KHASIAT VITAMIN B UNTUK SI MANJA YANG IBU PERLU TAHU

Vitamin sangat diperlukan oleh si comel bagi menampung keperluan tumbesaran mereka, mencegah jangkitan penyakit dan memastikan tahap tumbesaran yang sihat. Khasiat daripada sayuran dan buah-buahan amat diperlukan oleh tubuh badan mereka…Setiap sayuran dan buah-buahan membekalkan khasiat yang berbeza dan mengadnungi vitamin yang berbeza…Jadi, ibu perlu seimbangkan pengambilan sayuran dan buah-buahan tersebut….Dalam artikel kali ini, saya nak berkongsi khasiat vitamin B untuk si comel…..

1) VITAMIN B1

  • Dikenali sebagai thiamine membantu perkembangan fizikal dan mental kanak-kanak.
  • Membantu dalam proses dan penggunaan karbohidrat, lemak dan protein
  • Membantu memelihara sistem sarah dan lilit yang sihat
  • Mengekalkan fungsi jantung yang normal
  • Bertindak sebagai bahan api yang membolehkan tubuh bekerja
  • Contoh makanan:- gandum, kacang peas, kekacang, ikan, daging
  • Kekurangan vitamin:- menyebabkan gangguan mental dan emosi
  • Keperluan:- 0.6 hingga 0.9mg sehari

2) VITAMIN B2

  • Dikenali sebagai Riboflavin
  • Membetulkan sel darah merah, penghasilan antibodi, pernafasan sel dan tumbesaran
  • Melegakan keletihan mata dan pencegahan kepada rawatan katarak
  • Membantu metabolisme karbohidrat, lemak dan protein
  • Jumlah yang mencukupi memudahkan penggunaan oksigen oleh tisu kulit, kuku dan rambut
  • Membantu menyerap zat besi dan vitamin B6
  • Contoh makanan:- keju, putih telur, ikan, daging, susu, asparagus, avokado, kubis bunga, rumpai laut, sayuran hijau dan kekacang
  • Kekurangan vitamin:- menyebabkan keletihan, lemah badan, lemah daya penglihatan, sensitif kepada cahaya, gatal kulit, lemah sistem penghadaman, tumbesaran terbantut dan minda lambat bertindak balas.
  • Keperluan:- 0.6-0.9mg sehari

3) VITAMIN B3

  • Dikenali dengan nama Niasin
  • Diperlukan untuk peredaran darah dan kulit yang sihat
  • Penting dalam penghasilan tenaga daripada gula darah dan dalam pembuatan lemak
  • Membantu fungsi sistem saraf, metabolisme karbohidrat, lemak dan protein juga dalam pengeluaran asid hidroklorik untuk sistem penghadaman
  • Terlibat dalam pengeluaran cecair hempedu
  • Merendahkan paras kolesterol dan membaiki peredaran darah
  • Contoh makanan:– hati lembu, ragi tapai, kubis bunga, lobak merah, keju, tepung jagung, buah kurma, telur, ikan, susu, kacang tanah, ubi kentang, tomato, gandum, dan hasil gandum
  • Kekurangan vitamin:- menyebabkan badan lemah, cirit birit, otot lemah, bengkak mulut dan lidah, sakit kepala dan kandungan gula dalam darah rendah
  • Keperluan:- 9-16mg sehari

4) VITAMIN B5

  • Dikenali sebagai vitamin anti stress
  • Asid panpantothenic memainkan peranan dalam pengeluaran hormon adrenal dan pembentukan antibodi, membantu dalam penggunaan vitamin dan menolong menukar lemak, karbohidrat dan protein kepada tenaga
  • Diperlukan oleh semua sel dalam badan
  • Merupakan koenzim A, bahan kimia penting dan terlibat dalam fungsi metabolisme
  • Penambah stamina dan mencegah sesetengah bentuk anemia
  • Diperlukan untuk salur perut dan usus untuk berfungsi dengan normal
  • Merawat tekanan dan rasa cemas
  • Contoh makanan:- daging lembu, telur, sayuran segar, hati, kekacang, ikan laut dan gandum
  • Kekurangan  vitamin:- keletihan, lemah badan, sakit kepala, muntah, lemah daya tahan terhadap jangkitan saluran pernafaasn dan kejang otot
  • Keperluan:- 2-4mg sehari

5) VITAMIN B6

  • Dikenalai dengan Phridoxine
  • Memberi kesan kepada kesihatan fizikal dan mental kanak-kanak
  • Diperlukan dalam penghasilan sel darah merah dan antibodi
  • Membantu mengimbangi tahap sodium dan potasium
  • Contoh makanan:- lobak merah, ayam, telur, ikan, daging, kacang peas, bayam, biji bunga matahari dan walnut
  • Kekurangan vitamin:- keletihan, lesu, tertekan, mengalami penyakit kulit, anemia dan sawan
  • Keperluan:- 0.6 – 1.3mg sehari

6) VITAMIN B9

  • Disebut asid folik
  • Memastikan tumbesaran yang sempurna
  • Penting dalam pembinaan DNA setiap sel
  • Menghasilkan sel darah merah
  • Contoh makanan:- Sayuran hijau, susu dan produk tenusu
  • Keperluan:- 150-300mg sehari

7) VITAMIN B12

  • Dikenali sebagai cyanocobalamin
  • Diperlukan dalam proses pembuatan bahan genetik pada sel DNA untuk pertumbihan dan tumbesaran
  • Pembentukan sel darah merah dan sum-sum tulang bergantung kepada vitamin ini
  • Menolong memelihara sel saraf dan sel darah merah
  • Memelihara sistem saraf yang sihat
  • Contoh makanan:- ikan, susu, produk tenusu, telur, daging dan ayam
  • Kekurangan vitamin:- bdan lesu, sakit mulut dan lidah, anemia, gangguan emosi dan mental
  • Keperluan:- 0.9 – 2.4 mg sehari

Senarai di atas adalah kepentingan dan khasiat vitamin B yang perlu ibu tahu….Sememangnya vitamin B banyak menyumbang untuk tumbesaran kanak-kanak yang sihat dan merangsang minda mereka….Jadi, pastikan ibu memberikan mereka jumlah vitamin B yang mencukupi setiap hari ye….

Semoga tips ini bermanfaat untuk ibu-ibu dalam menyediakan makanan yang berzat untuk si comel…

Selamat beramal!!!

Klik share untuk manfaat bersama…Terima kasih…

akhir blog

 

1 Trackback / Pingback

  1. MAKANAN LENGKAP UNTUK SI COMEL KEKAL SIHAT DAN CERIA | SHARING JOURNEY

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge