ANAK TAHAN KENCING??? | PUNCA & CARA ATASI

Mommies semua pasti gembira apabila anak-anak sudah tahu untuk pergi ke tandas sendiri….Mereka sudah tidak memerlukan lampin pakai buang…..Namun begitu, masih terdapat anak-anak yang gemar menahan kencing kerana beberapa sebab yang perlu mommies tahu…….Ini kerana, sikap menahan kencing boleh mengundang bahaya terhadap kesihatan mereka….Jom kita lihat mengapa anak suka menahan kencing……

1) LEKA BERMAIN

Biasanya kanak-kanak berumur 3-4 tahun memang gemar bermain…tidak kira kanak-kanak lelaki atau perempuan…..sama ada bermain basikal atau bermain anak patung…apatah lagi bermain bersama kawan-kawan mahupun saudara mara….

Maka, mommies kena bertindak….mommies kena bertanya mereka sama ada hendak kencing atau tidak……..Dicadangkan untuk bertanya dalam sela masa 15 atau 30 minit….Lama-lama anak-anak pasti akan mengingati bahawa sudah tiba masa untuk kencing……Mommies kena bersabar dengan sikap anak-anak sewaktu ini….Boleh juga meminta bantuan daddy untuk membantu terutama bagi kanak-kanak lelaki…..kerana mereka lebih gemar bermain di luar rumah…..

PicMonkey Collage

2) KESESAKAN LALU LINTAS

Jika berlaku kesesakan lalu lintas, memang agak sukar untuk berhenti di hentian rehat ataupun stesen minyak…Jadi, mommies boleh minta anak-anak untuk membuang air kecil sebelum perjalanan bermula…..Dianggarkan juga dalam masa 90minit selepas kencing sebelumnya/minum air….anak-anak akan mula untuk merasa kencing semula…..Jika terjumpa dengan stesen minyak, mommies minta untuk berhenti….minta anak-anak untuk turun pergi ke tandas…..Walaupun kadang-kadang mommies sudah bertanya, mereka menjawab untuk tidak mahu kencing….Mommies diminta untuk bertegas….Ini bagi mengelakkan mereka menahan kencing di tengah perjalanan….

 

traffic-jam

 

3) MALU BERCAKAP

Terdapat anak-anak yang malu untuk meminta ke tandas….Lebih-lebih apabila mommies berada di kawasan yang ramai orang…..Kadang-kadang mereka juga merasa malu dengan rakan-rakan…..Mommies jangan biarkan ye…..Beritahu mereka, semua orang memang akan membuang air kecil…..Tiada apa yang hendak dimalukan…..Ia adalah fitrah semulajadi manusia…..Mommies juga diminta untuk berpesan kepada anak-anak supaya memberitahu pengasuh apabila merasa mahu membuang air kecil……

 

shy-kid

4) TANDAS AWAM KOTOR

Ini memang tidak dapat dielakkan….Lagi-lagi jika mommies sudah mendidik anak-anak dengan amalan kebersihan diri….Mereka sendiri akan merasa geli melihat tandas yang kotor…..Tapi, mommies kena beritahu anak-anak tentang bahaya menahan kencing…..Mommies boleh bantu dengan menekan flush tandas yang kotor itu dan beri ruang kepada anak untuk membuang air kecil…..

 

wpid-Dirty-Bathroom-Clipart-5

5) BIMBANG DITINGGALKAN

Semua kanak-kanak akan merasa takut apabila hendak membuang air kecil di tandas awam terutamanya….kerana bimbang akan ditinggalkan….lebih-lebih lagi apabila mommies membiarkan kakak atau abang yang menemani…..Mommies perlu mengingatkan kakak atau abang untuk menemani adik mereka sehingga selesai….Jangan dibiarkan dan ditinggalkan…..

Jika di rumah pula, semasa menonton televisyen….mommies perlu perhatikan gerak-geri anak-anak….lihat masa terakhir mereka minum air….dan dalam sela masa 90minit, mommies boleh minta mereka untuk ke tandas…..Jika mereka susah mahu ke tandas kerana cerita yang sangat seronok…..beri mereka ruang pergi ke tandas semasa iklan tv…..Yang penting mommies elakkan mereka daripada menahan kencing…..

6) MENGANTUK DAN KELETIHAN

Lazimnya, ia berlaku di waktu malam…..apabila telah penat bermain di waktu siang, pasti mereka akan merasa terlalu mengantuk di waktu malam….dan memilih untuk tidur tanpa membuang air kecil…..Mommies….ingatkan mereka untuk pergi ke tandas terlebih dahulu sebelum tidur ye…..Ini juga bagi mengelakkan mereka membuang air kecil di atas tilam….

Jika anak-anak meminum susu sebelum tidur, mommies diminta untuk mengejutkan mereka dalam sela masa satu jam hingga dua jam selepas mereka tidur….Ini juga bagi membolehkan mereka tidur dengan nyenyak dan mengelakkan mereka menahan kencing…..

kencing

Semoga tips di atas dapat membantu mommies mengelakkan anak-anak daripada menahan kencing…..

Jom kongsi tips ini dengan insan lain….terima kasih…:)

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge