20 CARA MUDAH LATIH SI COMEL KETAWA RIANG

CARA LATIH SI COMEL KETAWA RIANG

Kegembiraan si comel amat membahagiakan ibu dan ayah serta ahli keluarga yang lain…Melihat mereka tertawa sungguh comel…Mereka kelihatan begitu bahagia dan seronok dengan dunia mereka bersama barang-barang permainan….Namun, ada juga bayi yang tidak mahu tertawa walaupun sudah diagah-agah….Jadi, ibu tak perlu risau, ibu boleh cuba tips-tips dibawah ini….

1) TIUP ANGGOTA – Apabila ibu meniup anggota tubuh si comel, mereka akan ketawa kerana kegelian…Lakukan pada perut, lengan dan tapak kaki dan lihat hasilnya…

2) BERMAIN DENGAN WAJAH – Lakukan pelbagai memek muka di hadapan mereka…Ini akan membolehkan mereka tertawa kerana melihat pelbagai ekspresi muka…

3) BA, BA, CAK! – Jika si comel sudah boleh duduk, dudukkan di atas katil dan lakukan ba,ba,cak dengan menutup muka ibu menggunakan tangan ataupun kertas…Kemudian tampilkan wajah ibu dengan memek muka yang lucu…Si comel pasti akan tertawa

4) ANAK PATUNG – Gunakan anak patung (soft toys) kegemaran si comel, dan bermain di hadapan mereka…Gunakan suara-suara kecil yang bertanya…”Hai, adik sudah makan?”, “adik sudah mandi?”….Mereka pasti gembira apabila mendapati anak patung kegemaran mereka bercakap-cakap….

soft toys bantu bayi ketawa

5) NYANYI LAGU – Sambil mendukun si comel, ibu ayah boleh menyanyikan lagu-lagu yang berunsurkan nasihat…Seperti lagu burung kakak tua….Sambil menyanyi, ibu ayah boleh menggoyangkan badan mereka…Menyanyi dengan gembira, ini boleh membuatkan si comel tertawa riang…

6) ‘MEMAKAN’ JARI – Aktiviti ini dilakukan ketika si comel sedang berbaring dan pastikan tangan sudah dicuci dengan bersih…Lakukan aktiviti seolah-olah ibu sedang menikmati hidangan yang lazat…Sambil mengeluarkan bunyi “nyam”…”nyam”….

7) BUIH COMEL – Buih-buih sabun yang selalu ditiup oleh kanak-kanak boleh digunakan untuk menarik perhatian si comel ibu untuk ketawa…Namun pastikan tiup dari jarak yang selamat…Jika boleh, bermain bersama ayah, ayah meniup buih sabun dan ibu mendukung si comel sambil mengejar buih sabun tersebut…

mainan buih sabun

8) MENIRU SUARA HAIWAN – Tiru suara haiwan seperti kucing, lembu, kambing atau burung….Lebih meriah, jika ibu gunakan boneka jari berbentuk haiwan…Sambil membunyikan suara haiwan, sambil menggerakkan mulut boneka jari…..Ini pasti meriangkan si comel…

9) CARI MAMA – Tutup muka anda dengan kain, kemudian minta si comel mencari anda….Jangan turunkan kain sehingga si comel yang melakukannya…Jika mereka berjaya, ucapkan tahniah dan peluk mereka…

10) LALUAN RINTANGAN – Aktiviti ini sesuai untuk mereka yang sudah pandai merangkak…Letakkan selimut atau bantal di hadapan mereka dan ibu bergerak meninggalkan mereka, kemudian lambaikan tangan supaya mereka hadir dekat pada ibu….Sambil itu tepukkan tangan supaya mereka merangkak dengan lebih laju….Aktiviti seperti ini boleh menggembirakan mereka….

11) PANGGILAN NAMA – Duduk atau berdiri di sebelah mereka dan panggil nama manja mereka…Kemudian, ubah posisi dan panggil lagi….Mereka pasti gembira kerana mencari-cari suara yang memanggil nama mereka…Apatah lagi suara ibu ayah yang sememangnya boleh menenangkan hati…

12) CERMIN – Pastikan kedudukan cermin yang rendah bagi membolehkan mereka melihat wajah di cermin..Duduk bersama mereka sambil bercakap-cakap, mereka pasti gembira apabila melihat ada wajah lain bersama mereka  di cermin…

bayi melihat cermin

13) BUAT FOTO ALBUM – Ambil gambar orang-orang yang terdekat dengan bayi dan cetak gambar tersebut…Tunjukkan kepada mereka sambil menyebut nama-nama mereka yanga da di dalam gambar tersebut…Mereka akan tertawa kerana mengenali wajah-wajah yang ada di dalam gambar tersebut….

14) PERMAINAN GENDANG – Si comel pasti gembira dengan bunyi gendang apabila dipukul…Maka, ibu boleh sediakan alatan untuk gendang….Apabila gendang berbunyi, mereka akan ketawa tetapi pastikan mereka tidak memukul tangan mereka yang boleh mencederakan…

15) MAINAN KERINCING – Semasa bayi meniarap, dekatkan kerincing di telinganya dan biarkan si comel berusaha mendapatkannya…Lakukan dari pelbagai arah, maka si comel akan ketawa kerana berasa seronok…

16) KERETA SORONG BAYI – Letakkan bayi di dalam kereta sorong….Kemudian, tolakkan kereta sorong ke depan dan ke belakang dengan laju dan perlahan….Ini membolehkan mereka merasai momentum pergerakan kereta sorong…Namun, keselamatan bayi perlu dijaga semasa aktiviti ini….

kereta sorong bayi

17) TERBANG MELAYANG –  Sediakan sehelai tisu yang bersaiz sederhana kemudian tiupkan dari pelbagai arah,si comel pasti berasa aneh dan berusaha menangkap tisu tersebut….

18) TEPUK TANGAN – Lakukan aktiviti tepuk tangan dengan si comel….Nyanyikan lagu tepuk amai-amai sambil memegang jari mereka untuk membuat tepukan….Aktiviti ini akan menggembirakan hati mereka….

BAYI MENEPUK TANGAN

19) BERMAIN DENGAN AIR – Si comel memang suka dengan air…Dudukkan mereka di dalam besen bersama barang-barang permainan seperti yang mempunyai pelbagai saiz..Kemudia curahkan air di atas kepala mereka…Ibu juga boleh membuat buih sabun di dalam besen tersebut tetapi pastikan buih tersebut tidak memedihkan mata mereka…

BAYI BERMAIN BUIH SABUN KETIKA MANDI

20) GELETEK – Geletek akan membuatkan bayi merasa geli dan tertawa….Bahagian yang boleh menyebabkan mereka berasa geli ialah  pinggang, ketiak, dan tapak kaki….Lakukan dengan lembut…Ibu boleh menyanyi dan setelah selesai menyanyi, barulah menggeletek mereka….

IBU GELETEK BAYI

Semoga tips ini bermanfaat untuk ibu yang ingin melihat si comel tertawa riang bahagia….

Selamat beramal!!!

Klik share untuk manfaat bersama…

akhir blog

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge