TIPS SUAMI PERLU TAHU SAAT ISTERI BERSALIN

Saat indah bergelar ibu dan bapa sememangnya dinantikan oleh para suami isteri…..Sokongan suami sangat diperlukan saat melahirkan si manja…..Walaupun ramai ahli keluarga yang rapat seperti ibu dan ayah, tetapi kehadiran suami di sisi amat dihargai oleh isteri…..Jadi, para suami…jom ikuti tips-tips di bawah yang perlu anda ambil tahu sebagai persediaan…..

1) MENYEDIAKAN KEPERLUAN DIRI

Suami perlu menyediakan kelengkapan peribadi sendiri seperti dompet terutamanya dan dimasukkan dalam beg khas. Beg tersebut hendaklah diletak di dalam but kereta bersama beg isteri dan barangan bayi….Suami juga disarankan untuk membawa baju T, kain pelikat, selipar dan kelengkapan mandi….Suami juga disarankan untuk membawa snek dan minuman sebagai bekalan jika berasa lapar….

dompet-kulit-dalam-1000

2) AMBIL TAHU KEHENDAK ISTERI

Suami perlu berbincang dengan isteri tentang perkara yang diingini semasa di bilik bersalin…Maklumkan kepada doktor yang bertugas agar lebih mudah. Jika isteri mempunyai pelan kelahiran, bawa bersama….

3) BERSEDIA DENGAN ILMU

Para suami dinasihatkan untuk mengikuti kelas antenatal bagi mengetahui cara-cara menghadapi isteri ketika mereka mengalami sakit kontraksi….Jika boleh, ambil cuti bagi meluangkan masa bersama bagi mengikuti kelas tersebut…Di dalam kelas tersebut, suami akan belajar Proses kelahiran dan perkara-perkara penting yang berkaitan dengannya….

2014-05-23 15.19.47

4) MENENANGKAN ISTERI

Semasa isteri mengalami kontraksi bagi kelahiran yang pertama, ia akan mengambil masa yang panjang….Jadi, para suami boleh menenangkan mereka dengan mengalihkan perhatian mereka daripada rasa sakit untuk sementara waktu….Suami boleh menggunakan objek yang disediakan di persekitaran bilik bersalin ataupun membawa objek kecil bersama bagi menenangkan isteri…..Kaedah-kaedah lain juga boleh dipelajari semasa kelas antenatal yang memfokuskan kepada teknik pernafasan dan bertenang…..

5) ORANG PENTING

Suami merupakan orang penting dan utama saat-saat kelahiran….Jika isteri memerlukan sesuatu, buatlah apa sahaja untuk beliau…..Anda merupakan tulang belakang mereka saat itu…..Jika isteri memerlukan air mahupun manisan bersegeralah mendapatkannya…..

6) BERSEDIA DENGAN KEPUTUSAN

Saat menghadapi kontraksi, isteri mungkin tidak dapat membuat keputusan dengan betul….Bagi suami, anda perlu prihatin dengan keadaan isteri dan bantu mereka untuk buat keputusan yang tepat…..Sama ada dengan teknik pernafasan atau apa sahaja yang diperlukan saat itu, suami perlu bersedia membuat keputusan dengan bijak….

7) SABAR MENUNGGU

Kebanyakan pasangan lebih selesa untuk berada di rumah semasa peringkat awal kelahiran… Selalunya, pihak hospital menyarankan hanya datang di hospital apabila mengalami sakit kontraksi setiap lima minit sekali…Maka, para suami perlu sabar dengan isteri yang sedang mengalami kesakitan……

 

Para suami diingatkan banyakkan membaca alquran semasa isteri sedang mengalami konstraksi hendak melahirkan si comel….Maafkan segala kesilapan dan kesalahan isteri…..Doakan agar semuanya dipermudahkan dan bayi dan isteri selamat…..

 

Semoga tips ini bermanfaat untuk para suami dalam membantu isteri menghadapi konstraksi semasa bersalin…

Klik share untuk manfaat bersama….terima kasih….

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge