjuklah budaya berterima kasih kepada mereka terlebih dahulu di rumah….

2) JADIKAN ANAK-ANAK SEBAGAI PENDENGAR YANG BAIK

Mommies boleh menjadi pendengar yang baik untuk anak-anak. Segala masalah boleh dikongsi bersama. Sama ada masalah semasa di sekolah, mahupun masalah peribadi. Hubungan akrab ini aka membuatkan anak-anak merasa dihargai. Selepas mendengar masalah dan luahan hati mereka, biasakan mereka dengan ucapan terima kasih. Contohnya, ” terima kasih sayang, kerana berkongsi cerita dengan mama”. Meminta juga anak-anak untuk mengucapkan terima kasih contohnya ” terima kasih mama, sudi mendengar cerita kakak”. Kaedah ini bukan sahaja dapat memupuk ucapan terima kasih di kalangan anak-anak tetapi juga mengeratkan hubungan mommies dengan anak-anak.

3) MENGINGATI CENDERAMATA SEMASA BERCUTI

Jika mommies bercuti bersama anak-anak, latih mereka dengan membeli cenderamata untuk rakan-rakan, guru-guru dan saudara mara terdekat yang tidak dapat mengikuti percutian mereka. Tidak perlu membeli yang mahal-mahal, key-chain juga sudah memadai, tanda ingatan kita kepada mereka. Cara ini mendidik anak-anak untuk sentiasa mengingati orang-orang yang banyak berjasa dan membantu mereka.

turtle_baraccuda_large
credit to cdn.shopify.com

4) MEMBERI TANPA DIPINTA

Mommies boleh latih anak-anak untuk menghulurka pertolongan tanpa dipinta. Di awalnya, mommies boleh didik anak-anak dengan perkara-perkara mudah seperti membersihkan meja makan, mencuci cawan/gelas yang telah digunakan, menyiapkan hidangan di atas meja dan sebagainya. Jika mereka dibiaskan dengan situasi seperti ini, mereka tidak lagi perlu disuruh untuk melakukan perkara tersebut di masa akan datang. Alah bisa tegal biasa. Mereka sendiri akan membantu mommies sekiranya melihat mommies sedang bersiap-siap menyediakan hidangan.

Mommies juga jangan lupa ye untuk ucap terima kasih di atas bantuan mereka. Mereka akan rasa dihargai dan tidak mustahil, jika makan di restoran, mereka akan mengucapkan terima kasih kepada pekerja di kedai tersebut selesai mengelap meja makan. Mereka akan kelihatan mempunyai budi bahasa yang indah.

5) MENCIPTA BUKU UCAPAN TERIMA KASIH

Mommies boleh meminta anak-anak untuk menyediakan buku ucapan terima kasih. Di dalam buku ini, setiap aktiviti yang dijalankan pada hari tersebut dan mendapat ucapan terima kasih atau mereka sendiri yang mengucapkan terima kasih boleh dicatatkan. Buku tersebut  boleh dijadikan  panduan untuk memperbaiki diri. Contohnya, bulan Mei anak-anak sudah 20 kali mengucapkan terima kasih kepada orang-orang yang menghulurkan bantuan walaupun sedikit. Maka, beri mereka semangat untuk meningkatkan kepada 40 kali ucapan terima kasih di bulan Jun. Kaedah ini boleh meningkatkan potensi diri mereka dalam kemahiran sosial juga.

6) MENDIDIK UCAPAN TERIMA KASIH DALAM PELBAGAI BAHASA

Kita hidup ini dengan pelbagai kaum, budaya dan bangsa. Setiap daripada mereka, mempunyai bahasa tersendiri. Maka, mommies boleh juga mengajar anak-anak ucapan terima kasih dalam pelbagai bahasa. Almaklum, bukan semua orang memahami perkataan Bahasa Inggeris. Sekiranya mommies bercuti di Jepun, mereka lebih suka menggunakan bahasa ibunda. Mendidik anak-anak menggunaka bahasa lain dalam ucapan terima kasih boleh menarik perhatian mereka untuk sering mengucapkan terima kasih.  Kita tengok bahasa-bahasa yang membawa maksud terima kasih di bawah:-

Gracias — Spain

Merci — Perancis

Xie Xie — Mandarin

Arigato — Jepun

Danke — Jerman

7) MEMELUK DENGAN NIAT BERTERIMA KASIH

Mommies…..untuk eratkan hubungan dengan anak-anak, peluklah mereka saat mereka mengucapkan terima kasih. Memeluk mereka tanpa dipinta. Tindakan ini akan membuat mereka rasa lebih dekat dan mengetahui bahawa tingkah laku mereka merupakan perkara yang baik dan elok. Maka, mereka akan mengulangi perkara (ucapan terima kasih) di masa akan datang.

credit to clipbest.com
credit to clipbest.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge