4 TEKNIK SENDAWAKAN BAYI

Hai mommies….artikel kali ini tentang sendawa bayi…perlu atau tidak sendawakan bayi??….Sendawakan bayi sangat penting bagi mengelakkan bayi mengalami masalah kembung perut. Namun demikian, ramai ibu bapa tidak mempedulikan kepentingan sendawa ini…..Jom ikuti teknik sendawakan bayi di bawah kerana tidak semua teknik boleh diaplikasikan kepada bayi mommies…..ia mengikut kesesuaian…..

1) BERSANDAR PADA BAHU

1

Ia merupakan teknik yang selalu digunakan. Caranya ialah memeluk bayi mommies dengan sebelah tangan dan tangan sebelah lagi menepuk-nepuk perlahan belakangnya sehingga bayi sendawa. Berkemungkinan bayi akan termuntah atau jeluak, maka mommies boleh alas bahu dengan kain terlebih dahulu. Cara ini boleh dilakukan semasa duduk mahupun berdiri.

2) DUDUK POSISI TEPI ATAS RIBA

2

Bayi akan duduk di peha tepi mommies di atas riba dengan membongkokkn badannya. Sebelah tangan mommies boleh meninggikan leher dan kepala bayi, sementara yang sebelah lagi boleh mengusap lembut belakang bayi. Pastikan mommies memegang bahagian dada bayi bagi mengelakkan bayi termuntah jika tersalah pegang.

3) KEDUDUKAN PERUT CARA MENIARAP

3

Baringkan bayi mommies secara meniarap di atas riba dengan kedudukan perut melintang di atas peha mommies. Kepala bayi pastikan sedikit tinggi daripada badannya. Sebelah tangan memegang dada bayi, dan sebelah lagi menepuk perlahan belakang bayi. Mommies pun boleh mengurut belakang bayi secara naik dan turun.

4) BAYI DUDUK

4

Mommies boleh duduk bersila dan pegang bayi dalam posisi duduk menghadap hadapan. Semasa duduk, pegang dada bayi supaya mommies boleh mengerakkan peha mommies dengan selesa. Gerakkan perlahan-lahan sehingga bayi sendawa. Jika belum berjaya, mommies boleh usap belakang bayi sambil menggerakkan peha.

5) MENDUKUNG BAYI

5

Mommies boleh dukung bayi dan goyangkan badan ke kanan dan ke kiri sehingga bayi sendawa. Mommies boleh mengusap belakang bayi sambil menggoyangkannya dan berjalan sekitar rumah.

Semoga tips ini bermanfaat untuk mommies…

Selamat beramal!!!

Klik share untuk manfaat bersama…Terima kasih…

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge