TIPS DIDIK ANAK SOLAT, BAHAGIA DUNIA DAN AKHIRAT

DIDIK ANAK SOLAT MENJAMIN KEBAHAGIAAN DI DUNIA DAN AKHIRAT

Solat adalah tiang agama.Tanpanya, akan goyahlah iman seseorang.. Maka, sedari kecil ibu bapa perlu mendidik anak-anak untuk menunaikan solat dengan betul..¬†Bak kata pepatah melentur biarlah daripada rebungnya…Dengan mendirikan solat, anak-anak akan terhindar daripada sikap-sikap yang negatif yang boleh membawa kepada perkara maksiat…Jom ikuti tips berikut untuk mendidik anak-anak dengan solat yang sempurna…

1) Fokuskan minda anak-anak dengan perlakuan solat. Jika anak perempuan pakaikan mereka dengan telekung. Elakkan memakaikan mereka dengan telekung yang mempunyai animasi. Seeloknya biarlah berwarna lembut. Jika anak lelaki, pakaikan mereka dengan songkok ataupun kopiah.

Ajak mereka untuk sama-sama menunaikan solat bersama ibu atau bapa. Biarkan mereka bersolat dengan cara yang tersendiri, walaupun kelihatan tunggang terbalik. Berikan masa kepada mereka. Selepas dua bulan, barulah ibu dan bapa boleh mengajarkan mereka cara menunaikan solat yang sempurna secara perlahan-lahan.

ajar anak solat

2) Elakkan memaksa anak-anak dalam hal ini..Tetapi, baerikan dorongan dan sokongan kepada mereka..Seeloknya, semasa bayi lagi, letakkan anak di tempat solat ketika ibu dan bapa sedang solat..Mungkin mereka akan mengganggu solat ibu dan bapa, tetapi dari sini, mereka akan mengetahui bahawa solat itu perlu dilakukan setiap hari..Minat terhadap pergerakan solat boleh muncul dalam diri mereka…

3) Kebanyakan sekolah tadika berteraskan keagamaan akan mengajar anak-anak dengan rukun-rukun solat..Namun, ibu bapa jangan biarkan anak-anak belajar sahaja di tadika tetapi tidak pula dipraktikkan semasa di rumah..Seeloknya, ibu bapa mengajak anak-anak untuk sama-sama menunaikan solat semasa di rumah….Solat sebaiknya dilakukan secara berjemaah untuk menghubungkan hati-hati di dalam sesebuah keluarga agar keluarga bebas daripada masalah…

keluarga solat berjemaah

4) Mengajar anak-anak langkah demi langkah untuk menunaikan solat…Bermula dengan cara berwuduk…Ajar mereka dalam suasana yang ceria dan bebas tekanan…Elakkan memarahi mereka jika mereka tersalah…Jadikan suasana yang tenang semasa mengajar anak-anak…Ini dapat menimbulkan minat mereka terhadap solat…

cara berwuduk perempuan

5) Beritahu si manja bahawa Rasulullah SAW menyuruh anak-anak untuk bersolat bermula¬†umur 7-10 tahun dan boleh dirotan jika meninggalkannya dengan malas…Ia sekadar untuk mengajar bukannya mengugut mereka….Elakkan daripada menakutkan mereka….

6) Ibu bapa biarkan anak-anak membaca bacaan solat dengan suara yang kuat bagi memastikan bacaan mereka betul…Jika tersilap, ibu bapa boleh memperbaiki bacaan mereka…Perhatikan pergerakan solat mereka, dan pastikan mereka melakukan dengan cara yang betul….

ajar anak pergerakan solat

7) Kerap meminta mereka memperdengar bacaan dalam solat…Ibu dan bapa tidak terhadkan waktu untuk memperdengar bacaan mereka…Semasa ibu sedang menyikat rambut mereka, dalam perjalanan ke sekolah mahupun selepas makan, bacaan mereka boleh disemak…

ajar anak membaca bacaan solat

8) Berikan pujian kepada mereka jika mereka sudah boleh membaca dengan fasih…Dorongan ini akan menaikkan semangat mereka untuk menunaikan solat…

9) Berdoa kepada Allah supaya anak-anak diterangkan hati dan dimudahkan untuk menunaikan solat…Kerana anak-anak umpama kain putih dan ibu bapa lah yang mencorakkannya….Coraklah mereka dengan sebaiknya…In sha Allah ibu dan bapa akan mendapat kebahagiaan di dunia dan akhirat…

ibu berdoa bersama anak

10) Tunjukkan contoh teladan terbaik kepada anak-anak dengan menunaikan solat di awal waktu…Ini dapat memberi gambaran kepada mereka tentang kepentingan solat dalam kehidupan seseorang muslim…

Semoga tips ini dapat membantu ibu dan bapa mendidik anak-anak untuk menunaikan solat…

Selamat beramal!!!

Klik share untuk manfaat bersama…Terima kasih…

akhir blog

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge