SI COMEL & TULISAN TANGAN

TIPS AJAR SI COMEL KUASAI TULISAN TANGAN

Hai mommies….si comel sudah pandai menulis??….Cantik dan kemas tulisan mereka??….Atau si comel sedang belajar melakar di atas kertas dan buku-buku yang dibaca??…Tahniah, jika anak mommies sudah pandai memegang pensel dan menulis…..Jom kita ikuti tips berikut supaya si comel mommies dapat menguasai tulisan tangan dengan baik….Lihat infografik di bawah untuk ketahui kelebihan si comel yang dapat menguasai tulisan tangan….

tulisan tangan si comel

 

 

BAGAIMANA IBU BAPA BOLEH MEMBANTU??

1) Bantu si manja mommies cara memegang pensel yang betul…ia melibatkan jari tengah, jari telunjuk, dan ibu jari yang disebut sebagai tripod grasp….Mommies boleh gunakan krayon yang telah dipatah-patahkan untuk mempelajari kaedah ini….

tripod grasp

2) Mengajar si manja melukis dan mewarna pada permukaan yang menegak….Ini dapat melatih otot bahu, lengan dan pergelangan tangan si manja….

Handwriting

3) Pastikan si manja sudah mempunyai tangan dominan….Mereka kerap menggunakan tangan kanan atau kiri semasa makan, minum, mengangkat barang, bermain bersama barang permainan…Jika ini sudah dipastikan, mommies boleh ┬ámengajar mereka memegang pensel menggunakan tangan dominan mereka…

tangan dominan untuk menulis

4) Belikan buku bergaris tiga atau buku latihan yang mempunyai latihan menulis, menyambung titik-titik untuk melatih si manja menulis…

latihan menyambung titik

5) Memastikan posisi duduk yang betul semasa menulis….Menulis di atas meja dengan keadaan meja di paras dada dan siku tidak bersentuhan….anak menulis di atas meja

 

Kemudian, mommies boleh memulakan latihan menulis huruf besar terlebih dahulu untuk si manja….

Langkah pertama:- Huruf L,T,I,F,E,H (huruf berasaskan garisan vertikal dan melintang)

Langkah kedua :- Huruf V,W,X,A,Z (huruf terdiri daripada garisan menyerong dan melintang)

Langkah ketiga :- Huruf C,O,G,Q (huruf daripada garisan menegak dan menyerong)

Langkah keempat :- Huruf B,D,P,R,J,U,S (huruf daripada garisan menegak dan melengkung)

 

Selepas mereka sudah menguasai tulisan huruf besar, mommies boleh mengajar cara menulis huruf kecil pula….

Langkah kelima :- v,w,c,o,s,x,z (huruf sama dengan huruf besar tetapi bersaiz kecil)

Langkah keenam :- t,l,i,y,j,u,k (huruf seakan-akan sama dengan huruf besar)

Langkah ketujuh :- a,b,d,e,g,q (huruf yang mempunyai lengkungan ‘c’)

Langkah kelapan :- f,h,m,n,p,r (huruf yang mempunyai lengkungan separa)

Ajari si manja mengikut turutan di atas agar mereka dapat menguasai tulisan tangan dengan betul dan cekap….Semoga tips ini bermanfaat untuk mommies…

Selamat beramal!!!

Klik share untuk manfaat bersama…Terima kasih…

akhir blog

 

 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge