SAMBAL KENTANG IKAN BILIS

Jom ikuti cara-cara memasak sambal kentang ikan bilis yang sungguh mudah dan enak dimakan ini….

Bahan-bahan:-

1) 5 biji kentang

2) Segenggam ikan bilis

3) 3 biji lada besar / cili api ditumbuk atau diblender

4) Bawang besar siap dihiris

5) Bawang putih siap dihiris

Cara memasak:-

1) Gorengkan kentang sehingga masak kekuningan dan lembut. Kemudian, asingkan.

2) Gorengkan ikan bilis sehingga garing dan asingkan.

3) Masukkan minyak masak, tumis lada besar/ cili api yang telah siap diblender. Kacau sehingga kekuningan.

4) Masukkan kentang yang telah siap digoreng. Gaulkan bersama.

5) Padamkan api, dan masukkan ikan bilis. Kacau sehingga rata.

 

Selamat mencuba!!!

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge