RUAM LAMPIN BAYI BAHAYA ATAU TIDAK? IBU KENA AMBIL TAHU

KENALI RUAM LAMPIN BAYI SAMA ADA BAHAYA ATAU TIDAK

Ibu mempunyai si manja yang mengidapi ruam lampin?? Bayi yang mengalami masalah ruam lampin akan menyebabkan mereka sering menangis kerana merasa tidak selesa….Jika ini berlaku, ibu perlu memberi perhatian kepada keadaan ruam yang berlaku bagi mengenal pasti sama ada serius atau tidak….Jom kenali keadaan ruam yang berlaku dan ke atas bayi ….

PUNCA RUAM LAMPIN

1) Pemakaian lampin basah kerana bayi telah membuang air kecil dalam tempoh yang lama

2) Pemakaian lampin yang terlalu ketat

3) Najis bayi dibiar terlalu lama dan tidak dicuci

4) Penggunaan bahan pencuci untuk mencucui lampin dan memberi infeksi kepada kulit bayi

KAWASAN RUAM

Kejadian ruam ini boleh dilihat sekitar kemaluan, punggung, kelengkang dan peha…Bayi akan merasa sakit dan gatal….Kulit akan menjadi merah, sedikit kasar, berkerak…Kadang-kadang ia diselaputi ruam yang berkilat dan bertompok….

JANGKITAN KULAT

Jika bayi mengalami ruam lampin dan dilihat semakin teruk, ia mungkin dijangkiti kulat Candida albicans di mana ia hidup di kawasan panas dan basah….Jika ini berlaku dan tidak surut dalam masa tiga hari, ibu perlu membawa bayi ke klinik bagi mendapatkan rawatan doktor…

TINDAKAN IBU SEMASA MENUKAR LAMPIN

1) Biarkan kulit bayi kering terlebih dahulu sebelum menukar lampin yang baru selepas dicuci

2) Ibu digalakkan untuk menukar lampin bayi yang basah dengan kerap

3) Elakkan menggunakan tisu basah yang mengandungi alkohol…Bersihkan dengan air suam atau air biasa untuk mencuci punggung bayi selepas mereka membuang air kecil dan air besar…..

4) Elakkan menggunakan tepung jagung kerana akan menggalakan pertumbuhan bakteria dan kulat

5) Sapukan krim pelindung setiap kali menukar lampin….Pastikan krim pelindung yang bebas bahan kimia bagi mengelakkan kulit bayi semakin merah dan menipis….

6) Elakkan kerap mencuci kawasan ruam dengan sabun

7) Cuci kain lampin dengan bersih dan teliti

BAHAYA RUAM LAMPIN

Ia boleh menjadi luka merah dan mendapat jangkitan…Keadaan yang sangat gatal akan menyebabkan bayi gelisah dan kerap menangis….Jika dibiarkan ia akan menjadi luka mereah dan mendapat jangkitan kulat atau kandida…

CARA RAWAT RUAM LAMPIN

Seeloknya, jika bayi terkena ruam lampin, elakkan mereka memakai lampin…Biarkan bayi seketika tanpa lampin dan tutup bahagian kemaluan dan punggung mereka dengan kain yang longgar dan lembut…Jika ruam lampin berlaku dengan kerap, rujuk bayi kepada doktor bagi mendapatkan kepastian…

Semoga tips ini dapat diaplikasikan oleh ibu yang mempunyai bayi yang mengalami ruam lampin

Klik share untuk manfaat bersama…Terima kasih…

akhir blog

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge