TIPS HEBAT CARA POTONG KUKU & RAMBUT BAYI

Kuku dan rambut bayi merupakan bahagian penting yang mommies perlu ambil perhatian….Pengurusan rambut dan kuku bayi memerlukan ketelitian agar tidak berlaku kecederaan ke atas bayi…..Jom ikuti tips berikut agar mommies dapat menguruskan rambut dan kuku bayi dengan baik…..

CARA POTONG KUKU

Waktu yang tepat untuk memotong kuku bayi adalah apabila mommies mula melihat terdapat kesan luka dan cakaran pada kulit bayi….Itu tandanya kuku bayi sudah wajib dipotong….

Mommies diminta menggunakan pemotong kuku khas untuk si manja dan mengikut umurnya….Seeloknya, mommies memotong kuku tangan bayi seminggu sekali (sekiranya panjang)…Bagi kuku kaki pula….potong dua bulan sekali…..Elakkan menggunakan pemotong kuku dewasa bagi mengelakkan kecederaan kepada kuku bayi…..Digalakkan mommies memotong kuku bayi selepas mandi ye….Pada waktu ini, kuku bayi berada dalam keadaan lembut untuk dipotong….

clipper

1) SENTUH JARI BAYI

Sebelum memulakan, mommies perlu usap lembut tangan bayi…agar mereka berasa tenang dan aman dengan sentuhan mommies….tangan dan kaki mereka yang sungguh comel memerlukan mommies perlu berhati-hati ketika memotong kuku mereka….Kemudian, barulah mommies memotong kuku bayi dengan lembut dan perlahan….

2) WAKTU YANG SESUAI

Semestinya pilihan waktu yang sesuai adalah selepas mandi…..Ketika ini, kuku bayi lembut dan mudah dipotong…Jadi, mommies dapat elakkan daripada berlaku kecederaan….

potong kuku selepas bayi mandi

3) POTONG KUKU

Mulakan dengan jari di sebelah kanan….Semasa memotong kuku bayi, mommies dikehendaki memegang tangan bayi dan arahkan jemarinya ke depan bagi mengelakkan terkena gunting…..Tahan perlahan-lahan buku-buku jarinya agar kukunya mengarah ke atas…..Kemudian, lakukan perkara yang sama pada kuku tangan kiri…..Begitu juga dengan bahagian kaki mereka…..

770839462460637871

4) GUNTING KHAS

Pilih gunting pemotong kuku bayi yang tajam, hujung bundar dan selesa apabila digunakan…Elakkan menggunakan gunting terlalu dekat kerana boleh mengundang bahaya sehingga menyebabkan jari bayi terluka….

5) BASUH ATAU LAP TANGAN DAN KAKI

Selepas selesai, basuh tangan dan kaki atau lap dengan air bersih….Ini bagi membersihkan kotoran yang melekat pada hujung kuku tangan dan kaki….

CARA POTONG RAMBUT

Pastikan mommies bayi berada dalam keadaan baik dan tidak meragam semasa hendak menggunting rambutnya…..Kulit kepala bayi yang lembut sememangnya membimbangkan mommies dan daddy untuk menguruska rambut mereka….

tips gunting rambut bayi

1) POSISI SELESA

Mommies boleh riba atau baringkan bayi di ruang katil yang selesa….Pastikan suhu bilik yang tidak terlalu panas dan lampin mereka kering dan semestinya mood yang baik….Mommies juga dikehendaki memberi susu kepada bayi agar mereka berasa kenyang dan tidak meragam….

2) BASAHKAN RAMBUT

Rajinkan diri untuk berbual-bual dengan bayi agar mood mereka sentiasa baik semasa aktiviti menggunting rambut…..Gunakan penyembur air untuk membasahkan rambut mereka agar lebih mudah digunting….Hati-hati semasa menyembur air ke atas rambut mereka kerana bimbang terkena mata pula….

basahkan rambut bayi

3) SIKAT RAMBUT

Jika rambut bayi jenis yang lebat, sikatkan rambut mereka yang telah basah dengan kemas….Cara ini lebih mudah untuk diuruskan….Lebihkan menyikat di bahagian rambut yang akan dipotong agar tidak terkena mata….

menyikat rambut bayi

4) RAMBUT BAHAGIAN DEPAN

Rambut bahagian depan yang sudah panjang dan menyentuh bahagian mata bayi sememangnya merimaskan si comel….Untuk menggunting rambut pada bahagian ini….mommies boleh gunakan sikat untuk menaikkannya sedikit ke bahagian atas dahi dan kemudian guntingkan….

 

Semoga tips ini bermanfaat untuk mommies dan daddy dalam menguruskan rambut dan kuku bayi dengan selamat….Kebersihan adalah sebahagian daripada iman….Didiklah mereka daripada kecil lagi….

Selamat beramal!!!

Klik share untuk manfaat bersama…Terima kasih….

penting1

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge