RESEPI MAKANAN PEJAL BUAT SI COMEL

Apabila bayi mommies sudah berusia 6 bulan, mommies sudah boleh memberi mereka makanan pejal atau lebih dikenali dengan puri…Puri merupakan makanan pejal yang dibuat sendiri oleh mommies semasa di rumah berasakan bahan semulajadi iaitu sayuran dan buah-buahan….Mommies boleh campurkan dua hingga tiga jenis buah dalam satu jenis puri untuk menambah kelazatan dan khasiatnya…..Jom ikuti resepi di bawah supaya mommies mudah menyediakan puri untuk si comel…..

 

1) PURI EPAL DAN LOBAK MERAH

Bahan-bahan:- 

Sebiji epal merah, sebatang lobak merah saiz sederhana dan 3sudu besar susu ibu/air

Penyediaan:-

1) Kupaskan epal, buangkan biji dan bersihkan. Lobak merah juga dibersihkan dengan mengupas kulitnya…

2) Kukus atau rebus epal dan lobak merah sehingga lembut….

3) Letakkan di dalam pengisar dan campurkan dengan susu ibu…Kemudian, kisarkan sehingga halus….

4) Biarkan puri sejuk sebelum diberi kepada si comel…..

5) Lebihan puri, boleh disimpan di dalam bekas khas di bahagian sejuk beku dan dipanaskan semula apabila hendak diberi kepada si comel…

Manfaat:-

Menjaga sistem pencernaan dan kesihatan mata si comel

puri epal dan lobak merah

2) PURI BUBUR AYAM DAN LOBAK MERAH

Bahan-bahan:-

Semangkuk kecil bubur ayam, setengah batang lobak merah dan 3 sudu besar susu ibu/air

Penyediaan:-

1) Masak bubur ayam seperti biasa dan pastikan mommies tidak menambah apa-apa perisa seperti garam ke dalam bubur…..

2) Bersihkan lobak merah dan kukus…

3) Masukkan bubur ayam dan lobak merah yang dikukus ke dalam pengisar bersama susu ibu dan kisar sehingga halus….

4) Biarkan puri seketika sebelum diberikan kepada si comel…..

Manfaat:-

Membolehkan bayi mendapat kandungan karbohidrat yang cukup dan menjaga kesihatan mata

puri bubur ayam dan lobak merah

3) PURI LOBAK MERAH DAN TOMATO

Bahan-bahan:-

2 biji tomato, 1 batang lobak merah dan 2 sudu besar susu ibu/air

Penyediaan:-

1) Bersihkan lobak merah dan tomato…

2) Potong kecil-kecil lobak merah sebelum dikukus bersama tomato…Ini bagi memudahkan lobak merah dikisar….

3) Masukkan tomato dan lobak merah yang telah dikukus ke dalam pengisar dan tambahkan susu ibu…Kisar sehingga halus….

4) Biarkan seketika sebelum mommies menyuap si comel….

Manfaat:-

Menjaga kesihatan kulit dan mata si comel

puri lobak merah dan tomato

 

4) PURI EPAL DAN PISANG

Bahan-bahan:-

2 biji pisang, 1 biji epal dan 3 sudu besar susu ibu/air

Penyediaan:-

1) Kupas epal dan buangkan bijinya…Kemudian potong kecil-kecil….

2) Bersihkan pisang kemudian kukus bersama epal yang telah dipotong…

3) Masukkan epal dan pisang yang telah dikukus ke dalam pengisar….Campurkan susu ibu bersamanya dan kisar sehingga halus….

4) Tunggu sehingga sejuk dan suapkan si comel….

Manfaat:-

Melancarkan sistem percernaan si comel

puri epal dan pisang

 

5) PURI EPAL DAN PIR

Bahan-bahan:-

1 biji epal, 1 biji pir dan 3 sudu besar susu ibu/air

Penyediaan:-

1) Kupas epal dan pir dan bersihkan….Kemudian potong kecil-kecil…

2) Kukus epal dan pir

3) Selepas itu, masukkan epal dan pir yang telah dikukus ke dalam pengisar….Masukkan susu ibu….Kisar sehingga halus….

4) Biarkan ia sejuk sebelum diberikan kepada si comel…

Manfaat:-

Menjaga kesihatan gigi dan mengatasi sembelit pada si comel….

puri epal dan pear

 

6) PURI LOBAK MERAH DAN BROKOLI

Bahan-bahan:-

Sebatang lobak merah, 100gm brokoli dan 3 sudu besar susu ibu/air

Penyediaan:-

1) Bersihkan brokoli dan lobah merah…

2) Potong lobak merah kecil-kecil dan kukus bersama brokoli….

3) Kisar bahan-bahan yang telah dikukus sehingga halus….

4) Biarkan seketika sebelum diberikan kepada si comel…

Manfaat:-

Mencegah si comel daripada masalah sembelit dan menjaga kesihatan mata…

puri lobak merah dan brokoli

 

Semoga resepi ini dapat memberi inspirasi kepada mommies untuk menyediakan makanan si comel….

Klik share untuk manfaat bersama…Terima kasih….

akhir blog

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge