KENAPA BAYI MENANGIS, MOMMIES PERLU TAHU…

 

Bayi menangis menunjukkan tanda bahawa mereka ingin menyatakan sesuatu…Jadi, mommies perlu tahu apakah punca bayi menangis….Tidak semua bayi menangis kerana perut yang lapar….Banyak perkara perlu disemak agar mommies tidak terlepas pandang….Jom ikuti punca-punca bayi menangis…..

why crying

1) LAPAR

Seringkali bayi menangis dikaitkan dengan lapar, maka mommies perlu pastikan perut mereka kenyang terutama sebelum tidur…Ini bagi mengelakkan mereka kerap terjaga ketika sedang tidur….Susukan mereka dengan cukup….

bayi menyusu lapar

2) SUHU BILIK

Suhu bilik yang terlalu sejuk atau terlalu panas boleh menyebabkan bayi mommies menangis…..Jika terlalu panas, mereka akan berpeluh….Ini boleh menyebabkan mereka tidak dapat tidur dengan nyenyak…..Jika mommies menggunakan air cond, pastikan suhunya hanya berada pada 27 darjah celcius sahaja ye….Dalam keadaan tidak terlalu sejuk dan tidak terlalu panas…

3) BASAH

Bayi merasa tidak selesa apabila lampin mereka basah…Jika mereka menangis sedangkan mommies sudah memberi susu yang cukup, mommies boleh pastikan sama ada lampin mereka basah atau tidak…..Menukar lampin secara kerap boleh mengurangkan ruam lampin pada bahagian punggung bayi….Jika bayi sememangnya mempunyai masalah ruam lampin, mereka akan semakin kerap merasa tidak selesa apabila lampin mereka basah….Pastikan mommies rajin untuk menukar lampin mereka dengan kerap dan sapukan krim bagi mengurangkan ketidakselesaan bayi….

tukar lampin baru

4) KOLIK

Kolik atau kembung perut kerap dikaitkan dengan bayi menangis…..Ia sukar ditenangkan dan mereka akan menangis dalam tempoh masa yang lama…..Mommies boleh urutkan bahagian perut mereka dengan minyak telon….Jika mommies mempunyai masa terluang, mommies boleh urutkan seluruh tubuh badan mereka…..Pastikan juga mommies menggunakan teknik urutan yang betul kerana kaedah urutan turut membantu perkembangan bayi….

kembung perut

5) KESELESAAN

Ruang tempat tidur yang penuh dengan barang mainan menyebabkan bayi merasa rimas untuk tidur…Elakkan daripada menyempitkan ruang tidur bayi dengan barang permainan….Kawasan tempat tidur mereka juga pastikan cukup dengan sehelai selimut dan bantal peluk serta bantal kepala…..Mommies boleh gunakan satu mainan gantung untuk membuatkan bayi leka sebelum mereka tertidur…..Jika bayi mempunyai banyak barang mainan, sebelum tidur, pastikan bilik tidur mereka bersih dan kemas…Maka, bayi akan tidur dengan nyenyak…..

bilik tidur bayi

6) LETIH

Apabila bayi berasa terlalu letih kerana rangsangan fizikal seperti diagah untuk ketawa dan bermain, mereka turut akan menangis….Jika ini berlaku, mommies boleh dukung mereka dan usap perlahan badan mereka tanpa perlu membuka baju mereka….Cara ini akan membuatkan bayi merasa selamat dan tenang bersama mommies….Lazimnya, urutan akan dilakukan selepas mandi….

bayi letih

7) BAJU TERLALU TEBAL

Bayi sememangnya akan dipakaikan baju yang tebal bagi mengelakkan kembung perut…Namun, jika cuaca pada waktu siang terlalu panas, ini akan menyebabkan bayi merasa tidak selesa….Jadi, mommies boleh pakaikan mereka dengan pakaian yang berlubang agar tubuh dapat menyerap udara semulajadi…..Elakkan bergantung dengan penggunaan air cond atau kipas semasa cuaca panas kerana ini akan melatih badan bayi untuk terus bergantung dengan penggunaan keduanya di mana sahaja mereka berada….Ini akan menyukarkan mommies jika berada di luar rumah atau sedang menziarahi saudara mara….

baju bayi tebal

Semoga artikel ini memberi manfaat untuk mommies dalam menangani masalah tangisan bayi….

Selamat beramal…

Klik share untuk manfaat bersama…Terima kasih….

akhir blog

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge