MENGIDAM??? PETANDA KURANG NUTRISI???

Hai mommies….adakah anda mengidam semasa hamil??….Mengidam semasa hamil adalah disebabkan perubahan hormon dalam badan….Anggapan mengidam adalah mengada-ngada perlu adalah tidak tepat…Selebihnya ia kepada kerana inginkan perhatian suami….

Ada yang mengidam pada awal usia kandungan…ada juga yang mengidam ketika usia kandungan mencecah lapan hingga sembilan bulan….perubahan ini sejajar dengan usia kandungan…..

SUMBER MAKANAN

Kebanyakan doktor mempercayai bahawa mengidam adalah kerana kekurangan zat di dalam tubuh….Jika mommies mengidam makanan laut, ia petanda mommies kekurangan kalsium atau sodium….Jika mommies mengidam makanan berbentuk kekacang atau bijiran, ia merupakan petanda mommies kekurangan magnesium dalam tubuh….Terdapat juga mommies yang mengidam ais dan air batu semasa hamil, ia sering dikaitkan dengan kekurangan zat besi

MAKANAN YANG DIIDAM MUNGKIN BERKURANGAN PENGGANTI
Coklat Magnesium Coklat hitam, kurma, kekacang dan bijian
Pasta/Roti Serotonin Ubi dan kacang
Makanan manis Kromium Jus anggur dan epal,madu dan buahan kering
Daging Zat besi Daging lembu/ayam yang tiada lemak, ikan dan kekacang

Sumber:- Dr Norintan

SUMBER BUKAN MAKANAN

Namun, terdapat juga mommies yang mengidam bukan dari sumber makanan seperti mengidam bau minyak wangi tertentu, minyak tanah, sabun basuh baju dan seumpamanya. Jika ini berlaku, ia tidak dapat dikaitkan dengan kekurangan zat makanan….Tetapi , mommies perlu elakkan mengidam terhadap perkara-perkara yang membahayakan kesihatan ye…..

CARA TANGANI

1) Pastikan mommies mengambil sarapan pagi yang mengenyangkan….Perut yang kenyang dapat mengelakkan mommies mengidam makanan lain….

2) Lakukan senaman ringan yang selamat untuk ibu hamil….apabila tubuh┬ámendapat senaman/regangan otot….tubuh akan lebih sihat dan kurang merasa letih dan mengidam….

3) Amalkan diet yang sihat…..pilih makanan dan minuman yang berkualiti….banyakkan meminum air susu dan air masak…..pilih makanan yang berzat untuk mommies dan baby ye….

Secara umum, mengidam tidak mendatangkan masalah kepada mommies mahupun baby….Cuma, mommies perlu elakkan mengidam perkara yang bukan-bukan dan membahayakan kesihatan….

Semoga artikel ini bermanfaat untuk mommies….

Klik share untuk perkongsian bersama…..

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge