BAGAIMANA MAHU MENGEKALKAN MOMENTUM PENGELUARAN SUSU IBU??

TIPS MENGEKALKAN MOMENTUM PENGELUARAN SUSU IBU

Ramai ibu ingin menyusukan anak mereka selama dua tahun secara eksklusif…..tetapi mampukah sebenarnya seseorang ibu melakukan hal demikian jika berlaku tekanan perasaan dan keletihan melampau??…Ikuti tips penyatuan minda dan emosi dalam memastikan momentum pengeluaran susu ibu kekal di tahap yang terbaik untuk si comel anda…..

1) CARA BERFIKIR

Ibu dikehendaki sentiasa berfikiran positif sepanjang penyusuan….Ibu perlu ingatkan diri bahawa anak adalah amanah dari Allah dan tanamkan niat untuk memberi yang terbaik untuk si comel…Apabila tiada semangat atau berputus asa, ibu boleh membaca firman Allah di dalam surah al-Baqarah ayat 223 yang bermaksud:-

“Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu; dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya…”

Apabila ibu membaca ayat ini, semangat pasti akan kembali semula….Niatkan di hati untuk mendapat keredhaan dariNya dan in sha Allah dimudahkan….

kemuliaan-berfikir1

2) DOA DAN ZIKIR

Ibu dinasihatkan untuk sentiasa berdoa dan berzikir agar susu sentiasa mencukupi untuk si comel…..Apabila ibu sering berdoa dan berzikir, hati akan menjadi lebih tenang kerana sentiasa ingat kepada Maha Pencipta…..Tambahan pula, si comel turut merasai ketenangan ibu ketika sedang menyusukan mereka….Air susu yang mengalir juga lebih barakah kerana ibu sering berzikir memuji Illahi…..

Ibu pasti tahu keadaan air apabila disebutkan bismillah…bentuknya menjadi molekul kristal yang sungguh indah dan cantik…Inikan pula air susu ibu yang sememangnya molekulnya sangat cantik berbentuk emas….Apabila disebutkan ayat-ayat suci al-Quran dan dibacakan zikir, bentuknya menjadi lebih indah….

Antara surah dan ayat yang boleh diamalkan sepanjang penyusuan ialah Surah al-Hujurat dan surah al-Kauthar, surah ar-Rad ayat 8-9, surah Yaasin ayat 72-73, surah al-Baqarah ayat 60. Zikir al-Matin sebanyak 100 kali dan berselawat serta membaca bismillah sebelum menyusukan bayi dan sebelum memerah susu…..

doa tambah susu

3) TANGANI TEKANAN

Ibu elakkan daripada mengalami tekanan sama ada tekanan di tempat kerja mahupun tekanan apabila susu mula merudum…..Jika ibu mengalami tekanan, cuba cari jalan penyelesaiannya….Ibu boleh ceritakan masalah tersebut kepada suami ataupun ahli keluarga terdekat agar tekanan dapat dikurangkan….Jika masalah berpunca daripada tempat kerja, ibu perlu selesaikannya terlebih dahulu….Apabila sudah selesai dan mendapat ketenangan, barulah mula menyusukan bayi dan mengepam susu…..Elakkan menyusukan bayi dan mengepam susu ketika ibu dalam keadaan tertekan….

4) MOTIVASI DIRI

Ibu perlukan motivasi diri yang sungguh tinggi dalam tempoh penyusuan eksklusif ini….Kata-kata yang lahir dari mulut sendiri lebih bermakna untuk tubuh badan ibu….Ini kerana, apabila ibu mengucapkan kata-kata positif, minda akan mula merangsang perkataan yang diucapkan dan terus menghantar maklumat kepada tubuh untuk berperanan (mengeluarkan susu) dengan jayanya….

Sebagai contoh, ketika bangun pagi, ibu boleh mengusap payu dara sambil berdoa, berzikir dan mengucapkan kata-kata semangat….”Jika tempoh 6 bulan, saya boleh menyusukan bayi saya, ini bermakna saya boleh menyusukan bayi saya untuk tempoh 2 tahun tanpa sebarang masalah”….Kata-kata ini adalah sebuah bentuk rangsangan kepada tubuh badan ibu…..

kata motivasi diri

5) KELENGKAPAN ILMU

Ibu-ibu perlu dapatkan ilmu yang betul dalam tempoh penyusuan eksklusif ini bagi memastikan ibu menggunakan teknik penyusuan yang betul….Ibu boleh bertanya kepada meraka yang lebih berpengalaman jika ibu ingin menyusukan bayi untuk kali pertama…..Ibu juga boleh mencari maklumat tentang penyusuan di internet…

Seminar-seminar dan forum-forum penyusuan yang dianjurkan oleh pihak-pihak tertentu boleh dihadiri agar ilmu dan panduan lengkap dapat diperoleh…Pertukaran maklumat dan pendapat boleh dilakukan agar ibu dapat menyusukan bayi secara eksklusif selama dua tahun….

ILMU penyusuan susu ibu

6) TIDAK MUDAH TERPENGARUH

Tempoh penyusuan eksklusif ini tidak berlaku dengan mudah….Dengan adanya orang-orang sekeliling yang sentiasa ingin menjatuhkan semangat ibu….Ia boleh menjejaskan semangat ibu….Namun, ibu perlu tepis segala tohmahan mereka dengan mengingatkan diri dengan janji untuk menyusukan si manja selama dua tahun…..

Antara kata-kata yang sering didengar ialah:-

“Payudara kecil, pasti susu sedikit….tak perlu bersusah hendak bagi susu ibu, bagi sahaja susu formula…lebih mudah dan cepat….Badan pun maintain slim…Kalau bagi susu ibu, badan ibu gemuk”……

Tepis ayat-ayat tersebut…..Yang penting ialah penyusuan eksklusif untuk si manja….Jika mereka tidak mahu menyusukan bayi mereka dengan susu ibu…Itu adalah hak masing-masing…..

7) SOKONGAN

Semestinya dalam tempoh penyusuan, ibu memerlukan sokongan suami…Ibu perlu berikan penerangan kepada mereka tentang penyusuan susu ibu….Kadang-kadang ibu memerlukan pertolongan suami dalam beberapa perkara termasuk apabila berhadapan dengan keluarga yang tidak menyokong penyusuan susu ibu secara eksklusif….

Pertolongan suami apabila ibu keletihan, memberi susu yang telah siap dipam kepada bayi juga amat menggembirakan hati ibu….Kata-kata semangat dan dorongan suami sangat diperlukan semasa ini…..Suami juga dielakkan daripada memberi tekanan kepada isteri dalam tempoh penyusuan…..

SUAMI MENYOKONG PENYUSUAN SUSU IBU

8) KUMPULAN SUSU IBU

Terdapat banyak kumpulan yang ditubuhkan secara online untuk para ibu menjayakan penyusuan eksklusif selama dua tahun…Jadi, ibu boleh join kumpulan tersebut untuk berkongsi masalah dan tips-tips penyusuan…Saling berkenalan juga mengeratkan hubungan silaturrahim….Ini juga dapat menaikkan semangat ibu untuk menyusukan si comel…..Berkenalan dengan pakar laktasi dan dapatkan tips dan bantuan jika ibu mempunyai masalah dalam penyusuan….

MBFPC

Semoga tips ini bermanfaat untuk para ibu dalam menjayakan penyusuan eksklusif selama dua tahun….

Selamat beramal…

Klik share untuk manfaat bersama…Terima kasih…

akhir blog

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge