DO’S & DON’T IBU BERPANTANG

Assalammualaikum….mommies ada yang sedang berpantang ke….Jom kita tengok pantang larang yang mommies perlu ambil tahu demi menjaga kesihatan badan untuk jangka masa panjang…Pantang larang ini ada yang moden dan ada yang tradisional….Semuanya ada kebaikan untuk diri mommies tau…..

IBU PANTANG

1) Menggunakan alas kepala semasa tidur

Mommies kena gunakan bantal semasa tidur bagi mengelakkan mommies mengalami sakit kepala akibat darah tidak mengalir hingga ke kepala semasa berbaring.

2) Memakai stoking

Mommies dinasihatkan untuk memakai stoking sepanjang masa bagi mengelakkan badan dimasuki angin. Kesihatan mommies akan terganggu jika badan dimasuki angin.

Picture-087

3) Baju tebal

Pakailah pakaian yang tebal jika cuaca sejuk. Dapatkan udara yang nyaman dan segar. Elakkan menggunakan penghawa dingin walaupun mommies berasa hangat.

4) Elakkan duduk mencangkung

Semasa berpantang, mommies kena menjaga gerak geri. Sama ada ketika berjalan mahupun duduk. Duduk mencangkung sangat dilarang kerana bimbang peranakan akan turun dan melemahkan otot perut.

5) Mandi secara duduk

Mommies digalakkan untuk mandi sambil duduk kerana dapat mengurangkan penggunaan tenaga yang banyak. Semasa berpantang, badan mommies akan berasa letih dan tidak bermaya. Jadi, mommies boleh sediakan bangku/kerusi di bilik mandi dan mandi dengan keadaan duduk.

6) Kedudukan kaki rapat semasa tidur

Bagi mempercepatkan proses penyembuhan rahim, mommies dinasihatkan untuk tidur sambil kedua kaki rapat. Jangan tidur terlalu aktif dengan berpusing ke kanan dan ke kiri. Jika mommies ada pembantu rumah, boleh minta pembantu rumah untuk menguruskan bayi anda seperti memandikan. Mommies boleh berehat di atas katil selama seminggu bagi memastikan luka benar-benar sudah sembuh.

7) Ubi-ubian

Makanan daripada jenis ubi boleh menganggu sistem pencernaan, kembung perut atau sakit perut. Antara makanan daripada jenis ubi ialah keladi, keledek dan ubi kayu. Jika mommies memang menyusukan bayi, elakkan mengambil makanan jenis ubi ye….

sweet-potato

8) Ibu jari tidak boleh terantuk

Macam biasa, mommies jalan dengan perlahan, duduk dengan bersopan, berdiri dengan betul jangan sampai tersadung. Ini bagi mengelakkan mommies mengalami bentan.

9) Pantang 100 hari

Wah, lamanya pantang 100 hari…katanya pantang 40 hari sahaja….ini pantang untuk bersama suami ye mommies….ini juga untuk kesihatan rahim….ia bagi memastikan peranakan benar-benar pulih dan mommies benar-benar sihat dan segar….

a01-100

10) Mandi herba

Ini memang petua turun-temurun. Orang-orang tua memang suka memandikan ibu-ibu berpantang dengan segala jenis ramuan herba…jangan dinafikan tau…mandian herba nih memang sangat membantu dalam memberi kesegaran kepada tubuh mommies…. Antara ramuan yang lazimnya digunakan ialah daun nangka, daun pandan, dan serai wangi….Bahan-bahan ini akan direbus dan menjadi ramuan mandian untuk mommies selepas bersalin….Lazimnya, mommies akan bermandi dengan mandian herba ini selama seminggu…..

11) Rebusan daun sirih

Daun sirih sememangnya terkenal sebagai bahan untuk menjaga kesihatan miss V……Seeloknya mommies gunakan air rebusan daun sirih sepanjang berpantang semasa bercebuk bagi menyembuhkan luka selepas bersalin…..

daun-sirih-mahkotasehat

12) Duduk bersimpuh

Mommies dinasihatkan untuk duduk bersimpuh dengan kedua-dua kaki rapat di lutut. Ini bagi mempercepat proses penyembuhan luka selepas bersalin. Tidak kira mommies bersalin normal atau secara pembedahan, duduk lah dengan cara bersimpuh…

13) Ikan

Semasa berpantang, mommies perlu berhati-hati memilih ikan sebagai lauk. Elakkan ikan berbisa seperti ikan keli. Seeloknya, mommies memakan ikan haruan untuk penyembuhan luka dengan cepat…Tidak kira mommies bersalin normal atau pembedahan…

lele

14) Sayuran

Lobak merah sememangnya elok untuk mommies semasa berpantang kerana mengandungi pelbagai jenis vitamin di dalamnya. Pegaga pula boleh direbus dan dimakan bersama nasi kerana boleh merawat vagina dan penyakit di bahagian vagina. Mommies dinasihatkan untuk tidak mengambil sayuran sejuk seperti kangkung, petola, terung dan cili (pedas) kerana boleh menyebabkan mommies mengalami sakit-sakit badan…

kangkung 2

15) Bertungku

Bertungku boleh mengecutkan batu meroyan dan mencairkan darah beku dalam perut….Ia boleh dilakukan pada waktu pagi dan petang. Amalan bertungku ini merupakan amalan tradisional yang tidak lagi diambil berat oleh anak muda zaman ini…..Mommies boleh fikirkan kebaikannya agar badan sentiasa sihat dan bermaya….

spa2

Semoga artikel ini memberi manfaat untuk mommies semasa berpantang…

Selamat beramal!!!!

Klik share untuk berkongsi manfaat bersama…Terima kasih….

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge