TIPS PENJAGAAN AWAL GIGI BAYI

Hai mommies….baby dah mula tumbuh gigi ke??…seronoknya….lagi2 bila baby ketawa…kelihatan dua-hingga tiga batang gigi comel mereka bukan…..mommies pun suka bila rasanya gigi baby nak tumbuh dengan penuh…..rasa teruja apabila gigi baby semakin bertambah…..tapi mommies kena ambil perhatian tentang penjagaan gigi baby tau…sejak dari awal pertumbuhan gigi pertama…..jom ikuti tips di bawah untuk penjagaan gigi baby….

Gigi pertama baby selalunya tumbuh pada usia enam hingga lapan bulan dan mula lengkap ketika berusia tiga tahun.Gigi susu bahagian bawah depan akan tumbuh dahulu diikuti oleh gigi atas bahagian depan. 10 batang gigi akan berada pada rahang atas dan 10 batang gigi akan berada pada rahang bawah.

1) Kawal pemakanan yang diambil

Tabiat memakan makanan ringan bermula sejak mereka di alam bayi lagi. Maka, mommies boleh elakkan memberi makanan ringan kepada mereka dengan kerap. Jika boleh diselangkan seminggu sekali ataupun hanya memberi makanan ringan pada waktu tengah hari sahaja sudah memadai. Lama-kelamaan mereka akan terbiasa sehingga besar. Ini memudahkan mommies menjaga kesihatan gigi mereka.

snacks

2) Pembersihan gigi susu

Walaupun baby hanya meminum susu ibunya atau susu formula, tetapi mommies perlu menjaga kesihatan gigi mereka terutama gigi susu yang baru mula tumbuh. Jika gigi susu dan rosak dan perlu dicabut terlalu awal, ruang untuk gigi kekal akan hilang dan memerlukan rawatan ortodontik.

Jadi, mommies boleh meletakkan sedikit ubat gigi berfluorida ke atas kain lembut atau berus gigi baby dan sapu ke atas gigi baby. Lakukan secara perlahan-lahan.

berus-gigi-kanak-kanak

 

3) Pembersihan gigi geraham susu

Apabila gigi geraham susu baby sudah tumbuh, mommies boleh menggunakan berus gigi kanak-kanak yang lembut dan menggunakan ubat gigi berfluorida sebesar kacang pea. Mommies juga dinasihatkan untuk memberus gusi dan lidah baby bagi mengelakkan mulut berbau. Lakukan sehari sebanyak dua kali iaitu pada waktu pagi dan malam sebelum tidur. Galakkan mereka untuk mencucui gigi dan mulut selepas makan.

bahayafluorida

4) Memberus gigi sendiri

Hakikatnya, kanak-kanak sememangnya tidak mengetahui cara sebenar memberus gigi dengan betul sehingga mereka bersekolah. Di sekolah, mereka akan diajar memberus gigi dengan betul oleh jururawat terlatih yang hadir untuk melakukan pemantauan ke atas gigi mereka. Namun, mommies boleh mengajar mereka memberus gigi dengan sendiri di rumah. Hanya perlu pastikan gigi mereka benar-benar bersih selepas digosok dan berikan pujian jika gigi mereka bersih dan sihat.

Kesehatan-gigi-anak

 

Info untuk melihat tanda awal gigi baby mula tumbuh ialah:-

1) Sering keluar air liur

Jangan pelik jika baby mommies mengeluarkan air liur yang banyak kerana proses pertumbuhan gigi sememangnya akan mengeluarkan air liur yang banyak.

2) Sering menggigit

Baby akan merasa tidak selesa apabila gigi baru bermula untuk tumbuh, maka mereka akan suka menggigit segala benda yang dipegangnya terutama barang mainan termasuk puting susu. Mommies kena berhati-hati ye semasa menyusukan baby jika mereka sudah pandai menggigit.

3) Menangis

Rasa tidak selesa sememangnya akan menyebabkan baby menangis. Mulut mereka akan terasa sakit apabila gigi kecil menekan bahagian gusi. Mommies kena peka dengan keadaan ini.

 

Semoga tips berikut berguna untuk mommies dalam penjagaan awal gigi baby…..

Selamat beramal!!!

Klik share untuk berkongsi manfaat….Terima kasih….

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge