ADIK BARU..GEMBIRA ATAU RISAU??

Si comel masih bertatih…namun mommies telah hamil lagi….Mungkin si kakak atau abang mula menunjukkan rasa tidak puas hati kerana belum puas bermanja….Namun, mommies perlu mengambil berat tentang hal ini bagi mengelakkan mereka merasa tersisih…..

1) BERI MASA SESUAIKAN DIRI

Bagi anaj yang masih lagi menatih, mereka memerlukan masa untuk menerima kehadiran adik baru…Ini kerana sebelum ini mereka bermain sendiri….dan sekarang mereka sudah mempunyai adik dan perlu berkongsi barang permainan….Mommies tidak digalakkan untuk memaksa mereka menerima kehadiran adik baru…..Mereka sendiri akan datang dan mendekati adik mereka apabila mereka sudah bersedia….

57147918

2) BERI PERHATIAN

Mommies diingatkan untuk tidak mengenepikan anak-anak yang masih menatih sekiranya telah menerima adik baru….Berikan perhatian kepada mereka agar mereka tidak merasa bersendiri…dan elakkan mereka merasa mommies tidak berlaku adil terhadap diri mereka kerana melebihkan adik baru….Sejauh mana mommies perlu memberi perhatian kepada adik baru, pastikan perhatian kepada anak yang masih menatih ini tidak diabaikan….

mom

3) PERCANGGAHAN PERANAN

Anak menatih akan mula sedar bahawa mereka bukan lagi ‘bayi’ keluarga kerana sudah mempunyai adik baru….Peranan mereka sebagai kakak atau abang akan mula kelihatan…..Perasaan kasih sayang dan ingin melindungi akan wujud dalam diri mereka….Namun, mommies tidak perlu memaksa…..Perasaan ini akan lahir dengan sendirinya….

4) PERTALIAN EMOSI

Seringkali abang atau kakak yang besar bergaduh dengan adik yang kecil….Sehingga mommies sendiri merasa pening untuk meleraikannya….Tetapi, mommies sebenarnya tidak perlu risau….kerana pergaduhan kecil ini akan membentuk pertalian emosi antara mereka dan mungkin akan menjadi sahabat yang baik apabila dewasa kelak….

5) SIKAP INGIN MEMBANTU

Bagi anak yang masih menatih, mereka tidak gemar dibantu walaupun mereka berada dalam keadaan yang sukar….Jadi, mommies biarkan sahaja mereka menyelesaikan masalah mereka….Biarkan dia bermain sendiri tanpa perlu diganggu oleh anak yang lebih tua…..

Semoga tips ini bermanfaat untuk mommies….

Selamat beramal!!!

Klik share untuk manfaat bersama….Terima kasih….

akhir blog

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge