5 TIPS PISAH SUSU

Hai mommies….sedang menyusukan baby??…berapa lama tempoh mommies sudah menyusukan mereka??…..Alhamdulillah ada yang berjaya menyusukan bayi mereka sehingga 2tahun….Tapi, bagaimana pula cara nak pisah susu dengan mereka¬†ye??….Jom ikuti tips berikut…..

1) KURANGKAN DAHULU, BARU BERHENTI

Mommies….selalu dengar petua orang tua dan sahabat handai untuk meletakkan sesuatu pada payu dara bagi memisahkan susu dengan si comel…..Dinasihatkan mommies untuk tidak lagi melakukan cara ini kerana ia akan mengganggu emosi mommies sendiri bersama anak-anak….

Mommies boleh kurangkan pengaliran susu kepada si manja….bukan terus berhenti kerana ini akan menyebabkan mommies sendiri merasa hilang keakraban dengan anak….

sleeping_baby

2) ELAKKAN MENAWARKAN SUSU DAN LENGAHKAN MASA MENYUSU

Naluri seorang ibu sememangnya inginkan yang terbaik untuk si manja….namun dalam hal ini, ia adalah untuk kebaikan mommies dan si manja….

Elakkan menawarkan susu kepada mereka jika mereka sedang leka bermain…..Biarkan mereka mengekplorasi dunia mereka bersama barang permainan mahupun rakan-rakan…..

Jika mereka datang untuk meminta susu, mommies seeloknya lengahkan masa tersebut dengan mengatakn mommies hendak membasuh baju, mencuci pinggan dan sebagainya…..Menunggu kehadiran mommies untuk waktu menyusu, menyebabkan mereka akan leka dengan perkara lain terlebih dahulu dan lama-kelamaan lupa untuk menyusu…..

baby-baby-games-hd-pictures-4

3) MENAWARKAN MINUMAN LAIN YANG MENARIK

Mommies mahupun pengasuh boleh membantu saat si manja mula meminta untuk menyusu…..Sediakan minuman yang menarik seperti jus buah mengikut buah kegemaran mereka…..Pastikan mommies menyediakan jus yang berkhasiat untuk tubuh badan mereka juga ye….

Mommies juga boleh menyediakan botol minuman mengikut karekter kesukaan mereka, seperti botol air yang terdapat karekter boboboi, upin ipin dan sebagainya…..Botol minuman yang berbentuk seperti teddy bear juga boleh menarik perhatian mereka untuk meminum minuman di dalam botol tersebut….

bekas minuman upin ipin

4) GUNAKAN BEKAS AIR

Bayi berusia lapan bulan, sudah boleh memegang dengan baik….Maka, mommies boleh sediakan bekas minuman yang mengandungi air selain susu….Jangan gunakan bekas air untuk membancuh susu formula….Susu formula bukanlah pengganti susu ibu….Keadaan ini akan menyebabkan mommies sukar untuk memisahkan susu dengan si manja…..Sediakan minuman yang menarik di dalam bekas air tersebut…..Latih si manja untuk meminum air menggunakan bekas tersebut….Ini dapat mendidik si manja dengan sikap berdikari dan memahirkan kemahiran psikomotor mereka melalui sentuhan…..

minuman menggunakan bekas air

5) MENGGANTI RUTIN HARIAN

Lazimnya, sebelum tidur, si manja akan meminum susu terlebih dahulu….Dalam hal ini, daddy diminta untuk memainkan peranan dengan menemani si manja di awal tidurnya…..Gantikan pemberian susu dengan membaca buku cerita untuk mereka dengan tujuan melekakan mereka…..Boleh juga mendodoi mereka untuk tidur dengan berselawat dan berzikir sambil menepuk-nepuk perlahan badan mereka……Cara ini boleh melalaikan mereka sehingga mereka boleh tertidur dengan sendirinya….

baby sleeping

Semoga tips ini bermanfaat untuk mommies…Selamat mencuba!!!!

Klik share untuk perkongsian bersama…Terima kasih….

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge