RESEPI NASI ARAB RINGKAS, MUDAH & CEPAT

Hai mommies….cuti hujung minggu bercadang untuk memasak menu istimewa?? Jom ¬†masak nasi kabshah ayam yang super duper mudah nih….ikuti resepi di bawah ye….

Saiz hidangan untuk 4-5 orang

Bahan-bahan:-

  1. Beras basmathi – ada dalam set
  2. Rempah tumis kabshah – ada dalam set
  3. Rempah serbuk kabshah Р ada dalam set
  4. 1 ekor ayam (sederhana)
  5. 2 biji bawang besar
  6. 10 biji bawang putih
  7. 2 batang cili hijau
  8. Minyak masak
  9. Tomato puri
  10. Garam

Perhatian:-

1 1/2 sudu besar rempah serbuk kabshah untuk ayam panggang

1 sudu besar serbuk kabshah untuk nasi kabshah

Ayam panggang:-

  1. Perapkan 1 ekor ayam dengan 1 1/2 sudu besar rempah serbuk kabshah, 5 ulas bawang putih yang dikisar, 2 sudu kecil garam, 2 sudu besar tomato puri dan 2 sudu besar minyak
  2. Panggang di dalam oven selama 1 jam dengan suhu 180 celcius. Balikkan ayam selepas 1/2 jam. (Saya selalu guna pemanggang are-ikan je, lebih mudah)
  3. Simpan lebihan minyak yang keluar ketika proses memanggang.
AYAM YANG TELAH DIGAUL DENGAN REMPAH KABSHAH
AYAM YANG TELAH DIGAUL DENGAN REMPAH KABSHAH
AYAM DIMASUKKAN KE DALAM PEMANGGANG
AYAM DIMASUKKAN KE DALAM PEMANGGANG
AYAM HAMPIR SIAP DIMASAK
AYAM HAMPIR SIAP DIMASAK

Nasi:-

  1. Rendam beras 20 minit atau lebih kemudian toskan
  2. Tumis 2 ulas bawang besar, 5 ulas bawang putih, rempah hidup (kayu manis, pelaga, bengkih, dan lumi), 1 sudu besar rempah serbuk kabshah dan 5 sudu besar tomato puri
  3. Masukkan 600ml air ke dalam tumisan dan biarkan mendidih
  4. Campurkan beras yang telah ditoskan beserta tumisan tempah dan bawang tadi ke dalam rice cooker
  5. Taburkan 1 1/2 sudu kecil garam dan 2 batang cili hijau (jangan dihiris)
  6. Tanak nasi sehingga 80 % masak, kemudian masukkan minyak ayam panggang yang disimpan tadi. Gaulkan perlahan-lahan supaya nasi tidak patah. Biarkan sehingga nasi masak sepenuhnya
BERAS YANG TELAH DITUSKAN
BERAS YANG TELAH DITUSKAN
LADA DIMASUKKAN
LADA DIMASUKKAN
nasi arab 1
BERAS YANG TELAH DIMASUKKAN BERSAMA REMPAH KABSHAH
HASILNYA
HASILNYA

Cara buat sos harrah:-

  1. 2biji tomato, 2 ulas bawang putih, 1 sudu kecil perahan lemon, daun ketumbar (saya tak letak kerana kurang gemar dengan baunya), cili padi dan sedikit garam
  2. Kisar semua bahan tanpa air
SOS HARRAH
SOS HARRAH

Cara buat salad arab:-

  1. 2 biji tomato dan 1 batang timun dipotong dadu
  2. Hiriskan halus 1 labu bawang besar dan daun ketumbar
  3. Campurkan semua bahan ke dalam mangkuk, tambah sedikit garam dan serbuk alda hitam
SALAD
SALAD ARAB

Siap….dan hidangkan…..Selamat mencuba…

Bahan-bahan ini mudah disediakan kerana saya menggunakan resepi yang disediakan dalam satu kotak rempah nasi arab kabhshah….Rasanya yang enak dan mudah disediakan membolehkan mommies menyediakan nasi arab di rumah dan makan bersama ahli keluarga….Kini, tidak perlu lagi ke restoran untuk mendapatkan nasi arab…hanya memasak di rumah sahaja….Kesemua bahan pula telah disediakan di dalam sekotak bungkusan rempah nasi arab….Cuma perlu tambahkan bahan seperti timun, tomato dan tomato puri….

Klik share untuk manfaat bersama….Terima kasih….

akhir blog

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge