AMUKAN SI KECIL, CARA ATASI

Seringkali kita melihat ramai kanak-kanak menangis di pasar raya kerana inginkan sesuatu…sama ada mereka dimarah untuk berhenti menangis atau mereka dipujuk oleh ibu bapa….yang mana satu mommies selalu lihat??….tahukah bahawa tindakan sama ada memujuk atau memarahi mereka boleh mendidik mereka dengan suatu tabiat yang tidak elok iaitu memberontak….jom ikuti tips di bawah untuk menyelesaikan masalah amukan si kecil….

1) Mengenali emosi

Mommies boleh mengajar anak-anak tentang emosi yang pelbagai. Mommies boleh tunjukkan gambar kanak-kanak menangis, ketawa, senyum dan marah. Sambil menunjukkan gambar, mommies boleh terangkan emosi-emosi tersebut sama ada emosi yang baik atau tidak. Jadi, setiap kali mereka mula menunjukkan emosi seperti menangis, mommies boleh mula tunjukkan gambar kanak-kanak menangis dan katakan ia adalah emosi yang tidak baik.

Crying child
Crying child

 

2) Menentukan had permainan

Kadang-kadang kanak-kanak sanggup bermain sehingga terlupa rasa penat dan lapar….Keadaan ini sebenarnya boleh mengganggu emosi mereka….Contohnya, apabila mereka bermain lego, mencipta bangunan atau kenderaan, sampai suatu saat mereka akan merasa penat dan putus asa apabila binaan yang dikehendaki tidak dapat dibuat…Waktu itu, mereka akan mula berasa marah dan mengamuk sehingga boleh meruntuhkan semula bangunan yang hampir siap….Tugas mommies…..ingatkan mereka supaya berhenti rehat dan sambung pada waktu yang lain…..

girl-playing-with-blocks

3) Menunjukkan contoh teladan

Bagi mommies yang bekerja, sememangnya mengalami sedikit gangguan emosi…Namun, jika mommies mampu mengawal rasa marah dan tekanan perasaan, ini merupakan suatu tindakan yang sangat bagus….Jika si manja mommies mula meragam, mommies tidak terus mengamuk, cuba menenangkan mereka, memujuk dengan baik…..Ini juga menunjukkan contoh teladan kepada anak-anak bahawa perlu dan pentingnya mengawal emosi ketika marah…..Supaya keadaan menjadi tenang dan keluarga tidak kucar-kacir…..

4) Memberi dorongan positif

Setiap individu suka apabila diri mereka dihargai tidak kira kanak-kanak mahupun orang dewasa…..Maka, mommies perlu konsisten memuji anak-anak jika mereka berjaya mengawal emosi dengan baik….sama ada ketika bermain dengan adik-beradik yang lain mahupun ketika berurusan dengan ahli keluarga yang lain…..Mereka akan mengetahui bahawa tindakan mereka merupakan suatu tindakan yang betul dan perlu diulangi di masa akan datang….Kerapkan memuji mereka dan mengusap belakang mereka atau mengusap kepala mereka tanda mommies menghargai dan memuji tindakan bijak mereka…..

5) Melatih mengawal emosi

Teori tidak akan berjaya diaplikasikan jika tiada praktikalnya…..Dalam mengawal emosi kendiri, mommies boleh melatih anak-anak mengawal emosi dengan membawa mereka keluar bermain di taman permainan, melibatkan diri mereka dengan kem motivasi, bergaul dengan kanak-kanak yang lebih berusia dari mereka dan sebagainya…Ini merupakan suatu langkah bijak kerana bergaul dengan ramai individu akan mengajar mereka cara mengawal emosi dengan betul….Mereka akan belajar melalui pengalaman yang diperoleh….

summer-camp-camping

Semoga tips ini bermanfaat untuk mommies dalam mengatasi amukan si kecil….

Selamat beramal!!!!

Klik share untuk manfaat bersama….Terima kasih….

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge