BAGAIMANA ELAK BAYI MELAKUKAN GIGITAN SEMASA MENYUSU SUPAYA IBU SELESA

8 TIPS ELAK BAYI MELAKUKAN GIGITAN SEMASA MENYUSU

Ibu-ibu yang sedang menyusukan bayi pasti akan mengalami gigitan dari si comel….Lebih-lebih lagi jika ibu meneruskan penyusuan selepas bayi berumur 6 bulan….Ini kerana, terdapat bayi yang sudah mula tumbuh gigi dalam usia mereka 6 bulan…..Jom ikuti tips berikut agar ibu dapat mengelakkan situasi gigitan bayi semasa menyusu dengan jaya..

1) KENALI PUNCA

Dari awal penyusuan, ibu perlu mengelakkan bayi daripada menggigit semasa menyusu….Ketahui punca mereka melakukan gigitan seperti susu yang sedikit ataupun susu yang gagal keluar dengan lancar akan menyebabkan bayi menggigit payu dara ibu…Jika ini berlaku, ibu perlu merangsang lebih banyak susu dengan pengambilan suplemen yang sesuai ataupun melakukan teknik urutan agar susu keluar dengan lancar….

2) BERALIH PAYUDARA

Jika bayi menggigit payudara ibu, ibu alihkan bayi kepada payudara sebelah…Lakukan dengan perlahan-lahan bagi mengelakkan kecederaan kepada puting…Semasa mengalihkan bayi, berikan kata-kata yang berhemah untuk menegur bayi ibu…Sebagai contoh “Mama sakit bila adik gigit, jangan gigit lagi ye” …Ataupun ibu boleh hentikan seketika penyusuan jika bayi menggigit sebagai isyarat bahawa apabila mereka menggigit, mereka tidak dapat meneruskan penyusuan…

3) MENEKAP MUKA BAYI

Jika ibu melihat bayi sudah mula hendak menggigit, rapatkan mukanya ke arah payudara…ini dapat mereka mengalami sesak nafas…Jadi, ia mendorong bayi untuk melepaskan gigitan agar dapat bernafas semula….Sekiranya, bayi memang gemas menggigit, lakukan cara ini dengan kerap…lama kelamaan mereka akan mengetahui bahawa tindakan menggigit puting ibu akan menyebabkan mereka mengalami sesak nafas…

4) POSISI SELESA

Semasa menyusukan bayi, ibu perlu pastikan ibu dan bayi berada dalam posisi yang selesa dan tenang….Ia bagi mengelakkan bayi melakukan gigitan kerana berasa tidak selesa….Jika ibu dapati bayi merasa tidak selesa, segera ubahkan kedudukan agar mereka selesa semasa menyusu

posisi menyusu yang betul

5) JARI UNTUK LERAIKAN

Apabila ibu mula merasa bayi hendak menggigit, cepat-cepat masukkan jeri kelingking ke tepi mulutnya bagi mengelakkan mereka menggigit puting ibu…Namun, elakkan menghentikan penyusuan tanpa memasukkan jari kelingking kerana akan menyebabkan bayi terkejut…

gunakan jari kelingking untuk elakkan bayi menggigit puting

6) GIGIT SESUATU

Berikan sesuatu untuk bayi menggigit seperti teether. Jika tiada, gunakan tuala yang telah disejukkan di peti ais… Alatan ini amat diperlukan lebih-lebih jika bayi mengalami gatal gusi…Ia juga dapat mnegelakkan bayi daripada menggigit puting ibu semasa menyusu…..

7) ELAKKAN JERITAN

Jika bayi menggigit puting ibu, elakkan daripada menjerit dan menampar bahagian tubuh bayi…Situasi ini akan menyebabkan bayi terkejut dan membuatkan mereka takut untuk meneruskan penyusun di masa akan datang…

8) TELITI GAYA PENYUSUAN

Sentiasa peka dengan gaya penyusuan bayi, waktu bila mereka akan menggigit puting ibu…sama ada┬ámereka mula menggigit ketika sudah kenyang dan mula merasa mengantuk atupun ketika puting hampir terlepas daripada mulutnya…Jika ibu prihatin dan peka dengan keadaan ini, ibu dapat mengatasi masalah gigitan puting semasa bayi menyusu….

Semoga tips ini bermanfaat untuk ibu-ibu dalam mengatasi masalah gigitan bayi semasa menyusu..

Selamat beramal!!!

Klik share untuk manfaat bersama…Terima kasih…

akhir blog

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge