7 PERKARA WAJIB DIHINDARI SEMASA MENURUNKAN BERAT BADAN

Ramainya nak berkurus-kurus semasa puasa ni….Alhamdulillah…memang bulan puasa…melatih diri untuk diet yang sihat….Tapi….terdapat perkara-perkara yang perlu dihindari jika nak kurus ye….Jom baca artikel ini….

1) MENGAMALKAN DIET RENDAH KALORI

The word diet spelt out in vegetables on a wooden board.
The word diet spelt out in vegetables on a wooden board.

Benar, dengan membuang kalori yang banyak, boleh menurunkan berat badan dengan cepat. Namun begitu ia akan merendahkan metabolisme badan dan menghilangkan otot-otot penting untuk tubuh badan. Paling menakutkan apabila anda akan kembali menaikkan semula berat tersebut dengan lebihan lemak yang banyak dalam usia 50 tahun ke atas.

2) MENGAMBIL SUPLEMEN KURUS

Jika anda nak mengambil suplemen untuk kurus, pastikan mendapat nasihat doktor. Cari suplemen yang sudah lama berada di pasaran dan benar-benar berkesan. Pastikan juga testimoni berjaya adalah benar-benar asli dan bukan hanya menukar gambar sebelum dan selepas….

3) SENAMAN EKSTREM

Jika anda bukan jenis yang suka bersenam, tetapi disebabkan mahu menjadi kurus, anda bersenam dengan senaman ekstrem….adalah sangat tidak digalakkan kerana boleh menyebabkan kecederaan dan dehidrasi. Ambil senaman yang ringan sperti berjoging dan amalkan setiap hari selama 30minit….Jika anda boleh konsisten untuk berjoging, pasti anda boleh menurunkan berat badan dengan jayanya dan cepat…

4) MEROKOK

Ramai orang mengambil langkah mudah untuk menurunkan berat badan dengan merokok. Kandungan nikotin di dalam rokok boleh menyebabkan anda kurang selera untuk makan. Namun begitu, rokok membahayakan kesihatan diri anda dan juga orang sekeliling yang menghidu asap tersebut. Jadi, sebaiknya elakkan merokok untuk menurunkan berat badan.

Kine4p5rT

5) PEMBERSIHAN PERUT

Anda disarankan untuk tidak memuntahkan kembali makan yang sudah ditelan untuk menguruskan badan. Cara ini adalah salah sama sekali. Ia boleh menyebabkan masalah kesihatan yang lain kepada tubuh badan. Perut sememangnya mengandungi asid yang kuat, dan ia perlu kekal di dalam perut dan bukannya dikeluarkan di mulut. Keadaan ini boleh menyebabkan masalah kesihatan pada mulut. Maka, lebih baik anda makan, tetapi mengikut diet yang sihat.

6) PELAN DETOKS

Kebanyakan masalah perut buncit, ia selalu dikaitkan dengan kandungan toksin dalam badan yang terlalu banyak. Maka, ramailah orang di luar sana berusaha untuk mendetoks toksin tersebut. Proses detoksifikasi ini menyebabkan kehilangan berat daripada air dan berat najis. Jika tiada pemantauan, ia boleh membahayakan kesihatan. Terutamanya di bulan puasa kerana badan telah menerima isyarat untuk mendetoks toksin dalam badan, bimbang badan akan terhidrasi akibat proses mendetoks toksin ini.

7) MENGAMBIL UBAT TERLARANG

Ubat menguruskan badan, bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Pengguna boleh memilih ubat yang diluluskan oleh KKM yang asli, bukannya tiruan ye. Jangan memilih ubat yang bukan sahaja murah, tetapi tidak mendapat kelulusan KKM, ini akan membahayakan kesihatan anda terutama kepada fungsi buah pinggang.

Semoga tips-tips ini dapat diamalkan oleh para pembaca dalam sesi menguruskan berat badan semasa berpuasa.

Selamat beramal!!!

Jemput share untuk manfaat insan lain…Terima Kasih….

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge