TIPS BANYAKKAN SUSU IBU , POWER PUMPING

Hai mommies…..Ada masalah pengeluaran susu ibu tak?? Susu tiba-tiba berkurang kerana berpuasa atau jika tidak berpuasa pun, susu ibu berkurangan??….Jom ikuti tips memperbanyak susu ibu dengan cara yang betul.

1) Pam atau susukan bayi setiap dua hingga tiga jam

Tahukah mommies, susu terhasil apabila wujud konsep penawaran dan permintaan? Semakin kerap mommies menyusukan bayi, semakin banyak susu yang akan dihasilkan. Pernyataan bahawa susu akan berkurangan jika payu dara kerap dikosongkan adalah tidak benar. Ini kerana, jika payu dara kerap dikosongkan, otak dan tubuh akan merangsang pengeluaran yang lebih banyak.

 

breastfeeding-1

2) Elakkan menunggu sehingga penuh

Mommies jangan tunggu sehingga suatu tempoh bagi merasakan susu sudah penuh barulah hendak mengepam. Didik diri untuk mengepam dalam sela masa dua hingga tiga jam sekali. Bagi yang bekerja, jangan jadikan kerja sebagai alasan untuk tidak sempat mengepam susu. Lakukan dengan konsisten dan dalam waktu yang sama. Apabila sudah terbiasa, otak akan menghantar isyarat untuk pengeluaran susu yang berterusan.

3) Tandem pumping

Cara ini berlaku apabila mommies mengepam susu di payudara sebelah, dan sebelah lagi menyusukan bayi. Langkah ini juga dapat meningkatkan pengeluaran susu ibu, Apabila susu dihasilkan di sebelah kanan, sebelah kiri turut mengeluarkan susu dengan kuatiti yang sama. Jadi, mommies rajin-rajinkan melakukan amalan tandem pumping apabila berada di rumah.

4) Penyusuan malam

Mommies sering diingatkan untuk menyusuka bayi di waktu malam. Ini kerana pada waktu malam, hormon prolaktin banyak dihasilkan. Tambahan pula, mommies lebih tenang apabila berada di waktu malam. Bebas dari beban kerja dan banyak berehat. Ini akan meningkatkan pengeluaran susu ibu.

5) Banyakkan meminum air

Air adalah penting untuk mommies menyusukan bayi. Seeloknya mommies amalkan pengambilan air sebanyak 3 liter sehari. Ia tidak terhad kepada air kosong sahaja, mommies boleh juga meminum jus buah-buahan. Selain rasa yang sedap, ia mengandungi khasiat-khasiat yang tertentu untuk mommies dan bayi. Air diperlukan kerana elemen utama penghasilan susu adalah cecair. Jika mommies meminu air yang banyak, penghasilan susu juga menjadi semakin banyak.

Semoga artikel ini memberi manfaat untuk mommies dalam meningkatkan pengeluaran susu..

Selamat beramal!!!

Klik share untuk manfaat bersama…Terima kasih….

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge