TEKNIK PENYUSUAN DI KHALAYAK, IBU PERLU PEKA

9 TEKNIK PENYUSUAN DI KHALAYAK RAMAI

Semasa bersiar-siar bersama bayi, kadang-kadang ada masa yang memerlukan ibu untuk menyusukan mereka…Tetapi, ramainya orang, buat ibu malu dan segan…Bayi sudah mula meragam…..susu mesti diberikan….Jom ikuti tips berikut agar waktu bersiar-siar bersama bayi tidak tergendala….

1) BAWA PENEMAN

Untuk ibu yang pertama kali membawa bayi untuk bersiar-siar….pastikan ibu membawa peneman sama ada suami atau ahli keluarga lain agar mereka boleh melindungi ibu semasa sesi penyusuan jika ibu tidak membawa nursing cover…Kehadiran mereka juga akan memberi semangat kepada ibu untuk meneruskan sesi penyusuan dengan penuh keyakinan…

bapa teman ibu menyusu di tempat awam

2) RANCANG AWAL

Sebelum bergerak ke mana-mana, seeloknya ibu merancang terlebih dahulu terutama tempat khas untuk menyusukan bayi dengan selesa….Jika memilih untuk membeli belah, pastikan pusat membeli belah mempunyai bilik penyusuan yang khas….Sedia maklum, terdapat beberapa pusat membeli belah yang melarang ibu-ibu untuk menyusukan bayi…

Dengan perancangan dan penelitian awal, ibu pasti dapat memilih tempat yang sesuai untuk ibu dan bayi apabila membeli belah mahupun bersiar-siar nanti….Ibu gembira, bayi pun merasa kenyang….

3) SUSUKAN SEBELUM KELUAR

Semestinya bayi yang lapar akan meragam dan menangis untuk menyusu….Jadi, pastikan ibu telah menyusukan bayi anda sebelum keluar ke mana-mana….Paling mudah, menyusukan bayi di dalam kereta….Pasti ibu tidak huru hara nanti apabila bayi meragam ketika sedang leka membeli belah….

MENYUSU DI DALAM KERETA

4) SERTAI KUMPULAN KHUSUS

Sebaiknya ibu menyertai kumpulan khusus bagi berkongsi pengalaman dan tips untuk menyusukan bayi di tempat awam….Aplikasi tips-tips yang diberikan dan kemudian ibu akan bertambah yakin untuk menyusukan bayi di tempat awam….Lazimnya, peralatan menyusu seperti nursing cover yang disimpan di dalam beg sangat membantu ibu di saat-saat ini…..Ibu boleh memasuki kumpulan khusus yang ditubuhkan di facebook terutamanya….Di situ, ibu boleh juga bertanya tempat-tempat yang menyediakan ruangan khas untuk menyusukan bayi anda…..

kelab ibu menyusu

5) TAHU HAK IBU

Perlembagaan Malaysia belum mengeluarkan akta ataupun undang-undang untuk menghalang para ibu menyusukan bayi mereka di tempat awam…Jika ada mereka yang menegur dan memandang dengan sinis, ibu boleh abaikan mereka….yang penting si manja mendapat khasiat susu ibu yang secukupnya….

hak ibu menyusu di tempat awam

6) BANYAKKAN LATIHAN

Kelengkapan menyusu di rumah seperti bantal menyusu, kerusi empuk dan sebagainya sememangnya tidak akan diperoleh apabila berada di luar….Jadi, ibu boleh perbanyakkan latihan untuk menyusukan bayi dengan peralatan yang terhad tetapi masih selesa….Apabila sering berlatih, lama kelamaan ibu akan merasa yakin dan tidak gopoh jika bayi mula meragam untuk menyusu di tempat awam….

kelengkapan menyusu di rumah

7) PAKAIAN YANG SELESA

Pilih pakaian menyusu yang selesa….Pakai bra menyusu dan baju menyusu bagi memudahkan ibu….Ini juga bagi mengelakkan ibu kelam kabut apabila bayi mula menangis….

Terdapat pelbagai rekaan baju menyusu sama ada berzip mahupun berbutang….Pilih lah mengikut keselesaan ibu…Jika henadak memakai tshirt juga pastikan terdapat rekaan khas untuk memudahkan ibu menyusukan bayi….

pakaian menyusu sesuai untuk bersiar-siar

8) PILIH KAWASAN TERLINDUNG

Pastinya ibu masih memerlukan keadaan yang selesa untuk menyusukan bayi bukan….Pilih kawasan yang kurang dilalui ketika bersiar-siar bagi mengelakkan ibu tidak selesa diperhatikan….Ibu juga kurang merasa segan apabila aad yang memandang…

9) MENYUSU BERSAMA TEMAN

Jika ibu keluar bersama rakan-rakan yang lain yang juga masih menyusukan bayi mereka, ibu boleh bersama-sama menyusukan bayi…Apabila beramai-ramai, ini akan menimbulkan keyakinan untuk menyusukan bayi di tempat awam….

menyusu bersama teman

Semoga tips ini bermanfaat untuk ibu menyusukan bayi semasa di luar rumah….

Selamat beramal!!!

Klik share untuk manfaat bersama…Terima kasih….

akhir blog

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge