ATASI MASALAH PENYUSUAN SUSU IBU SECARA ALAMI

Hai mommies……semua mommies memang ingin memberi susu ibu sepenuhnya sehingga baby berumur 2 tahun…penyusuan eksklusif kerana susu ibu mengandungi 1001 khasiat untuk baby…..sepanjang menyusukan baby, mommies ada mengalami masalah penyusuan tak? Jika ada, apakah cara mommies untuk menyelesaikan masalah penyusuan tersebut? Jom ikuti tips di bawah untuk mengatasi masalah penyusuan mommies bersama si manja secara alami….

1) BENGKAK SUSU

Lazimnya masalah bengkak susu ini terjadi semasa hari ketiga hingga hari kelima selepas bersalin. Memang sakit mengikut pengalaman mommies yang telah mengalami bengkak susu ini. Susu tidak mahu keluar dan tersekat. Tapi, mommies boleh atasinya dengan menggunakan kobis hijau. Mommies letakkan kepingan daun kobis hijau yang telah dicuci pada payudara yang bengkak. Biarkan selama 20minit. Elakkan penggunaan daun yang sama untuk tiga kali sehari atau lebih. Seeloknya mommies gunakan kepingan yang berlainan.

Selain itu, mommies boleh menggunakan halba yang telah direndam di dalam ari dan ditumbuk. Kemudian, tampalkan pada payudara yang bengkak. Pastikan mommies melakukannya semasa baby sedang tidur supaya mommies dapat berada dalam keadaan tenang semasa berada dalam proses pemulihan.

kubis-tetek-300x300

2) PUTING MEREKAH

Puting merekah juga salah satu masalah penyusuan  yang menyebabkan mommies merasa sakit dan tidak selesa sehingga boleh menimbulkan rasa give up untuk meneruskan penyusuan kepada baby. Antara penyebab kepada masalah puting merekah ialah kedudukan baby dan latch on semasa menyusu. Baby tidak menghisap puting dengan lebih mendalam. Keadaan puting yang lembap akibat penggunaan breast pad selepas menyusu boleh menyebabkan puting menjadi terlalu lembap daripada biasa. Penggunaan breast pad daripada plastik juga merupakan punca kepada kelembapan puting.

Jadi, mommies boleh gunakan uncang teh yang masih suam dan diletakkan kepada bahagian puting yang merekah. Kandungan tannic acid pada teh akan bertindak sebagai astringent semulajadi yang mengeringkan rekahan yang terjadi.

3) PUTING GATAL

Masalah puting gatal boleh diatasi dengan membasuh bahagian terbabit dengan menggunakan satu sudu makan cuka bersama secawan air. Rendamkan puting dan gosok secara perlahan. Cara ini boleh meredakan kegatalan pada puting. Namun, jika berlarutan, mommies hendaklah berjumpa doktor.

4) SUSU BERKURANG SEMASA OVULASI

Semasa ovulasi, paras kalsium dan magnesium dalam darah akan menurun. Ini menyebabkan susu boleh berkurangan. Maka, mommies hendaklah mengambil makanan yang tinggi kalsium dan magnesium bagi menghasilkan susu yang banyak. Antara makanan tersebut ialah susu, badam,kucai, brokoli, sayuran hijau dan kekacang.

5) MASTISIS ATAU DUKTUS TERSUMBAT

Mastisis amat menyakitkan apabila berlaku keradangan pada bahagian puting susu merasa panas apabila baby menyusu. Mommies boleh memakan dua hingga tiga ulas bawang putih mentah sebagai antibiotik semulajadi. Bawang putih sememangnya mengandungi allicin yang bertindak melawan bakteria penyebab jangkitan. Mommies juga boleh mandi dengan air suam. Namun, jika masih berlarutan, mommies dikehendaki berjumpa doktor.

 

Semoga artikel ini bermanfaat untuk mommies dalam penyusuan susu ibu.

Selamat beramal!!!

Klik share untuk manfaat bersama…Terima kasih….

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge