GAYA TIDUR BAYI YANG MENENANGKAN, POLA DAN TIPS

Assalammualaikum…hai mommies..selamat berpuasa di hari yang ke 13….

Mommies pernah perhatikan anak mommies tidur??…comel kan….nampak tenang je….nyenyak sungguh….namun begitu, ada juga baby yang tidurnya terganggu…..kerap meragam…..jom kita tengok pola tidur bayi dan tips untuk memastikan bayi mommies tidur dengan nyenyak….

POLA TIDUR BAYI

1) BAYI BARU LAHIR-3 BULAN

18 jam sehari…..lapan atau 10jam di waktu malam dan lapan jam di waktu siang.

2) BAYI 4-6 BULAN

16 jam sehari…..12 jam waktu malam dan 4 jam waktu siang

3) BAYI 6-8 BULAN

14 jam sehari…..11 jam waktu malam dan 2 jam waktu siang

4) BAYI 12-18 BULAN

11 hingga 12 jam waktu malam dan dua jam pada waktu siang

Jadi….mulai sekarang…mommies boleh memastikan si manja mendapat tidur yang cukup atau tidak….kira tau..ia penting bagi memastikan si manja berehat dengan sistem waktu yang betul….

 

TIPS BANTU TABIAT TIDUR

1) Melakukan aktiviti di siang hari

Biasakan si manja dengan suasana yang riuh dan bising di waktu siang. Bawa mereka pergi bersiar-siar. Ajak mereka bermain dengan barang-barang permainan. Situasi ini akan menyebabkan bayi anda merasa letih tambahan dengan suasana yang bising.  Ini akan membantu mereka tidur di waktu malam dalam keadaan tenang.

kreativiti d(13)

2) Tidur sekejap di waktu siang

Mommies kena memastikan si manja anda tidur di waktu siang. Bukan tidur yang lama. Sekejap dalam anggaran masa 1-2jam sudah mencukupi. Ini boleh membantu mereka untuk tidur lebih lena di waktu malam.

3) Membuat penanda aras

Mommies boleh menyanyikan lagu atau membaca buku cerita semasa bayi anda ingin tidur. Lama-kelamaan apabila mereka sudah biasa dengan situasi ini, mereka dapat mengaitkan situasi tersebut dengan waktu untuk tidur.

6_10942210_1_ind_ID_buku_large-6114988225157421942_png

4) Terus tidurkan jika mula mengantuk

Kadang-kadang dek kerana aktiviti yang sedang dilakukan seperti menonton televisyen atau bermain alat permainan, si manja seboleh-bolehnya akan menahan rasa mengantuk mereka. Mommies perlu prihatin untuk memerhatikan tindakan mereka. Apabila nampak mereka sudah mula menguap, terus bawa mereka ke bilik, dan tidurkan.

5) Memilih posisi tidur yang betul

Si manja akan mula meragam apabila tidak memperoleh posisi tidur yang betul kerana berasa tidak selesa. Jadi, mommies boleh bant mereka dengan posisi telentang atau mengiring bersama bantal peluk. Ini boleh membantu mereka untuk mendapat tidur yang lebih nyenyak.

manfaat-suka-tidur-siang-bagi-anak

6) Cahaya gelap

Biasakan memadam lampu di bilik tidur si manja anda sewaktu mereka ingin tidur. Jika waktu tersebut adalah masa untuk mereka meminum susu, mommies boleh gunakan cahaya lampu yang suram dan berpesan kepada mereka dalam suara yang perlahan/berbisik supaya mereka tidur selepas selesai meminum susu.

Screenshot_2015-04-29-19-08-02-1

Semoga pola dan tips-tips ini bermanfaat untuk mommies dalam menidurkan si manja anda…..

Selamat beramal!!!!

Jom share untuk info mommies yang lain….Terima kasih….

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge