IBU HAMIL & AIR GULA

Modified glucose tolerance test (MGTT) atau lebih dikenali di kalangan ibu hamil sebagai air gula perlu diambil untuk memastikan mereka bebas daripada diabetes semasa hamil. Ini kerana diabetes ketika hamil boleh membahayakan ibu dan bayi di dalam kandungan. Saiz bayi juga boleh membesar jika ibu hamil didapati menghidap diabetes dan ini akan menyukarkan proses kelahiran.

PROSEDUR MGTT

1) Prosedur MGTT ini memerlukan ibu hamil untuk berpuasa dari jam 10 malam sehari sebelum menjalani ujian air gula.

2) Ibu hamil dikehendaki menjalani ujian darah terlebih dahulu sebelum meminum air gula untuk menguji paras glukosa dalam darah.

3) Kemudian, ibu hamil boleh meminum air gula yang disediakan oleh pihak klinik dan menunggu selama dua jam tanpa dibenarkan makan atau minum.

4) Selepas dua jam, ujian darah akan dilakukan sekali lagi untuk mengukur tahap glukosa dalam darah ibu hamil.

5) Secara umum, bacaan daripada sampel darah (Fasting Blood Sugar) —–sebelum meminum air gula adalah 3.0 mmol/L – 5.5 mmol/L

6) Manakala bacaan selepas meminum air gula adalah —– kurang daripada 7.8 mmol/L (normal)

7) Jika bacaan didapati berhampiran (borderline), ujian akan dilaksanakan sekali lagi

8) Jika bacaan didapati melebihi 7.8 mmol/L, ibu hamil akan diarahan untuk melakukan ujian blood sugar profile (BSP) dan mendapatkan nasihat doktor.

 

GOLONGAN BERISIKO

1) Wanita yang obes (BMI lebih daripada 30)

2) Wanita yang pernah melahirkan bayi bersaiz besar (berat 4kg)

3) Wanita yang pernah hamil dan mengalami diabetes mellitus

4) Mempunyai ibu bapa atau saudara terdekat yang menghidap penyakit diabetes mellitus. 

 

TIPS MINUM AIR GULA

1) Kurangkan pengambilan makanan, sehari sebelum ke klinik.

2) Kurangkan pengambilan nasi dan amalkan pengambilan sayuran. Minum air kosong dengan banyak.

3) Elakkan meminum air gula sedikit demi sedikit, minum sekaligus.

4) Elakkan memuntahkan air gula yang diminu, jika tidak ibu hamil perlu mengulang semula dengan amaun yang telah ditetapkan.

5) Setelah selesai, kumur mulut bagi mengelakkan rasa manis dalam mulut.

6) Jika tidak selesas, berehat atau baring.

7) Selepas ujian darah kali kedua dijalankan, jangan terus makan makanan berat. Mulakan dengan meminum air kosong, memakan biskut atau roti.

 

 

 

 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge