TIPS DIDIK ANAK BERPUASA PENUH SEPANJANG RAMADHAN

Assalammualaikum….

Mommies ada anak yang sedang dilatih untuk berpuasa? Selalunya anak-anak berusia 7tahun ke atas sudah boleh dilatih untuk berpuasa. Namun demikian, mommies kena menempuh pelbagai cabaran untuk memastikan mereka dapat berpuasa penuh sepanjang hari. Almaklumlah, mereka bersekolah pagi hingga petang, pasti ada sahaja alasan yang diberikan untuk berbuka teritama di waktu tengah hari. Jom ikuti tips-tips di bawah supaya anak-anak mommies boleh berpuasa sepanjang hari di bulan Ramadhan ini.

1) MASAKAN PANAS
Mommies boleh sediakan masakan panas ketika bersahur untuk menarik minat anak-anak. Ini lebih menyelerakan mereka untuk menikmati hidangan. Elakkan memanaskan lauk atau menjamu hidangan yang sama ketika waktu berbuka. Mommies boleh memasak makanan yang mudah dan ringkas tetapi enak untuk dimakan.

2) JUADAH KEGEMARAN

Sebagai galakan untuk mereka berpuasa, mommies boleh sediakan juadah kegemaran mereka. Seeloknya bertanya kepada mereka tentang menu hidangan yang mereka inginkan ketika berbuka. Cara ini boleh menahan mereka daripada berbuka puasa di tengah hari.

post-murtabak

 

3) MASAKAN PEDAS

Elakkan masakan pedas ye mommies. Masakan pedas nih boleh menyebabkan kita rasa dahaga dengan lebih kerap. Walaupun anak-anak menggemari masakan pedas, mungkin mommies boleh kurangkan sedikit rasa pedas tersebut. Kadang-kadang apabila kita kurang minum air di waktu siang, perut akan merasa tidak selesa. Ini boleh mengakibatkan anak-anak merasa letih dan longlai.

RESEP-GULAI-ASAM-PEDAS-MELAYU-E2-80-93-SAJIAN-ISTIMEWA-DI-BUAT-DENGAN-BUMBU-PALING-LEZAT-DI-JAMIN-SUPER-SEDAP

 

4) MAKANAN BERKUAH

Lazimnya, anak-anak lebih menggemari makanan berkuah seperti sup. Mommies boleh sediakan sup untuk menarik selera mereka ketika berbuka puasa. Nasihatkan anak-anak untuk makan sehingga kenyang, bagi mengelakkan rasa lapar di siang hari.

sup ayam

5) BUAH-BUAHAN

Mommies perlu sediakan buah-buahan dalam juadah berbuka dan bersahur. Buah-buahan amat penting untuk tubuh anak-anak kerana ia membekalkan tenaga sepanjang hari. Mommies boleh sediakan buah-buahan yang digemari oleh anak-anak dan elakkan buah-buahan yang masam seperti oren untuk menjaga kesihatan perut mereka.

 

plateau-fruits-frais

6) GALAKKAN MINUM AIR KOSONG

Kita tahu bahawa air kosong sememangnya sangat penting untuk tubuh individu. Apatah lagi untuk tubuh anak-anak. Maka, mommies perlu galakkan mereka meminum air yang secukupnya bagi mengelakkan badan mereka terhidrasi di siang hari. Mommies sedia maklum bahawa anak-anak mommies sememangnya aktif jika berjumpa dengan rakan-rakan dan saudara mara. Sehingga mereka lupa yang mereka sedang berpuasa.

Mommies boleh berikan air kosong kepada mereka selepas berbuka,solat maghrib, sela masa solat terawikh, sebelum tidur, selepas bangun tidur untuk bersahur dan sesudah makan bersahur.

Semoga artikel ini membantu mommies mendidik anak-anak untuk berpuasa penuh di bulan Ramadhan.

Jom share dengan orang lain…Terima kasih….:)

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge