BAGAIMANA MENGEKALKAN KEHARMONIAN RUMAH TANGGA? 10 TIPS UNTUK SUAMI ISTERI

10 TIPS KEHARMONIAN RUMAH TANGGA

1) NIATKAN UNTUK MEMBERI

Dalam perkahwinan, niatkan hati untuk memberi bukannya menerima…..Memberi adalah lebih mulia daripada menerima….Jadikan diri sebagai suami/isteri terbaik pilihan hidup pasanagan….Bukan perlu berpura-pura tetapi cuba menjadi yang terbaik….Untuk hidup bersama selamanya…..Terdapat pasangan yang suka membuat kejutan dengan menghadiahkan sesuatu yang berharga kepada pasangan apabila tiba hari ulang tahun perkahwinan ataupun hari lahir pasangan….Situasi ini sememangnya sangat dihargai oleh pasangan anda…..Namun begitu, apabila suami/isteri sedia memberi segalanya, suatu masa nanti mereka akan lupa untuk menunggu dan mengharap hadiah daripada pasangan….Ini kerana, mereka sudah merasa bertuah mempunyai pasangan sebaik anda dalam hidup mereka….

2) FOKUS KEPADA KELEBIHAN

Elakkan daripada suka membanding-banding rupa paras, sikap dan fizikal pasangan dengan orang lain….Walaupun mereka tersenyum, tertawa,siapa boleh jangka apa kata hati mereka?….JAdi, waspadalah dalam tutur kata….Mereka memilih anda, maka anda juga perlu menerima mereka seadanya….Jangan terlalu fokus kepada kelemahan mereka seperti tidak tahu memasak, tidak tahu menggosok baju, dan sebagainya…..Tetapi, jika mereka tahu untuk mengemas rumah dan menjaga anak…Itu juga kelebihan….kelebihan yang tidak ada pada insan lain tetapi pada pasangan anda….

Setiap insan diciptakan tidak sempurna, masing-masing mempunyai kelemahan dan kekurangan diri masing-masing yang hanya anda ketahui apabila sudah berkahwin…..Jika si dia mempunyai kelemahan atau kekurangan, elakkan daripada mencanang kelemahan mereka kepada rakan-rakan…Walaupun ia hanya sebagai gurauan…..Jagalah aib mereka dengan sebaiknya…Jika anda inginkan mereka berubah, anda perlu perhatikan diri sendiri terlebih dahulu…..Adakah anda juga perlu berubah? atau anda sudah sempurna untuk si dia?

.Jangan biarkan diri terus mengharap untuk si dia berubah, anda lah yang perlu berubah terlebih dahulu….Tetapi ramai juga yang mengatakan sekiranya si dia berkahwin dengan saya, maka si dia sedia menerima segala kekurangan dan kelemahan diri sendiri….Benarlah, segala kekurangan dan kelemahan diri sendiri perlu diterima oleh pasangan….namun, anda juga perlu berubah jika ada sikap anda yang tidak disukai pasangan….Berubah untuk keharmonian rumah tangga sendiri, bukankah lebih baik?

3) MELAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB

Suami/isteri wajib melaksanakan tanggungjawab mereka dengan sebaiknya….Elakkan daripada mengabaikan tanggungjawab yang telah digariskan….Seeloknya, banyakkan perbincangan agar tidak berlaku ungkitan di masa akan datang…Bagi suami, tanggungjawab mereka terhadap isteri tidak boleh lebih daripada tanggungjawab ke atas ibu kandung….Namun, bagi isteri, tanggungjawab mereka adalah lebih utama kepada suami….

4) NIAT KERANA ALLAH

Niatkan di awal perkahwinan hanya kerana Allah….Untuk mendapat redha Allah….bukan hanya untuk bersuka-suka dan menghalalkan yang haram semasa belum berkahwin….Apabila sesebuah perkahwinan diniatkan kerana Allah, in sha Allah kebahagiaan akan menjadi milik keluarga tersebut….

Dirikan solat secara berjemaah, menunaikan solat di masjid bersama-sama, bermuzakarah, bertalaqi mushafahah membaca alquran dan sebagainya…Amalan-amalan ini akan menyuburkan keharmonian sesebuah rumah tangga….Anak-anak juga akan menjadikan ibu dan ayah mereka sebagai role model dalam kehidupan mereka….

5) MENDOAKAN PASANGAN

Cara paling mujarab untuk mengikat hati pasangan adalah dengan memohon doa kepadaNya….Kerana hati ini semua milikNya…Dia lah yang menggerakkan hati dan mengikat hati seseorang itu…..Kudrat fizikal tidak mampu mengawal setiap gerak geri pasangan….Mohon padaNya agar sentiasa ditetapkan hati pasangan untuk sentiasa mengingati suami/isteri….Berdoa untuk kebahagiaan rumah tangga, kehidupan yang harmoni bersama anak-anak dan sebagainya….Berdoa dengan cara yang spesifik….sebutkan nama pasangan….pohonkan apa sahaja yang dihajati….

6) HORMATI KELUARGA MERTUA

Apabila seseorang itu berkahwin, keluarga mertua adalah keluarganya juga…Ibu dan bapa mertua ibarat ibu dan bapa kandung….Hormati mereka dan layani mereka dengan adil….Zaman ini, kebanyakan punca penceraian berlaku adalah kerana tiada rasa hormat terhadap keluarga mertua…..

Apabila tiba musim perayaan, lakukan giliran….Jika balik berhujung minggu, pastikan gilirannya adil untuk kedua belah pihak….Lakukan perbincangan bersama pasangan bagi memperoleh persetujuan bersama….

7) ELAKKAN MENABUR CERITA

Elakkan daripada menceritakan keburukan pasangan kepada orang lain sama ada teman rapat ataupun tidak…Ini bagi menjaga hubungan baik antara suami dan isteri….Jika suami/isteri suke bercerita tentang keburukan pasangan kepad orang lain, ia boleh menjadi punca kepada pertelingkahan di dalam rumah tangga…Jika ada sesuatu yang terpendam di dalam hati, luahkan dan berkongsi cerita dengan pasangan…

8) MEMOHON MAAF

Kadang-kadang akibat keletihan di tempat kerja, terdapat suami/isteri yang tidak sengaja telah memarahi pasangan mereka….Maka, apabila sudah sedar, segeralah meminta maaf….Seandainya pasangan tidak meminta maaf, anda mulakan langkah untuk memohon maaf….Bersihnya dan sucinya hati apabila sering meminta maaf dan memohon maaf….Memohon maaf tidak bererti diri sendiri bersalah, tetapi juga merupakan cara untuk menjaga keharmonian rumah tangga….

9) MEMUJI 

Kerapkanlah memuji pasangan seikhlas hati….Pujian daripada seorang suami/isteri amat bermakna buat pasangan…Terutama apabila ia mengenai rasa masakan isteri…..ISteri sedang belajar memasak menu baru, suami memuji menu itu sedap dan enak….Timbul rasa bahagia dalam hati isteri….Begitu juga dengan suami yang memasak, jika mendapat pujian isteri, pasti merasa gembira walaupun hakikatnya suami tidak tahu memasak….Elakkan memberi komen-komen negatif yang mematahkan semangat pasangan….

10) TEGURAN

Ucapkan teguran dengan cara berhemah bukannya dengan cara memarahi dan menengking….Bimbang ada hati yang terguris…Jika berlaku ketidaksefahaman, lakukan teguran di mana silapnya dan atasi dengan baik….Teguran yang berhemah boleh menyejukkan keadaan….

 

Semoga tips ini bermanfaat untuk para suami dan isteri yang ingin mengekalkan keharmonian rumah tangga…

Selamat beramal!!

Klik share untuk manfaat bersama…Terima kasih…

akhir blog

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge