5 TIPS UNTUK MOMMIES MENYUSU DALAM PERJALANAN

Assalammualaikum…..mommies sedang menyusukan si manja semasa beraya nanti?? Dah bersedia dengan segala macam persiapan untuk menyusukan si manja dalam perjalanan??….Jom ikuti tips di bawah sebagai panduan….

TIPS MENYUSU DI DALAM PERJALANAN

1) MEMPUNYAI SET MENYUSU EXTRA

Mommies mesti mempunyai set menyusu extra ye…..Mana tahu, jika mommies tak sempat berhenti di hentian rehat, jalan terlalu sibuk dan jem yang teruk….Mommies boleh gunakan set menyusu extra yang telah dibawa….Kena standby agar penyusuan untuk si manja dapat diteruskan tanpa sebarang halangan…..Jika tersekat dalam jem yang teruk, memang tak boleh nak berhenti di hentian rehat….dan tidak dapat mencuci set menyusu yang telah digunakan….Waktu ini lah, set menyusu yang dibawa extra berguna untuk mommies dan si manja…..

credit to boots.ie
credit to boots.ie

2) MEMAKAI NURSING WEAR

Nursing wear ini dah bermacam-macam corak dan rupa di pasaran, mommies pilih yang sesuai dan selesa untuk mommies dan si manja….Mungkin jalan mengalami jem yang teruk, bimbang mommies tidak selesa hendak menyusukan si manja dengan keadaan kenderaan yang rapat……Masa ini, mommies boleh gunakan nursing cover yang memberi keselesaan kepada mommies sewaktu menyusukan si manja……Pastikan juga nursing cover tersebut tidak diletak di dalam beg pakaian yang disimpan di boot kereta, susah pula nak diambil ketika diperlukan nanti……

credit to mumfidential.com
credit to mumfidential.com

3) MENYEDIAKAN BATERI LEBIH JIKA PAM MENYUSU MENGGUNAKAN BATERI

Ini sangat-sangat penting dan perlu diberi perhatian untuk mommies…..Pam menyusu yang digunakan, jika menggunakan bateri, sediakan bateri lebih….Manalah tahu, jika tiba-tiba dalam perjalanan pulang ke kampung, bateri pam menyusu pula habis…..Di mana pula, mahu mencari kedai yang menjual bateri? Susah bukan?….Jadi, mommies…sediakan bateri lebih siap-siap ye…..

4) MENYEDIAKAN STOK SUSU

Mommie tahu bukan tekanan dan keletihan boleh menyebabkan penghasilan susu merudum??….Sebab itu disarankan mommies untuk menyediakan susu extra, terutamanya bagi mommies yang menjalani penyusuan eksklusif untuk si manja….Sediakan stok susu dan disimpan di dalam bekas yang selamat supaya kualiti susu tidak terjejas….Ini sebagai langkah berjaga-jaga seandainya mommies tidak dapat menghasilkan susu dengan banyak….akibatnya si manja tidak kenyang dan kerap menangis…..

credit to http://g-ecx.images-amazon.com/
credit to http://g-ecx.images-amazon.com/

5) MENYEDIAKAN MAKANAN UNTUK IBU MENYUSU

Selepas menyusu, sememangnya badan mommies akan keletihan dan perut berasa lapar….Ia adalah normal kerana segala zat dan nutrien mommies telah diambil oleh si manja semasa proses penyusuan….Normal lah jika mommies berasa lapar…..Jika dah tersekat dalam kesesakan lalu lintas, tiada pula kedai di tepi jalan, di mana mommies nak dapatkan makanan??….Jadi, standby makanan di dalam kereta terlebih dahulu seperti roti, biskut dan sebagainya. Mommies kena sediakan makanan berat ye….supaya perut merasa kenyang dan badan bertenaga….

credit to http://cliparts.co/
credit to http://cliparts.co/

Semoga info di atas dapat memberi manfaat kepada mommies dalam perjalanan pulang ke kampung…..

Selamat beramal!!!!

Jom share ilmu dengan insan lain…terima kasih…:)

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge