TIPS PILIH PAM MENYUSU IBU BEKERJAYA

Kebanyakan mommies sekarang bekerjaya untuk membantu suami menyara kehidupan berkeluarga….Ia suatu amalan yang mulia….sama ada bekerja di luar mahupun di rumah….Bagi mommies yang sedang menyusukan bayi….mommies dinasihatkan untuk memilih pam menyusu yang sesuai untuk memastikan penghasilan susu yang mencukupi untuk bayi…..Jom ikuti tips di bawah untuk memilih pam menyusu yang tepat….

1) BAJET

Yang mahal, tidak semestinya yang terbaik untuk mommies…..Pastikan bajet yang betul-betul sesuai dengan kemampuan mommies ye….Seeloknya beli semasa promosi jualan barangan bayi untuk mendapat harga yang lebih murah daripada biasa….Pastikan juga mommies menyelidiki jenama-jenama yang ada dan spesifikasinya…..Mommies juga boleh bertanya kepada saudara-mara mahupun rakan-rakan yang berpengalaman dalam menyusukan bayi mereka menggunakan pam menyusu……

2) JENIS

Terdapat empat jenis pam menyusu iaitu manual, beroperasi menggunakan kuas bateri, elektrik dan gabungan keduanya….

Bagi jenis manual, ia sesuai digunakan untuk mommies yang jarang mengepam susu mereka…..Sebagai contoh, mommies yang berada di rumah, suri rumah sepenuh masa dan hanya menggunakan pam jika keluar bercuti…..Pam jenis ini lebih murah berbanding pam menyusu yang lain…..Tetapi ia agak memenatkan kerana memerlukan kekuatan fizikal dan mental mommies….

Bagi pam jenis bateri, mommies perlu memastikan bateri yang digunakan mempunyai jangka hayat yang lama…..ia bagi mengelakkan mommies kerap membeli bateri dan mengelakkan mommies mengepam dengan terhenti-henti kerana kuasa bateri yang sudah habis….Buatlah pilihan bateri yang tepat dan sesuai dengan pam menyusu yang dibeli….

Bagi pam jenis elektrik, ia tidak memenatkan mommies..dan hasilnya juga sangat meriah….kerana mommies tidak tertekan dengan fizikal yang penat semasa mengepam….Paling menyeronokkan ialah pam yang menggunakan kuasa elektrik dan bateri….Ini kerana, jika mommies pergi bercuti dan berada di dalam kenderaan, mommies masih boleh mengepam susu untuk bayi menggunakan pam menyusu yang memerlukan kuasa bateri…..

3) KESELESAAN

Ini merupakan aspek terpenting yang mommies perlu tahu…..Pam menyusu yang selesa akan membuat mommies dapat mengepam dengan tenang dan penghasilan yang susu yang banyak…..Pastikan corong pam yang dilekapkan ke payudara mempunyai alas getah yang lembut dan selesa…..Getah yang keras akan menyebabkan mommies berasa sakit semasa mengepam….

4) DAYA TAHAN

Mommies sila buat pilihan yang tepat terhadap pam menyusu yang dipilih….Pastikan pam menyusu mempunyai daya tahan yang lama kerana mommies hendak menggunakan pam menyusu tersebut dalam tempoh masa yang lama….Jika hendak memilih yang murah sekalipun semasa harga promosi, pastikan ia mempunyai kualiti yang tinggi….Dapatkan khidmat jurujual untuk membantu mommies membuat pilihan yang tepat….

5) DAYA HISAPAN

Pam menyusu yang dipilih mesti sama dengan ciri hisapan seperti bayi menghisap susu….Ia bertujuan memberi keselesaan kepada mommies untuk mengepam susu……Ciri-ciri ini mommies boleh dapatkan di internet sebelum keluar membeli pam menyusu….

6) ALAT GANTI

Mommies tidak digalakkan untuk membeli pam yang sukar dicari alat gantinya..Jika ada bahagian yang tertanggal ataupun hilang, mommies perlu mendapatkan satu set yang baru….Pilih yang mudah didapati alat gantinya di kedai-kedai berhampiran….

Dapatkan pam yang mudah ditanggalkan dan dipasang semula jika mommies membersihkan pam menyusu….Pam jenis elektrik dan bateri perlu kerap diselenggarakan dalam tempoh tertentu….Pastikan juga mommies membeli pam yang mempunyai jaminan….

7) BUNYI

Terdapat pam yang mengeluarkan bunyi semasa mommies sedang mengepam, dan ada juga yang senyap….Seeloknya, mommies pilih yang senyap bagi mengelakkan orang sekeliling mengetahui mommies sedang mengepam susu untuk stok simpanan…..

8) MOBILITI

Pilih pam menyusu yang mudah di bawa ke mana-mana dan fleksibel….Tentu mommies tidak selesa jika terpaksa membawa banyak alatan untuk mengepam susu sekiranya bekerja di luar pejabat….

9) TUNGGAL ATAU BERGANDA?

Disarankan mommies untuk membeli pam menyusu berganda bagi membolehkan mommies mengepam menggunakan kedua belah payu dara dalam masa serentak….Penghasilan susu juga lebih banyak dan meriah…..

10) JENAMA

Terdapat pelbagai jenama di pasaran yang mommies perlu pilih…..Cuba uji dahulu bagi mendapatkan pam menyusu yang benar-benar sesuai dengan mommies….Antara pam menyusu yang terdapat di pasaran ialah Medela, Avent, Spectra, Modu, Nuby, Tommi Tippee, Ameda, Pureen dan sebagainya….

11) SAIZ dan BERAT

Setiap pam menyusu mempunyai berat dan saiz yang berbeza…..Untuk mommies yang kerap bekerja di luar pejabat, boleh pilih pam menyusu yang bersaiz kecil dan ringan supaya boleh di bawa ke mana-mana dengan mudah….

Semoga tips ini bermnafaat untuk mommies yang sedang menyusukan bayi….

Selamat beramal!!!

akhir blog

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge