TIPS DIDIK ANAK TIDUR SENDIRI TANPA PERLU KEMBALI KE BILIK IBU

TIPS DIDIK ANAK TIDUR SENDIRI

Mendidik anak tidur sendiri memerlukan cabaran kerana mereka telah tidur bersama ibu sejak bayi lagi…Kadang-kadang mereka bersemangat untuk tidur sendiri apabila mendengar cerita rakan-rakan di sekolah yang sudah tidur sendirian di bilik….Apabila tiba waktu untuk tidur, mereka bersungguh-sungguh untuk tidur sendirian, namun tidak lama kemudian mereka kembali ke bilik ibu untuk tidur bersama ibu dan ayah…..Jom, ikuti tips berikut agar mereka dapat tidur bersendirian di bilik…..

1) TEGAS DAN SABAR

Dalam hal ini, ibu dan ayah perlu tegas bagi memastikan anak boleh tidur sendiri…Di peringkat awal, tetapkan hari yang memerlukan anak untuk tidur sendiri….Contohnya, setiap hari Rabu, anak mesti tidur bersendirian….Jika mereka mula kembali ke bilik ibu dan ayah, minta mereka untuk tidur sendiri dengan tegas…Elakkan terlalu memanjakan mereka dan kasihan apabila mereka mula mennagis dan merengek meminta untuk tidur bersama….Dalam situasi ini, ibu dan ayah kena bersabar agar misi dapat dilaksanakan dengan baik….

2) BIASAKAN DENGAN KATIL

Elakkan memaksa anak-anak untuk tidur sendiri….Ini akan membuat mereka merasakan bahawa ibu dan ayah sudah tidak sayangkan mereka dan tidak suka untuk tidur bersama….Langkah awal, ibu dan ayah boleh letakkan katil di bilik tidur semasa mereka tidur bersama ibu dan ayah….Ia akan memberi keselesaan kepada anak dan membuat mereka merasakan katil tersebut merupakan benda penting untuk mereka tidur…..Apabila, mereka sudah meminta untuk tidur bersendirian, boleh lah dialihkan katil tersebut ke bilik mereka….

katil anak

3) TEMANI SEMASA TIDUR

Di peringkat awal, ibu atau ayah boleh menemani anak untuk tidur bersendirian….Temankan mereka dalam tempoh tertentu seperti contoh seminggu…Apabila mereka sudah biasa, barulah ibu dan ayah biarkan mereka untuk tidur bersendirian…

temani anak tidur

4) MASUKKAN ELEMEN 

Seeloknya, ibu atau ayah meletakkan barangan peribadi seperti bantal ataupun baju di tempat tidur mereka supaya mereka merasai kehadiran ibu dan ayah….Wujudkan aktiviti mengaji alquran bersama mereka di bilik tersebut….Elakkan memarahi mereka di bilik tidur bagi menimbulkan suasana yang tenang dan aman….

5) ELAKKAN MESEJ YANG MENGELIRUKAN

Jika anak-anak sudah boleh tidur bersendiri, elakkan daripa mengacah mereka untuk tidur bersama pula…Ini boleh menyebabkan anak-anak merasa keliru sama ada mereka sebenarnya perlu tidur sendiri atau bersama ibu ayah….

6) UCAPKAN KATA SEMANGAT

Jika si manja menangis untuk kembali tidur bersama ibu dan ayah, cuba berikan kata semangat yang mengatakan mereka merupakan anak yang baik kerana berani untuk tidur sendiri….Tindakan ini akan menaikkan semangat mereka dan memberitahu mereka bahawa ibu dan ayah masih menyayangi mereka seperti sebelum ini….

7) CIPTA RUTIN TIDUR

Jika ibu ingin si manja tidur tepat pada waktunya seperti jam 10 malam….30 minit sebelum mereka tidur, pasangkan alunan zikir….baca alquran bersama mereka…Pastikan mereka mendapat suasana yang tenang…Kemudian, boleh malapkan lampu dan menepuk-nepuk mereka supaya mereka tidur dengan nyenyak….

rutin tidur

8) DORONGAN

Si manja pasti suka jika mendapat hadiah daripad ibu dan ayah…Jika mereka berjaya tidur dengan sendiri, berikan mereka hadiah seperti barang permainan, buku cerita ataupun baju tidur yang baru….Cara ini membolehkan mereka lebih berani dan konsisten untuk tidur bersendirian….

hadiah untuk anak yang berjaya tidur sendirian

 

Semoga tips ini bermanfaat untuk ibu ayah mendidik anak-anak untuk tidur bersendirian sebagaimana firman Allah dalam surah an-Nur, ayat 58 yang bermaksud:

“Wahai orang-orang beriman, hendaklah meminta izin kepada kamu hamba-hamba yang kamu miliki dan anak-anak yang belum baligh di kalangan kamu (sebelum mereka memasuki kamar-kamar kamu) pada tiga masa; masa sebelum solat subuh, masa ketika kamu menanggalkan pakaian di waktu tengahari dan masa selepas solat isyak. Itu adalah tiga masa berlaku pendedahan aurat pada kamu. Adapun lain dari tiga masa itu, tidaklah menjadi dosa ke atas kamu dan juga ke atas mereka (untuk masuk tanpa meminta izin terlebih dahulu) kerana mereka adalah orang-orang yang berlegar di sekitar kamu, yakni sebahagian kamu sentiasa bergaul dengan sebahagian yang lain. Begitulah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayatNya. Allah maha mengetahui lagi maha bijaksana” (ayat 58).
Selamat beramal!!!
Klik share untuk manfaat bersama…Terima kasih…
.akhir blog

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge