8 PENYAKIT BIASA MENYERANG SI COMEL

Bakal ibu dan ayah perlu tahu beberapa penyakit yang bakal dihidapi oleh si manja agar tidak terkejut….Ia juga merupakan persediaan awak agar mommies dan daddy tahu tindakan segera yang perlu dilakukan bagi memastikan penyakit tersebut tidak merebak dan melarat…Jom kenali penyakit-penyakit biasa dihidapi oleh si comel anda….

8 PENYAKIT  BIASA SI COMEL

1) DEMAM

Jika berlaku dengan kerap..boleh meyebabkan sistem gangguan otak dan sawan kepada bayi…Jika bayi mengalami demam, mommies dikehendaki mengawal suhu badan mereka…tuamkan kepala, ketiak dan celah-celah badan dengan air sejuk….jika suhu badan tidak berkurangan, mommies mesti bawa bayi ke klinik dengan kadar segera…..

Mother checking baby's temperature
Mother checking baby’s temperature

2) SAWAN

Selalunya menyerang akibat demam dengan suhu badan yang terlalu tinggi hingga mencecah 40darjah…Jika terjadi sekejap dan tidak berulang (kurang daripada setengah jam), ia tidak merbahaya….Jika berlaku kekerapan dalam masa 24jam, ia boleh menyebabkan kerosakana kepada perkembanagn otak dan menyebabkan komplikasi ke atas bayi seumur hidup….Jadi, mommies jangan biarkan suhu badan bayi berada dalam keadaan yang terlalu panas ye….

3) SELESEMA

Apabila bayi mommies mengalami selesema, mereka akan berasa tidak selesa keran hidung tersumbat dan berhingus….Mereka juga akan mengalami kesukaran untuk tidur dan kerapa merengek…..Dalam hal ini, mommies boleh menyedut hingus mereka menggunakan mulut mommies….Orang-orang tua ramai memberi tips berikut….Jika mommies berasa kurang selesa, mommies boleh mendapatkan alat bantuan untuk menyedut hingus tersebut di farmasi…..

Close up of baby looking at camera with blue eyes
Close up of baby looking at camera with blue eyes

4) BATUK

Jika bayi batuk, ia petanda mereka hampir sihat…Ini kerana batuk membantu mengeluarkan lendiri dari saluran pernafasan…..Namun begitu, mommies perlu perhatikan juga jika bayi mengeluarkan kahak berwarna kuning atau hijau ia merupakan petanda kepada pelbagai jenis jangkitan….Ia boleh menunjukkan saluran pernafasan yang tidak baik….

bayi batuk

5) CIRIT BIRIT

Bayi akan membuang air besar lebih kerap daripada biasa jika mengalami cirit birit….Ia berlaku kerana jangkitan virus dan menjadi bahaya jika kekurangan air…..Bantu bayi untuk meminum susu dengan lebih kerap….Jika berlarutan, mommies mesti membawa bayi ke klinik untuk mendapatkan rawatan susulan….

bayi sakit perut

6) MASALAH KULIT

Mommies perlu tahu kulit bayi sangat sensitif dan berisiko menghadapi pelbagai jenis infeksi….Jika dibiarkan berterusan, ia akan menyebabkan masalah penyakit kronik….Impetigo merupakan sejenis jangkitan kulit akibat bakteriadan berkmebnag apabila ruam seperti ekzema telah dijangkiti…..Selalunya menyerang bahagian kaki dan tangan bayi…Jadi, mommies pastikan bayi berada dalam keadaan yang bersih setiap masa….

7) EKZEMA

Lazimnya, memang bayi akan terkena masalah ekzema yang menyebabkan kulit bayi mengelupas, kemerahan, kering dan gatal….Ekzema selalu berlaku pada bahagian pelipat antara lutut dan siku, atas punggung, buku lali, belakang telinga, muka dan kulit kepala…..Selalunya ekzema menyerang ketika usia bayi berumur tiga bulan hingga dua tahun…..

8) RUAM LAMPIN

Bayi akan mengalami keradangan kulit pada bahagian punggung, kemaluan, celah kelengkang dan bahagian dalam peha….Selalunya berlaku akibat lampin yang jarang ditukar dan kesan-kesan sabun pencuci yang tidak dibilas dengan betul….Keadaan ini akan menyebabkan bayi merasa tidak selesa…..Sapuan krim yang sesuai diperlukan bagi menyembuhkan kulit bayi….

Semoga tips ini bermanfaat untuk mommies dan daddy….Penyakit ini biasa tetapi perlukan perhatian lebih dari mommies dan daddy….

Selamat beramal…

Klik share untuk manfaat bersama….Terima kasih…

akhir blog

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge