BABY MERANGKAK, MOMMIES PERLU AMBIL TAHU

Hai mommies….baby sudah mula merangkak….itu tandanya mereka akan mula berjalan tidak lama lagi…..jangan cemas ye……layani dan rangsang baby untuk terus merangkak dengan betul….jom lihat apakah perkara-perkara yang mommies perlu ambil tahu saat ini….

1) Baby akan mula merangkak apabila mencecah usia 6-7 bulan. Mereka akan merangkak dengan perlahan-lahan dan mula bergerak laju apabila sudah berkeyakinan….

2) Aktiviti merangkak ini berlaku apabila baby sudah mula duduk tanpa memerlukan bantuan mommies atau daddy….Mereka sudah boleh mengangkat kepala dengan sendiri untuk melihat keadaan sekeliling…..

33820n4smuitfvv

3) Waktu baby sudah mula merangkak, ini menunjukkan otot tangan, lutut, kaki dan belakang cukup kuat untuk menampung berat badan mereka sendiri….Mereka dapat menyeimbangkan berat badan sendiri dengan jayanya….

4) Baby sudah mula pandai mengayunkan badan ke hadapan dan ke belakang apabila sudah mempunyai keyakinan yang tinggi untuk merangkak….Badan akan ditegakkan dan badan akan selari dengan lantai….

Young Baby Wearing Nappies
Young Baby Wearing Nappies

5) Merangkak bukan sahaja menunjukkan pertumbuhan baby malah ia melibatkan perkembangan fizikal dan kognitif…..

Perkembangan fizikal melibatkan kekuatan otot dan tulang mereka untuk menyeimbangkan badan…..Manakala, perkembangan kognitif melibatkan daya pemikiran untuk menuju ke arah tempat yang diingini seperti tempat terletaknya barang mainan, menyambut kepulangan daddy dan sebagainya….Mereka akan mula belajar mengenal insan dan barang-barang di sekelilingnya…..

6) Merangkak melibatkan kekuatan bahagian leher, sendi tangan, otot besar dan kecil dan merangsang koordinasi mata dan tangan agar mempunyai keseimbangan yang sama….

Apabila melihat barang mainan, mata akan merangsang otak untuk segera mendapatkannya dan terus menghantar isyarat kepada tangan dan kaki untuk merangkak dengan lebih laju menuju ke arah barang mainan tersebut…..

4-CRAWL-ALONG-SNAIL3

7) Mereka akan menguasai pengalaman baru apabila dia belajar untuk memahami bahasa menggunakan deria pendengaran dan merangsang kepekaan terhadap sentuhan serta visual dari jarak dekat dan jauh……

Untuk mendapatkan barang mainan, mereka akan mula menganggar jarak yang perlu diambil, apabila mendengar suara memanggil nama mereka yang lazim didengari…mereka akan mula mencari-cari arah mana datangnya suara tersebut….

8) Melalui posisi meniarap, baby akan mula belajar mengangkat kepala, badan dan mula bergerak dengan perutnya…..Jadi mommies perlu kerap melakukan kaedah ini agar baby terangsang untuk mula merangkak….

9) Elakkan penggunaan baby walker dan mendukung baby…..Ini akan menyebabkan baby akan lambat merangkak dan seterusnya berjalan….Seterusnya membantutkan proses perkembangan mereka….

-font-b-Kolcraft-b-font-baby-deluxe-child-baby-font-b-walker-b-font-

10) Sediakan ruang yang luas, selesa dan selamat untuk baby merangkak…..Gunakan tikar lembut dan bersih agar mereka berasa seronok untuk merangkak….

comflor details01

11) Pastikan tiada suis yang terbuka atau yang berdekatan dengan kawasan baby merangkak….Padang plug point di tempat yang lebih tinggi, kemaskan wayar komputer, televisyen, pengecas telefon agar baby tidak menarik wayar tersebut…..

12) Bagi bucu-bucu meja, mommies boleh letakkan alat keselamatan bagi mengelakkan bayi terhantuk…..Jika terhantuk juga, baby tidak akan merasa sakit….dapatkan alat keselamatan bucu tersebut…..

13) Lantai rumah pastikan bersih, bebas kuman, bebas habuk dan sampah….Seperti yang mommies tahu, dalam usia begini, baby memang suka memasukkan barang yang dipegang ke dalam mulut….Jadi, pastikan segalanya bersih dan tersusun rapi….

14) Untuk merangsang baby merangkak, letakkan barang mainan kegemaran mereka dalam suatu jarak, dan rangsang mereka untuk merangkak…..Apabila mereka berjaya mendapatkan barang tersebut, ucapkan tahniah dan berikan tepukan tangan tanda menghargai usaha mereka….

15) Gunakan bola yang ringan dan boleh melantun untuk merangsang baby merangkak ke sana dan ke sini….Beri peluang kepada baby untuk memegang bola tersebut dan melantunkannya…..

16) Namun, jika baby tidak berminat untuk merangkak, mommies boleh lakukan aktiviti merangkak dengan mereka…..Supaya mereka merasa ada kawan untuk merangkak dan merasa seronok apabila rakan untuk bersaing….

17) Jika baby melakukan bear crawl…segera betulkan…sebab itu pentingnya perhatian mommies ketika melihat baby mula merangkak….

18) Ada sesetengah baby akan mengesot dan tidak merangkak disebabkan otot-otot yang lemah….Mommies boleh lakukan fisiotererapi ke atas otot-otot baby….

Fisioterapi ini membantu meningkatkan kemampuan motorik kasar baby khususnya koordinasi dan keseimbangan….Dapatkan nasihat doktor jika perlu….

19) Sekitar usia 9-10 bulan, baby akan menyedari bahawa menolak lutut akan mendorong mereka untuk bergerak……Baby akan menunjukkan kebijaksanaan mereka apabila sudah pandai kembali kepada posisi duduk selepas merangkak….

baby-play-mat

20) Jika baby mommies merangkak berundur atau mengesot (tangan diletak ke belakang dan kaki ke depan digunakan untuk berlonjak), atau melangkaui tahap merangkak untuk mara ke tahap berjalan, usah risau. Yang penting, mereka dapat mencapai kemahiran merangkak dengan betul…..

21) Pastikan mommies selalu membersihkan tangan baby apabila mereka puas merangkak….Sedia maklum bahawa baby suka memegang segala objek yang dilihat semasa merangkak….Kotoran yang terdapat pada objek-objek tersebut boleh menyebabkan alahan dan iritasi pada baby…..

ruatay

22) Elakkan baby duduk dalam posisi W atau duduk katak…

badan elastik-duduk katak

23) Sekiranya mommies mengendong baby, pastikan kaki tidak dalam keadaan terlentang jika mengendong baby di sisi tubuh….

Semoga tips-tips berikut bermanfaat untuk mommies dalam  fasa merangkak semasa pertumbuhan baby….

Selamat beramal!!!

Klik share untuk manfaat bersama…Terima kasih….

2 Comments

  1. hai wani….betul…memang secara natural, baby suka duduk dalam posisi W kerana mereka merasa lebih mudah untuk menstabilkan badan….namun, duduk-W tidak digalakkan kerana duduk dalam posisi ini secara berlebihan boleh menyebabkan masalah ortopedik kepada si manja….

    cara efektif yang wani boleh bantu adalah sentiasa perbetulkan kedudukan kaki baby setiap kali mereka duduk dalam posisi w….lama kelamaan, mereka akan boleh duduk dengan posisi yang betul….. 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge