6 MASALAH PENYUSUAN SUSU IBU & SOLUSINYA

MASALAH PENYUSUAN SUSU IBU & SOLUSI

Hai ibu-ibu…..sedang menyusukan bayi anda??….Pernah tak ibu alami masalah sepanjang proses penyusuan bayi??…Jika ada, apakah yang mommies gunakan untuk menyelesaikan masalah tersebut??…Kat sini, saya nak bagi tips untuk mengatasi masalah penyusuan susu ibu…..

1) PAYUDARA TERSUMBAT DAN SUSU TIDAK KELUAR

Masalah ini berlaku kerana payudara tidak dikosongkan sepenuhnya….Kaedah lekapan semasa bayi menyusu dan bra yang ditarik ke atas tanpa membuka kancing menyumbang kepada masalah ini…..

SOLUSI >>> 

a) Tuam payuadara dengan tuala basah

b) Pam susu dua jam sekali atau gunakan kaedah memerah menggunakan tangan (teknik marmet)

-pastikan tangan bersih sebelum memerah dan tekapkan payudara dengan tuala kecil yang telah direndam dengan air suam

– massage: gunakan jari telunjuk dan tengah dan urut dengan gerakan membulat dari hujung ketiak hingga areola.

-stroke: gunakan kelima-lima jari tangan dan tekan payudara dengan lembut

-shake: condongkan bdan ke depan, goyangkan dada secara lembut. kemudian

c) Buat pegangan C dengan meletakkkan ibu jari 1 sm dari areola, jari telunjuk dan jari tengah di bawah areola.

d) Tekan payudara secara lembut ke arah dada

e) Picit ibu jari, jari telunjuk dan tengah bagi menggalakkan pengeluaran susu ibu. lepaskan dan ulang sekali lagi sehingga payudara kosong.

f) Lebih mudah mencari liang susu yang tersumbat dengan cara membersihkan payudara anda.

2) MASALAH BENGKAK SUSU

Ia berlaku kerana payudara tersumbat atau bayi kurang menyusu secara efektif. Ini akan mengakibatkan ibu mengalami merasa sakit, tidak sihat dan demam…

SOLUSI >>> 

a) Tuamkan dengan tuala suam bagi mengurangkan rasa sakit

b) Teruskan penyusuan dua jam sekali

c) Kerapkan mengepam susu walaupun bayi tidak menyusu

3) BAYI MENYUSU SEBELAH SAHAJA

Bayi gemar menyusu di sebelah payudara sahaja kerana menggemari posisi mereka yang selesa. Pengeluaran susu yang lancar berbanding susu di payudara sebelah lagi juga menjadi punca kepada bayi menggemari menyusu di sebelah bahagian sahaja. Mungkin juga berlaku masalah kecederaan ataupun ibu sendiri yang gemar menyusukan bayi di sebelah payudara sahaja…

SOLUSI >>>

Jangan ubah posisi bayi, hanya ubah kedudukan ibu sahaja semasa menyusukan. Gunakan posisi football hold semasa menyusukan bayi. Terdapat juga posisi lain iaitu craddle hold, cross craddle hold dan lying down(baring).

Ibu juga perlu memujuk bayi untuk menyusu di kedua bahagian payudara bagi menstabilkan kandungan susu pada payudara ibu. Cara paling berkesan adalah semasa bayi bangun dari tidur. Pada waktu ini, bayi mudah memberi kerjasama kerana mereka masih lagi dalam keadaan mengantuk…

Ibu juga boleh menyusukan bayi bermula dengan payudara yang kurang digemari terlebih dahulu. Setelah payudara kosong, barulah beralih ke bahagian sebelah lagi…Jika payudara yang kurang digemari berpunca daripada aliran susu yang kurang lancar, ibu boleh mengurut payudara itu semasa menyusukan bayi….

4) MASALAH SUSU BERKURANG

Susu berkurangan sering dijadikan alasan oleh ibu-ibu menghentikan tempoh penyusuan eksklusif bersama bayi…Kemudian, ibu akan mula memberi susu formula kepada bayi mereka…

SOLUSI >>>

a) Susu berkait rapat dengan demand dan supply (demand dan permintaan). Semakin kerap permintaan, semakin kerap susu akan dikeluarkan…Maka, ibu perlu susukan bayi sekerap yang boleh mengikut kehendak mereka…Semasa menyusu, pastikan lekapan bayi juga betul bagi melancarkan pengaliran susu….

b) Pengambilan suplemen bagi meningkatkan pengeluaran susu amat digalakkan kerana suplemen membantu badan ibu untuk lebih sihat dan bertenaga. Badan yang kurang bertenaga dan letih boleh menyebabkan bekalan susu berkurangan. Untuk suplemen yang sememangnya menggalakkan pengeluaran susu ibu, boleh klik di

SET PENYUSUAN IBU 3M.

5) PENYIMPANAN STOK SUSU

Seeloknya, ibu boleh mula memerah susu selepas dua minggu kelahiran…Bagi ibu yang bekerja yang tidak mendapat cuti yang panjang, boleh memerah susu sebaik mula bekerja untuk membuat stok simpanan….

SOLUSI >>>

a) Pam setiap 3 jam apabila bayi tidur. Jika bayi terjaga, susukan bayi terlebih dahulu, kemudian sambung mengepam susu.

b) Menyimpan susu dalam botol atau plastik keras.

c) Labelkan tarikh susu dipam.

d) Jika bekerja, pamkan susu di waktu pagi dan simpan dalam beg sejuk beku yang mempunyai ais yang tahan 12jam. Ibu juga digalakkan untuk mengepam pada waktu tengah hari dan petang. Kemudian, simpankan stok susu perahan di dalam peti sejuk beku apabila tiba di rumah.

e) Susu yang disimpan bertahan selama 3bulan di dalam peti sejuk beku…

f) Susu yang disimpan di dalam peti sejuk bawah tahan selama 5hari tetapi selepas itu perlu disimpan di dalam peti sejuk beku agar tahan lebih lama…

6) DEFROST STOK SUSU BEKU

Susu ibu yang dibekukan perlu dicairkan terlebih dahulu dan dipanaskan mengikut suhu tertentu. Jika ibu bekerja dan menghantar bayi ke rumah pengasuh, terangkan dengan teliti cara mencairkan stok susu beku dengan betul…

SOLUSI >>>

a) Keluarkan susu beku dari tempat beku dan letakkan di dalam peti sejuk bawah pada malam sebelumnya.

b) Isi susu tersebut di dalam beg sejuk beku dan beri kepada pengasuh untuk disimpan di dalam peti sejuk..

c) Susu perlu dipanaskan di dalam air suam pada suhu 35 darjah celcius-45 darjah celcius.

d) Seeloknya bekalkan juga alat pemanas kepada pengasuh kerana memanaskan susu di dalam ketuhar atau dapur gas boleh mematikan antibodi di dalam susu.

e) Susu yang telah dicairkan perlu diminum dalam tempoh satu jam dan tidak boleh dibekukan semula.

Setiap masalah berikut boleh diatasi jika ibu benar-benar ingin menyusukan si manja sehingga dua tahun…Usaha, doa dan tawakal kepadaNya untuk memohon semoga dipermudahkan proses penyusuan eksklusif….Semoga tips ini bermanfaat untuk ibu-ibu…..

Selamat beramal!!!

Klik share untuk manfaat bersama…Terima kasih…

akhir blog

 

 

 

 

 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge