KAKI KEJANG SEMASA HAMIL, CARA ATASI

Hai mommies…….semasa hamil, adakah anda sering mengalami kekejangan kaki??…..Jika berlaku, ia petanda tubuh mommies kekurangan kalsium…. Kalsium ini selalu dikaitkan dengan susu….Mommies boleh kerapkan pengambilan susu…..Namun, kehadiran kalsium hanya membantu sedikit dalam masalah kekejangan kaki…..Jom ikuti tips di bawah, bagi mengatasi masalah kekejangan kaki mommies….

1) Melakukan senaman berjalan kaki….bukannya berlari atau berjoging ye…..berjalan perlahan-lahan tetapi kerap….bagi melancarkan pengaliran darah ke bahagian kaki…..

2) Meletakkan kaki di atas kerusi lain semasa berehat…..Ini bagi menstabilkan perjalanan darah ke kaki….dengan keadaan badan yang menegak…..semasa baring juga, mommies digalakkan untuk mengalas bahagian kaki dengan bantal yang lebih tinggi….

mengalas kaki

3) Memakai stoking khas (pressure graded stockings)….Stoking ini boleh didapati di farmasi….

stoking hamil

4) Meminta bantuan suami untuk mengurut kaki untuk melancarkan perjalanan darah…..Urutan sedikit sebanyak membantu mommies berasa tenang….

suami bantu urut kaki ibu hamil

5) Merendam kaki di dalam air panas atau tuam kaki dengan tuala suam….

merendam kaki untuk ibu hamil

Semoga tips ini bermanfaat untuk mommies yang sedang hamil…..

Selamat beramal!!

Klik share untuk manfaat bersama….Terima kasih…

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge