SI MANJA SUDAH TUMBUH GIGI, ALANGKAH GEMBIRANYA

SI MANJA SUDAH TUMBUH GIGI

Gigi mula tumbuh sejak anak-anak masih bayi lagi….Di peringkat awal inilah ibu perlu ketahui cara-cara yang betul untuk menjaga kesihatan gigi si manja…Ketahui tanda-tanda bayi mula tumbuh gigi dan tanda gusi mereka sudah kuat…Jom kita selidik….

1) Bayi mula tumbuh gigi apabila berusia 3-6 bulan…Namun, majoriti mula tumbuh gigi apabila berusia 6-7 bulan…Malah, ada juga yang tumbuh gigi selepas berusia satu tahun….

2) Pada usia dua tahun setengah, anak ibu perlu mempunyai 20batang gigi yang lengkap

carta gigi lengakp bayi

3) Selalunya, gigi pertama yang tumbuh ialah gigi bawah dua di depan dan bahagian terakhir ialah gigi geraham kedua ititu terdapat di bahagian dalam rahang atas dan bawah…

4) Bayi akan merasa tidak selesa dan keluar lebih banyak air liur, ingin mengunyah sesuatu dan tidak lena tidur

5) Gusi bengkak akan berlaku ke atas bayi dan menyebabkan suhu badan mereka meningkat…Namun, selalunya tumbuh gigi tidak menyebabkan suhu badan bayi meningkat, jika berlaku, boleh berjumpa dengan doktor..

6) Elakkan bayi tertidur dengan botol, teh susu atau jus dalam mulut bayi boleh menyebabkan kerosakan gigi dan plak

bayi tidur dengan botol susu

7) Apabila si manja mencecah usia tiga tahun, mereka sudah tahu meludah, maka, berikan mereka berus gigi mengikut kesesuaian usia dan ubat gigi berfluorida untuk membantu menguatkan gigi mereka…

gosok gigi

REAKSI BILA TUMBUH GIGI

1) Gusi terasa gatal, sakit, atau bengkak serta merah

2) Pipi kemerahan kerana lelehan air liur berlebihan

3) Tidur tidak nyenyak

4) Ruam pada muka dan dagu

5) Menggigit permainan dan jarinya untuk mengurangkan rasa kurang selesa

6) Air liur keluar berlebihan daripada biasa

7) Suhu badan naik tetapi tidak melebih 29 darjah celcius

8) Tiada selera untuk makan dan minum susu

9) Tangan sering masuk ke dalam mulut

10) Kerap menggigit untuk mengurangkan rasa sakit

CARA ATASI KETIDAKSELESAAN

1) Berikan teether atau tuala sejuk untuk digigit supaya bayi selesa

bayi menggigit teether

2) Memberikan ubat tahan sakit atas nasihat doktor

3) Berikan susu yang lebih ataupun air jika mereka tidak mahu makan

4) Berikan sesuatu yang keras dan sejuk untuk dikunyah seperti keju, buah epal atau lobak merah…Namun elakkan mereka bersendirian bimbang tercekik

bayi mengunyah keju

5) Jika gusi bayi merah dan bengkak, urut lembut dengan jari atau ketulan ais tetapi harus berhati-hati ┬ákerana bayi boleh mendapat frost bite…Gunakan sedikit gel theeting bebas gula

6) Peluk dan tenangkannya

TANDA GUSI SUDAH KUAT

Jika gusi sering bengkak, itu petunjuk kepada pertumbuhan gigi yang tidak sihat…Bayi yang mendapat gizi yang sempurna akan memiliki gigi yang kukuh dan bersih serta gusi berwarna merah muda dan berkilat serta lidah yang bersih dan segar…

Sekiranya, bayi mengalami kerosakan gigi dan gusi, mereka akan sukar hendak makan…Gusi bertindak sebagai sokongan untuk menjaga gigi tetap di rahangnya…Gusi boleh rosak apabila terlalu lama terdedah dengan plak atau bakteria serta sisa makanan…Kekurangan vitamin C juga boleh menyebabkan kerosakan gusi…

Gusi yang tidak sihat akan mengalami keradangan, bengkak, berdarah, berwarna merah dan mengakibatkan gigi bergoyang…Bau mulut juga menjadi tidak sedap…Jadi, biasakan menggosok gigi dua kali sehari iaitu di waktu pagi dan sebelum tidur di waktu malam…Pilih ubat gigi khas dan berus gigi yang sesuai dengan anak ibu…

Semoga tips di atas dapat membantu para ibu menjaga kesihatan gigi si manja…

Selamat beramal!!!

Klik share untuk manfaat bersama…Terima kasih…

akhir blog

 

 

 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge