5 TIPS MUDAH SEDIAKAN MAKANAN BAYI UNTUK IBU BEKERJA

Assalammualaikum dan selamat pagi mommies…..:)

Mommies bekerja atau suri rumah? Jika bekerja pasti kelam kabut untuk sediakan makanan bayi bukan? Awal pagi perlu bergegas ke tempat kerja, jika lewat pasti dimarah oleh bos. Niat di hati mahu sediakan sendiri makanan untuk bayi, apatah lagi di awal perkembangan mereka. Jom ikuti tips-tips di bawah untuk mommies. Mommies yang menjadi suri rumah pun boleh cuba.

TIPS MUDAH SEDIAKAN MAKANAN BAYI

1) MEMOTONG BUAH/SAYUR KEPADA POTONGAN YANG KECIL

Mommies boleh potong buah/sayur ke dalam bentuk yang kecil. Ini bagi memudahkan bayi yang sudah pandai mengunyah untuk menelan makanan tersebut. Pastikan potongan buah/sayur tersebut sesuai untuk bayi. Mulakan dengan memberi buah/sayur yang lembut dan mudah ditelan.

provinciaal_groentemix
CREDIT TO WHEEMSKERK.NL

2) MEMASAK BUAH/SAYUR YANG SUDAH SIAP DIPOTONG

Jika bayi belum boleh mengunyah, lebih baik mommies memasak buah/sayur tersebut terlebih dahulu. Supaya makanan tersebut benar-benar lembut untuk mereka. Mommies boleh juga melakukan stim/ membakar makanan tersebut. Kaedah stim/bakar ini tidak akan mengurangkan nutrien penting dalam buah/sayur berbanding dengan kaedah merebus. Mommies juga tidak disarankan untuk menambah gula atau garam dalam masakan tersebut, bagi mengekalkan rasa sebenar dan nutrien buah/sayur dalam makanan bayi berkurangan. Di sini, mommies boleh mula mendidik bayi dengan menggemari sayuran.

steam-300x182

3) MENGISAR BUAH/SAYUR YANG SUDAH SIAP DIMASAK

Buah/sayur yang mommies masak sebentar tadi berada dalam potongan yang kecil, jika hendak diberi kepada bayi tidak sesuai dalam potongan tersebut. Lebih baik mommies kisar buah/sayur tersebut sehingga benar-benar lumat menjadi puri. Mommies boleh menambah air jika kelihatan buah/sayur tersebut terlalu pekat. Elakkan menuang air terlalu banyak sehingga kisaran buah/sayur tadi menjadi terlalu cair. Ini boleh menghilangkan rasa sebenar buah/sayur tersebut.

dsc_0024

4) MENGHIDANGKAN KEPADA BAYI

Apabila mommies sudah siap mengisar buah/sayur tadi, ia akan menjadi dalam bentuk puri. Mommies boleh hidangkan kepada bayi. Tetapi, pastikan puri tersebut sudah sejuk, tidak terlalu panas untuk bayi. Ini kerana sistem badan bayi yang masih kecil dan lembut untuk menerima masakan yang panas. Mommies boleh memasukkan makanan tadi ke dalam dalam bekas makanan mereka dan mulakan menyuap. Jika mereka sudah boleh menyuap makanan sendiri, biarkan mereka menyuap makanan tersebut dengan sendiri. Ini dapat melatih mereka berdikari.

Peringatan untuk mommies, anda boleh menyuap bayi anda dengan buah/sayur tersebut bermula dengan sehari sekali sahaja pada peringkat awal. Apabila melihat tiada kesan alergik, mommies boleh hidangkan buah/sayur tersebut sebanyak dua hingga tiga kali sehari keesokan harinya. Namun, jika bayi menunjukkan tanda-tanda alergik, mommies boleh bawa berjumpa dengan doktor dan hentikan makanan berupa buah/sayur tersebut. Mommies boleh cuba dengan buah/sayur yang lain pula. Jika bayi masih menyusu, mommies masih boleh menyusukan mereka dengan 24-32 oz sehari berselang seli dengan pemberian puri.

CREDIT TO LAVENDERDAPURGIZI.FILES.WORDPRESS.COM
CREDIT TO LAVENDERDAPURGIZI.FILES.WORDPRESS.COM

5) MENYIMPAN PURI DI DALAM PETI AIS

Bagi mommies yang bekerja, pasti tidak mempunyai waktu yang cukup untuk menyiapkan puri tersebut pada setiap hari. Jadi, disarankan apabila tiba hujung minggu, mommies boleh membuat puri dengan lebih sedikit sebagai bekalan untuk hari-hari berikutnya. Selepas siap, mommies boleh simpan di dalam bekas makanan bayi seperti gambar di bawah dan masukkan ke dalam peti ais. Apabila mommies ingin memberi mereka makanan atau ingin meminta pengasuh menyuapkan, mommies boleh keluarkan dari peti ais. Jadi, jimat masa bukan?….

 

CREDIT TO 2.BP.BLOGSPOT.COM
CREDIT TO 2.BP.BLOGSPOT.COM

 

Semoga tips-tips ini bermanfaat untuk mommies….

Selamat beramal!!!

Jemput klik share untuk berkongsi ilmu dengan insan lain….terima kasih….:)

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge