BAGAIMANA LATIH SI COMEL BERCAKAP PERKATAAN PERTAMA?

TIPS LATIH SI COMEL BERCAKAP 

Si comel, sudah mula bercakap-cakap…..Adakah mommies menghentikan keinginan mereka untuk bercakap atau mommies terus melayan mereka??….Pastikan mommies melayan mereka untuk bercakap ye…..Jika tidak, mereka akan terhenti setakat itu sahaja dan mommies memerlukan banyak masa dan pelbagai cara untuk melatih mereka bercakap di masa akan datang…..Ia akan menjadi bertambah sukar….Jom ikuti tips berikut agar mommies tidak terlepas pandang momen indah mendengar perkataan pertama mereka….

1) TERUSKAN PENIRUAN

Kaedah patung bobo, memang menunjukkan bahawa kanak-kanak suka memerhati dan meniru tindakan orang di sekelilingnya…Apatah lagi jika mommies berada di rumah sepanjang masa….Segala tindak tanduk mommies akan diperhatikan dan ditiru oleh mereka…..

Sekiranya, mereka sudah mula ingin bercakap, banyak perkataan yang mommies ucapkan akan ditiru oleh mereka….Kadang-kadang mereka turut meniru panggilan mommies kepada daddy….Di waktu ini, mereka sedang mula belajar mengumpul perbendaharaan kata menyebabkan mereka hanya meniru segala butir percakapan orang sekeliling tanpa mengetahui maksudnya….

Mommies diingatkan untuk tidak menghentikan keinginan mereka untuk bercakap….Jika mereka pelat, mommies hanya meminta mereka menyebut dengan perkataan yang betul….bukan memarahi mereka dan meminta mereka berdiam….

Jika si comel mula bertanya pelbagai soalan….elakkan daripada tidak mahu menjawab…..berikan jawapan yang memuaskan hati mereka…kerana pertanyaan atau soalan merupakan suatu latihan untuk bercakap….

meniru percakapan

2) BERBUAL

Rajinkan diri untuk berbual dengan mereka…cuba fahami perkataan yang ingin disampaikan…dan perbetulkan jika mereka salah menyebutnya….Mommies dinasihatkan untuk tidak membiarkan mereka bercakap dengan sendiri…..Jika tidak ada yang menyahut atau berbual bersama mereka, dikhuatiri mereka tidak mahu lagi bercakap….

A little cute boy whispers something to his mother
A little cute boy whispers something to his mother

3) CARA SEBUTAN

Semasa mommie smula memahami perkataan yang ingin diucapkan oleh si manja, cuba betulkan sebutan mereka dengan gerakan mulut yang besar dan luas….agar mereka boleh meniru daya tersebut….dan menyebut perkataan tersebut dengan betul…tidak perlu menjerit cukup dengan suara yang perlahan tetapi sebutan yang jelas….kerana dibimbangi mereka berasa malu apabila ditegur dan dapat didengari oleh orang lain….

cara sebutan

4) KATA-KATA NEGATIF

Pengaruh televisyen, kawan-kawan dan pengasuh boleh menyebabkan si comel anda mengeluarkan kata-kata yang negatif dan tidak elok….Kadang-kadang mereka sendiri tidak memahami maksud perkataan tersebut tetapi apabila mendengar orang sekeliling menyebut perkataan tersebut, mereka turut terikut untuk mengucapkan perkataan tersebut….

Tugas mommies, jangan sesekali marahkan mereka….tetapi menasihati mereka dengan menjelaskan bahawa perkataan tersebut tidak elok untuk diucapkan….larang mereka untuk mengulangi kesilapan yang sama di masa akan datang….

kata-kata negatif

5) DORONGAN

Ucapkan terima kasih, pujian kepada mereka jika mereka dapat menyebut perkataan dengan baik dan sopan….Berikan juga pelukan dan ciuman sebagai dorongan kepada mereka untuk petah berkata-kata….Cara ini akan menggembirakan hati mereka dan memberi isyarat bahawa tindakan mereka itu betul….

dorongan bercakap

Semoga tips ini bermanfaat untuk mommies dalam mendidik si comel berkata-kata….

Selamat beramal!!

Klik share untuk manfaat bersama….Terima Kasih….

akhir blog

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge