ASMA, CEPAT BERTINDAK

Hai mommies……apa khabar semua??…..hari nih jom kita semak artikel tentang asma dan bayi……Bayi atau anak-anak mommies mengalami asma??….jangan dibiarkan dan ambil langkah-langkah segera agar ia tidak berlarutan.

TANDA-TANDA ASMA

Terdapat beberapa tanda asma yang tidak sama berlaku di kalangan anak-anak. Ada yang mengalami batuk yang lama dan tidak sembuh walaupun telah diberi minum ubat batuk. Ada juga yang mengalami kesesakan untuk bernafas selepas melakukan aktiviti mudah dan tidak memenatkan…Kadang-kadang mereka juga sering tidak dapat menghabiskan ayat yang diucapkan kerana tidak tercungap-cungap….Mereka kelihatan lesu berbanding rakan yang lain dan kurang selera makan…

PUNCA ASMA

Jika anak mommies mempunyai alahan dengan makanan, elakkan memberi mereka makanan tersebut. Kadang-kadang, ada anak-anak yang alahan dengan kekacang dan ais.  Maka, elakkan makan tersebut daripada mereka. Ada juga anak-anak yang mengalami alahan dengan protein tetapi alahan tersebut beransur pulih apabila meningkat dewasa. Jadi, mommies kena mengenal pasti alahan terhadap anak-anak bagi mengelakkan mereka kerap mengalami asma. Jika dielakkan dalam tempoh masa yang lama, kesihatan anak-anak akan lebih terjamin.

TINDAKAN KECEMASAN

Selalunya, bagi anak-anak yang mengalami masalah asma yang serius, doktor akan membekalkan ubat-ubatan untuk simpanan di rumah selain menggunakan inhaler. Terdapat juga keluarga yang mempunyai mesin nebuliser sendiri di rumah sama seperti di hospital. Bezanya mesin nebuliser di hospital mempunyai campuran ubat dan lebih berkesan. Jika mommies menggunakan mesin tersebut di rumah dan mendapati anak masih belum pulih, mommies segeralah bawa mereka ke hospital untuk rawatan.

Semoga artikel ini memberi manfaat untuk mommies…

Selamat beramal!!!

Klik share untuk manfaat bersama….Terima Kasih….

 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge