TIPS ASAH PERKEMBANGAN MINDA SI COMEL

Hai mommies….sekarang, ramai ibu bapa berusaha keras untuk memastikan anak-anak mereka sentiasa berada di hadapan di dalam apa jua perkara terutama dalam bidang pelajaran…..Namun begitu, pastikan mommies menggunakan tips yang betul bukan dengan cara paksaan….Ini kerana setiap manusia diciptakan mempunyai minat yang tersendiri…..Mungkin ada yang benar-benar berminat untuk belajar, dan ada yang meminati bidang permainan…..Jom ikuti tips berikut untuk mengasah perkembangan minda si comel….

1) Menurut pakar neurologi, Dr. Majid Fotuhi dan Ketua Pegawai Perubatan di NeurExpand Brain Center yang berpusat di Amerika Syarikat, Senaman dan aktiviti fizikal amat penting dalam kesihatan otak. Aktiviti berbentuk kardiovasular akan merangsang penghasilan neuoron yang baru….

Maka, mommies dan daddy¬†boleh membawa anak-anak ke padang permainan supaya mereka boleh bermain dengan selesa….Di sini, mereka juga akan berjumpa dengan rakan-rakan yang lain dan boleh meningkatakan kemahiran komunikasi mereka…..Aktiviti bermain bola sepak dan berlari boleh mengaktifkan sistem kardiovaskular anak-anak….

anak bersenam

2) Pakar akademik dari Boston University School of Medicine (BUSM) mendati terdapat hormon yang dirembeskan semasa bersenam yang boleh membantu menguatkan daya ingatan….Maka mommies bolehla mengajak anak-anak untuk bersenam di hujung minggu….

3) Merangsang si comel untuk bermain permainan fizikal dan menggalakkan mereka untuk memenangi permainan tersebut….Elakkan memberi permainan digital kerana permainan digital tidak dapat merangsang perkembangan otak mereka dengan baik….

permainan digital

4) Menyediakan ruang belajar yang kondusif seperti bilik belajar yang mempunyai kelengkapan meja belajar, lampu belajar, rak buku dan sebagainya…Keadaan fizikal bilik belajar yang kondusif dapat merangsang minda mereka untuk belajar…..

bilik belajar untuk anak

5) Mempunyai material pembelajaran yang banyak dan luas agar mereka dapat melakukan eksperimen tanpa rasa jemu…..Setiap material pembelajaran memainkan peranan yang berbeza sebagai contoh buku cerita dan alatan permaianan….Keduanya merupakan material pembelajaran tetapi buku cerita lebih kepada aktiviti formal….Manakala alatan permainan merupakan aktiviti tidak formal dan mereka bebas melakakukan apa sahaja dengan alatan permainan tersebut….

buku cerita kanak-kanak

6) Menggalakkan rangsangan kepada deria penglihatan, pendengaran, rasa, dan bau bagi mengaktifkan penerokaan sel-sel otak…..

Seeloknya, mommies turut bersama mereka ketika bermain….Supaya kesemua deria mereka dapat dirangsang dengan baik dan betul….Lagipun, kan bertambah seronok apabila dapat bermain dengan si comel…

cute mother and kid boy playing together indoor
cute mother and kid boy playing together indoor

7) Menggalakkan mereka untuk berinteraksi dengan rakan-rakan sebaya dan persekitaran…jangan biarkan mereka duduk bermain seorang diri….latih mereka bercakap dengan rakan-rakan sebaya…Jika mommies tidak mahu membawa mereka ke taman permainan, sekiranya ada tetamu yang membawa anak mereka ke rumah, ajak mereka bermain bersama si comel mommies….

anak bermain di rumah

8) Elakkan terlalu menumpukan perhatian dalam perkembangan akademik semata-mata…ini akan menyebabkan perkembangan aspek-aspek lain tidak dapat dijalankan….Mommies perlu seimbangkan perkembangan akademik, sosial dan kendiri si comel mommies…..Jika kesemuanya berkembang dengan baik,sekiranya mereka ke sekolah, mereka tidak akan mengalami masalah dalam berinteraksi dengan rakan-rakan dan berhubung dengan guru mereka….

9) Mommies juga menggalakan pembelajaran alatan muzik kepada si comel…Penggunaan alatan muzik akan merangsang penggunaan otak kiri….Minda akan menjadi lebih cekap dalam menggunakan alatan muzik kerana jika tersilap, bunyi lagu akan berubah…..

anak belajar muzik

10) Perkembangan aktif dalam proses pembelajaran….Galakkan mereka bertanya dan berbincang bersama rakan-rakan…..

anak aktif di dalam kelas

11) Mencadangkan hobi dan permainan baru…Situasi ini mengelakkan mereka berasa jemu dengan aktiviti yang dilakukan….Ia juga bagi mencambah pemikiran minda mereka dengan mencuba hobi baru….

12) Belajar penggunaan kosa kata baru….Si comel mempunyai penggunaan bahasa yang terhad….Ia akan belajar melalui perbualan mommies dan daddy dan ahli keluarga yang lain…..Jadi, mommies digalalakkan untuk menggunakan kosa kata yang baru untuk membantu sel-sel otak si comel berhubung….

kosa kata baru

13) Aktiviti senaman amat penting untuk si comel bagi mengelakkan masalah obesiti….Jika si comel mengalami masalah obesiti, mereka akan berasa malas untuk melakukan aktiviti permainan….Ini akan menyekat perkembangan minda mereka….Jadi, mommies kawal pemakanan si comel agar tidak mengalami masalah obesiti….

anak bersenam

14) Mengamalkan diet rendah karbohidrat dan memperbanyak makanan seperti sayuran dan buah-buahan….Seperti yang mommies tahu, sayuran dan buahan mempunyai banyak khasiat yang diperlukan dalam perkembanagn minda si comel….Mommies dinasihatkan untuk membuat pilihan yang tepat selain memerhati perkembangan mereka….Ini kerana terdapat si comel yang mengalami alahan terhadap sayuran dan buahan tertentu….

diet anak

Semoga 14 tips di atas dapat memberi manfaat kepada mommies…..

Selamat mencuba!!!

Klik share untuk manfaat bersama…Terima kasih…

akhir blog

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge